[Sumber : Malaysia Comment]

"Ingat!! Ada 4 jenama besar yang kita perlu boikot kalau kita sayangkan saudara-saudara kita di Palestin!!", ucap penceramah dengan semangatnya.

"Mc Donalds, Loreal, Nestle, dan Coca-Cola. Empat syarikat ini wajib kita boikot!!", sambung penceramah lagi.

Suasana di Majlis Himpunan Ummah Selamatkan GAZA tempoh hari sangat mencuri perhatian saya. Penceramah yang mampu menaikkan semangat yang mendengarnya, gambar dan video terbaru dari Palestin, dan kisah pengembaraan Viva Palestin di Mesir. Mudah-mudahan ianya memberi impak yang positif kepada saya dan para hadirin yang lain. Impak yang memberi sebab mengapa kita perlu melumpuhkan ekonomi Israel.


'PEPERANGAN' RASULULLAH TERHADAP YAHUDI

"Orang Islam telah tewas di medan Uhud. Inilah masa yang sesuai untuk kita rampas kuasa mereka!", kata seorang Yahudi kepada kaumnya.

Persiapan telah dilakukan. Orang Yahudi akan menyerang orang-orang Islam dari atas sebuah bukit apabila orang Islam pulang dari medan Uhud. Namun berita ini telah diketahui oleh Rasulullah Solallahu A'laihi Wasalam terlebih dahulu. Lalu Baginda mengarahkan para Sahabat agar bersiap sedia menghadapi serangan Orang Yahudi.

"Kita kepong bukit ini. Jangan benarkan sesiapa pun menaiki bukit ini untuk memberi bantuan kepada Yahudi di atas. Kita sekat bekalan makanan mereka", arah Rasulullah kepada para Sahabat yang berkawal di sekeliling bukit itu.

Orang Yahudi berasa tertekan. Bekalan makanan mereka hampir habis di atas bukit itu. Lalu dengan rasa terpaksa, mereka menyerah kalah kepada orang Islam dan membuat perjanjian damai dengan orang Islam. Adakah mereka mentaati perjanjian damai yang telah dibuat selama ini?

Mampukah mereka memiliki senjata ini jika tidak berduit?

Cerita di atas telah disampaikan oleh salah seorang penceramah dalam Majlis Himpunan Ummah Selamatkan GAZA tempoh hari. Apakah yang boleh kita simpulkan dari kisah di atas? Mengapakah Rasulullah SAW tidak menggunakan senjata bagi mengalahkan orang-orang Yahudi yang ingin menyerang orang Islam?

Sekat ekonomi mereka. Itulah jawapannya.

Kita tidak mampu untuk mengangkat senjata menewaskan mereka dan senjata bukan faktor utama untuk menewaskan mereka. Peperangan ke atas Yahudi memerlukan iman yang kuat kepada Allah Subhanahu Wataa'la kerana Yahudi berperang menggunakan kebijaksanaan dan bukannya senjata semata-mata.

BOIKOT ADALAH JIHAD

Kuasa membeli ada di tangan kita. Namun sukar untuk menyedarkan masyarakat Islam untuk memboikot barangan Israel ini. Saya berasa pelik apabila ramai orang Islam yang tidak mahu membeli barangan yang dikeluarkan oleh orang Islam dan bersungguh-sungguh membeli barangan-barangan Israel.

"Ala.. Aku makan McD sekali-sekala je. Apa la sangat Big Mac tu sampai boleh bunuh orang Islam", seorang pengguna memberi alasan 'sekali-sekala', esok lusa beli lagi kan?



Mc Donald adalah satu produk Israel yang paling popular di kalangan masyarakat. Telah sekian lama Mc Donald mengisi perut umat Islam di seluruh dunia sehinggakan hati kita telah tertarik dengan mereka. Ramai yang mengetepikan isu boikot ini hanya kerana mengatakan "Business is Business", "Dah Aku Suka Nak Buat Macam Mana", dan menganggap memboikot ini hanyalah kerja orang jumud! Nauzubillah.

"Kau tak kesian ke dengan pekerja-pekerja McD tu? Ramai orang Islam yang kerja kat situ kau tahu tak? Diorang nak 'makan' apa kalau kita boikot diorang", ayat biasa yang kita dengar dari kebanyakan orang.

Isu 'periuk nasi' pekerja-pekerja di syarikat milik Yahudi menjadi topik yang hangat diperkatakan. Persoalan di antara misi kesian kepada saudara se-Islam kita di Malaysia atau kesian dengan saudara se-Islam kita di Palestin, yang mana yang perlu kita dahulukan? Tepuk dada tanya.. (sambung sendiri)


"Aku tak boleh la minum Radix Coco ni, tak de brand la. Orang minum Milo la wey", kata seorang pemuda kepada saya tidak berapa lama dahulu

Memboikot produk-produk Nestle antara yang paling sukar bagi saya. Bayangkan hampir semua barangan yang berada di dapur rumah kita kebanyakannya adalah daripada produk Nestle. Milo, Maggi, Susu pekat, Nescafe, Nestum, Nespray, Neslac, Aiskrim Mat Kool dan banyak lagi contoh barangan yang anda sendiri tahu.

Jika tidak mampu memboikot semua barangan Nestle ini, cubalah berukar kepada produk jenama lain yang banyak di pasaran. Sebagai contoh, Milo boleh ditukar kepada Radix Coco yang dihasilkan oleh HPA. Bagi saya, sama sahaja rasa di antara kedua-duanya. Apa salahnya kita bertukar ke produk Islam kan?


LOREAL PARIS. Iklannya selalu muncul di kaca TV dan telah menarik ramai wanita untuk membeli barangan ini. Memboikot jenama ini cukup mudah kerana terlalu banyak produk-produk kecantikan yang berada di pasaran. Lihat sahaja iklan produk kecantikan di TV, terlalu banyak pilihan produk kecantikan terutamanya produk keluaran Bumiputera.

Oleh itu, kepada kakak-kakak di luar sana. Jangan gatal membeli produk LOREAL ni. Banyak lagi produk di luar sana dan mungkin lebih baik dari produk ini. Jangan hanya memikirkan soal jenama sahaja (jenama terkenal bukan semestinya bagus). Beli barangan Bumiputera dan Islam dapat mengelakkan dana disumbangkan kepada Israel dan dapat membantu usahawan IKS kita secara tidak langsung.


Coca-Cola juga amat popular di dunia dan bakal menaja World Cup yang akan berlangsung tidak lama lagi. Jenamanya telah masuk ke dalam hati-hati manusia. Mana tidaknya, "Makan Bola", "Tidur Bola", "Minum Coca Cola". Jenama ini telah menjadi satu jenama minuman yang 'wajib' pada kebanyakan orang dan syarikat ini adalah di antara penyumbang terbesar kepada ekonomi Yahudi.

Bertukarlah kepada jenama minuman yang lain walaupun hidup anda tak bermakna jika tidak minum Coca-Cola dalam tempoh satu hari. Banyak lagi jenama lain seperti Radix Cola dan lain-lain jenama Muslim yang lain, bertukarlah kepada mereka.

KENAPA SUSAH NAK BOIKOT?


Sedar atau tidak, ekonomi Yahudi sangat kukuh di seluruh dunia. Lihat sahaja jenama-jenama di atas, semuanya adalah popular di seluruh dunia. Senang cerita apa yang diiklankan di TV dan Radio, kebanyakkannya adalah produk-produk Yahudi. Sangat sukar untuk kita boikot kesemuanya kerana kadang-kadang sukar untuk mendapatkan alternatif bagi produk-produk tersebut.

Jenama juga menjadi faktor utama mengapa sukar untuk kita memboikot. Kebanyakkan dari kita sudah mempunyai jenama pilihan sendiri kerana sudah 'dijajah' oleh jenama-jenama ini. Sukar untuk bertukar dengan yang lain jika hal ini berlaku dan kadang-kadang barang alternatif yang ada tidak dapat menandingi kualiti produk yang sedia ada.

"Tahu Tapi Buat-Buat Tak Tahu"

Cuba tanya kepada orang ramai adakah mereka mengetahui bahawa Palestin sedang diserang oleh tentera Israel? Adakah mereka tahu bahawa McD menyumbang dana kepada Yahudi untuk menyerang Palestin? Saya yakin mereka tahu. Itulah kelemahan iman kita kepada Allah, terlalu sedikit  kerisauan kita terhadap saudara-saudara kita yang ditindas di seluruh dunia.

Janganlah memilih jenama Yahudi ini jika kita mampu mendapatkan alternatif yang lain. Bagi yang tidak dapat dielakkan, cubalah dikurangkan. Sesungguhnya keuntungan yang mereka perolehi itu menyumbang kepada penindasan saudara-saudara kita di sana.

"Ramai di kalangan ahli Kitab mengharapkan kamu murtad menjadi kafir setelah kamu beriman kerana perasaan hasad dengki di dalam diri mereka setelah jelas kepada mereka kebenaran..."
(Surah Al-Baqarah : 109)

"Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani selama-lamanya tidak akan redha kepada kamu sehinggalah kamu mengikuti agama mereka"
(Surah Al-Baqarah : 120)

Yahudi dan Nasrani tidak akan berpuas hati kepada kita selagi kita tidak mengikut kehendak mereka. Senjata mereka adalah penguasaan ekonomi kerana kuasa ekonomi dapat memegang dunia. Ayuh jatuhkan!

Ayuh sama-sama kita membantu saudara-saudara kita yang ditindas di seluruh dunia amnya dan di Palestin khasnya. Kita mempunyai 'senjata' tetapi kita jarang mengunakannya. Kempen boikot barangan Israel ini perlulah diteruskan dan bukannya berlaku dalam tempoh-tempoh tertentu sahaja.

P/S : Konvoi bantuan ke GAZA akan berjalan tidak lama lagi. Sama-samalah kita berdoa dan membantu agar bantuan ini sampai terus ke GAZA. Insya-Allah.. Ya Allah.. Ampunkanlah dosa hamba-Mu ini yang selalu menyumbang kepada musuh Islam. Peliharalah kami agar tidak lagi terjerumus ke dalam rencah penyumbangan itu..

SELAMATKAN GAZA! BOIKOT BARANGAN YAHUDI!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
13600 Perai, Pulau Pinang.