Pemberitahuan : Saya Sudah Berpindah Blog

Untuk perhatian pelawat blog jamalrafaie89.blogspot.com, saya ingin memaklumkan bahawa saya telah pun berpindah ke blog baru. Tetapi blog ini masih boleh diakses lagi. Kepada rakan-rakan yang link blog ini di blog masing-masing, diminta jasa baik kalian untuk menukar link blog ini ke blog baru saya ya.

Blog baru saya : http://jamalrafaie.com

Selamat mengembara ke dunia blogging saya yang baru. Kembara Kasih Ilahi!

Akhbar Mereka, Isu Kita

 [sumber : google]

"Berapa harganya, Auntie?", saya bertanya.

"Dua ringgit saja", beliau menjawab dengan senyuman.

Petang itu, saya ke kedai runcit untuk membeli Masking Tape. Semasa mahu membayar di kaunter, saya memerhatikan senaskah surat khabar berbahasa China yang dibaca oleh wanita Cina itu (tauke kedai). Bukannya mahu membaca, malah saya sendiri tidak tahu apa yang dituliskannya. Tetapi ada suatu perkara yang membuatkan saya terfikir.

Sebaris Lirik Menuju Dakwah


Sou you shi zhe, xian zhi sheng ren
Yin Ling zhe shi ren zou xiang zhen dao
Tong ling zhe ummah, yuan li na kufra
Wei zheng ge yu zhou dai en chi

Oo eraivaa unnai pottri
Toodar Rasulullah
Nam ellorum, andru serndu
Eraivan valiel selvoom

Lagu Nur Muhammad bergema di dewan itu. Kumpulan Inteam dan Unique menyampaikan lagu-lagu di dalam album Nur Muhammad dengan baik sekali. Para penonton begitu khusyuk mendengar dan ada juga yang sibuk ke hulu ke hilir mencari buku idaman qalbu di sekitar tapak ekspo.

Di sebalik penonton yang mendengar persembahan Inteam dan Unique, ada seorang insan yang begitu tertarik dengan alunan lagu-lagu selawat yang didengarnya. Lalu insan itu menuju ke booth Inteam Records dan mencapai seunit album Nur Muhammad lantas membelinya.

Hadiah Buatmu Guru

Gambar Kenangan Kelas (2002)

Persiapan sambutan Hari Guru di kelas darjah 6 Gagah telah disiapkan. Kerusi meja tersusun rapi, belon-belon bergantungan, kad-kad ucapan 'Selamat Hari Guru' disemat di sekeliling kelas ibarat kad Hari Raya digantung di rumah sewaktu musim perayaan.

Pagi itu, semua murid kelas 6 Gagah datang ke sekolah dengan wajah yang ceria. Hari ini Hari Guru, pastinya segala yang dicurahkan oleh guru mereka, Cikgu Hasimah, akan 'dibalas' dengan sambutan ini. Murid-murid melakukan persiapan terakhir sebelum cikgu mereka sampai ke kelas.

Out, Jaring, Tanggung Dan Letih

[Sumber : Berita Harian]

"HA! Adoi.. Kenapa la tak masuk!"

Riuh rendah suasana 'stadium' di rumah saya. Aksi-aksi yang mengecewakan melebihi aksi yang mengembirakan ditunjukkan oleh pemain Malaysia. Kecewa dengan kekalahan berturut-turut pasukan negara. Kalah menang adat pertandingan. Saya meredakan kekalahan Malaysia terhadap China dengan kata-kata itu.

Ulasan : Secangkir Teh Pengubat Letih


"Ada yang pergi Turki dapat pahala, ada yang pergi Turki dapat dosa. Menentukan siapakah diri yang ingin dibawa mengembara, adalah kunci besar pada menentukan kesan akhir yang bakal terhasil. Itulah yang dikatakan, 'Siapa kamu menentukan cara kamu melihat'. Kesannya pula ialah. 'Cara kamu melihat menentukan apa yang kamu dapat".

Mukadimah yang sungguh menyentuh pemikiran untuk berfikir. Ramai orang yang pergi mengembara dan melancong. Atas sifat apa? Suka-suka, menenangkan fikiran, mencari perempuan, mengkaji sejarah atau kembara iman mencari Tuhan? Setiap orang ada niatnya yang tersendiri untuk mengembara di bumi Allah Subhanahu Wataa'la ini.

21 Di Abad Ke-21


"GEDEBUSSS"

Saya tenggelam di dalam kolah air. Lemas tidak boleh bernafas. Diangkat menghirup nikmat udara, dan dicelup semula ke dalam kolah air itu. Berulang-ulang kali sehingga menangis.

Kejamkah? Tidak! Ianya satu pengajaran kepada saya kerana terlalu nakal mengacau adik-adik ketika itu. Akibatnya saya 'dilemaskan' di dalam air oleh Pakcik kerana kenakalan saya itu. Saya masih ingat peristiwa itu bukan kerana dendam, tetapi sebagai pengajaran yang mendewasakan saya hingga ke hari ini.

Bila Agaknya Blog Ini Akan Bertukar Domain?

Diam tak diam entri yang saya tunggu-tunggu selama ini telah sampai waktunya.

Untuk pengetahuan anda, dua syarat yang saya tetapkan untuk blog ini bertukar domain telah dicapai. Syarat-syarat untuk saya menukar domain blog ini telah saya tulis di entri (BlogspotDotCom Ke DotCom). Apakah syarat yang telah saya lepasi itu?

Hari-Hari Adalah Hari Ibu

[Source : http://t3.gstatic.com]

"Jamal.. Jamal.. Mari sini cepat!", Marol memanggil saya di ruangan dapur. Saya terus berlari-lari anak ke dapur takut-takut ada kecemasan, maklumlah baru sahaja berlaku kebakaran kecil di rumah kami tempoh hari.

"Ada apa?", saya bertanya kepada Marol.

"Tengok tu, ada anak burung dengan ibunya. Tengah bagi makan", Marol menunjukkan saya sangkar burung yang tersorok di bawah baldi di dapur.

Pengakhiran Adalah Permulaan


Sekumpulan pelajar sedang membakar buku dan nota di belakang asrama.

"SPM dah habis!! Puas hati aku dapat bakar buku-buku ni semua. Haha..", jerit seorang pelajar. Habis semua buku-buku itu dikoyak dan dibakar. Ibarat Harimau melapah Zebra, habis disiatnya. Tiada satu pun cebisan buku yang tinggal. Rakan-rakan lain juga berbuat demikian.

Di dalam bilik asrama lain pula ceritanya. "Yahoooooo.. Dah habis dah.. Haha.. Jom pecahkan loker! Bakkk!". Sebuah loker menjadi mangsa kekejaman rejim 'SPM' yang sedang menyerang bertubi-tubi akibat nafsu yang tidak dapat dikawal.

Sebelum Kering Keringatnya

[source : www.constructionweekonline.com]

Berita gembira! Gaji Pengawal Keselamatan akan dinaikkan sebanyak RM 1100 hingga RM 1450 bermula dari 1 Julai 2010 ini. Berita ini pasti mengembirakan 150 000 Pengawal Keselamatan yang bertugas di seluruh Malaysia.

Bayangkan jika anda menerima gaji sebanyak RM 400 sebulan, mampukah anda untuk menanggung kehidupan anda sekeluarga. Jika zaman dahulu mungkin angka ini relevan tetapi tidak untuk kehidupan sekarang yang penuh dengan cabaran. Saya sedih melihat nasib pengawal keselamatan (dan pekerjaan yang berkaitan) yang menerima gaji yang begitu sedikit untuk kehidupan sekarang. Banyak masa kerjanya, kurang bayaran gajinya.

Related Posts with Thumbnails

My blog has moved!

Blog Ini Akan Dipindahkan Ke Blog Baru Dalam Masa 5 Saat. Lawati
http://jamalrafaie.com