Makanan Berasap Dari Dapur
Makanan Berasap Dari Dapur
Sunday, April 11, 2010
Posted by Jamal Rafaie
Sebelum berjuang di medan peperiksaan akhir, hujung minggu saya dan rakan-rakan pasti dipenuhi dengan aktiviti yang menarik iaitu pengembaraan makan beramai-ramai. Pada siri 'Jom Makan-Makan' yang lepas, kami ke tempat makan di dalam ladang (klik sini), kali ini pula kami ke lokasi yang tidak kurang jauhnya daripada kampus. Hanya di tepi jalan raya.
Jam 5.30 petang kami bertolak ke Teluk Air Tawar melalui jalan Lebuh Raya Pantai Bersih, Butterworth. Lokasi kali ini adalah Aidy's Western Food yang terkenal dengan masakan ala Baratnya. Jom pekena Chicken Chop atau Beef Steak. Jom kita makan!
DI AIDY'S WESTERN FOOD
Suasana di Restoran Aidy's Western Food
Kami tiba di restoran itu dalam pukul 6 petang. Tanpa membuang masa, kami pun memilih menu yang berkenan di hati. Ternyata harga makanan di sini agak berpatutan jika dibandingkan di Puncak Mutiara tempoh hari. Harga purata jika kita memesan menu biasa (chicken chop & beef steak), hanya sekitar RM12 seorang. Jadi.. Tidaklah terlalu mahal untuk dibelanjakan bagi menikmati hidangan ala Barat ini.
Menu Makanan (klik untuk lebih jelas)
Saudara Shafiq seperti biasa mempengerusikan mesyuarat 'Menu Pilihan'
Ramai di antara kami memesan menu Chicken Chop atau Chicken Chop Black Paper. Manakala saya dan dua rakan yang lain ingin mencuba menu yang paling special di restoran ini, iaitu Sizzling Grill Chicken Black Paper. Fuhh.. Panjang namanya letih menyebutnya.
Setelah menunggu beberapa ketika, makanan pun sampai (Chicken Chop). Apakan daya, menu special yang ditunggu-tunggu itu masih tidak kelihatan. Rakan-rakan yang lain sedap menikmati hidangan yang menyelerakan itu. Kami bertiga menunggu sambil menelan air liur sahaja la. Hehe..
Mereka makan tak menunggu yang lain
Makanan mereka sudah pun habis, makanan kami tak kunjung tiba lagi. Namun, penantian itu telah pun terlerai apabila seorang pelayan restoran membawa dulang makanan yang berasap dari dapur. Dan Sizzling Grill Chicken Black Paper kami telah datang. Puas ku menunggu, akhirnya kau tiba jua. Alhamdulillah..
Sizzling Grill Chicken Berkuah Black Paper (RM11)
Sesi menghabiskan makanan tidak perlulah diceritakan kerana sama sahaja seperti anda makan. Hehe.. Jadi.. Selepas makan kami pun berangkat pulang. Shafiq!! Tolong bayar!
Sesi mengumpul dana.
Resit Bayaran
Sewaktu pulang kami singgah di sebuah masjid di Teluk Air Tawar. Masjid ini adalah masjid yang nostalgia bagi kami kumpulan Far-E-ZeeN, kerana di masjid inilah kami membuat persembahan di luar kampus untuk pertama kalinya. Jika mahu mendapat gambaran dengan lebih jelas kenapa ianya adalah nostalgia bagi kami klik (di sini). Tak sangka tempat makan tadi dekat sahaja dengan masjid ini. Subhanallah.. Allah merancang kami ke sana kembali.. Masya-Allah..
Masjid Jamek Teluk Air Tawar
Saya menulis pengalaman ini bukannya sekadar berkongsi cerita dan bukannya saya kuat makan, tetapi ianya adalah satu usaha saya untuk mempromosi restoran-restoran Melayu Islam kita. Siapa kata orang Melayu Islam kita ini tidak tahu berniaga? Saya lihat mereka sangat berpotensi untuk lebih maju dan berdaya saing. Cuma kita yang kurang memberi sokongan kepada mereka.
Kepada anda yang tercari-cari tempat makan jika berada di Butterworth dan di sekitarnya. Bolehlah ke restoran ini jika berkelapangan. Rasailah sendiri keenakan masakan ala Barat mereka. Insya-Allah menusuk qalbu! Akhir kata, terima kasih rakan-rakanku kerana bersama-sama dalam kembara ini. Syukran!
PROMOSIKAN RESTORAN ORANG KITA!!
Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
13600 Perai, Pulau Pinang.
This entry was posted on October 4, 2009 at 12:14 pm, and is filed under
Jom Makan-Makan
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)