Dari Sebatang Mild Steel (Fitting Tools Competition)

Friday, April 09, 2010
Posted by Jamal Rafaie
"Kalau U nak jual kat pasaran, berapa yang U mahu jual?", tanya Mr. Lim sewaktu singgah ke booth kumpulan saya untuk menilai projek Hammer Driver kami.
Soalan cepumas menyinggah tanpa disangka-sangka. Berapakah harga produk kami itu jika dipasarkan? Soalan sebegini tidak pernah saya fikirkan dalam benak fikiran saya. Saya dan rakan-rakan yang lain hanya menerima sebatang rod Mild Steel dan kami diarahkan untuk menyiapkan projek kami sendiri. Soal mahu jual atau tidak, bukan terletak dalam perancangan kami, dan memang tidak akan dijual!
Satu ilmu yang baru. Seorang jurutera bukan sahaja mereka bentuk suatu produk berlandaskan ciri-ciri ergonomik, tetapi perlu juga mengambil kira soal pemasaran. Sebuah penukul yang diperbuat daripada logam Mild Steel, agak berat dan besi itu juga agak mahal, bolehkah dipasarkan kepada pengguna dengan jayanya?
Emm.. Tidak mengapa, memang kami diberi jenis logam itu dan projek ini hanyalah sekadar memberi latihan kepada kami untuk menggunakan mesin-mesin di dalam bengkel. Tetapi idea tentang pemasaran itu, akan menjadi perhatian saya di masa akan datang.
Itulah pengisian yang saya perolehi di Fitting Tools Competition dan Ergonomic Tools Design Competition untuk pelajar semester akhir (Mechanical Engineering Of Manufacturing). Moga mendapat manfaat.
SEBULAN DI DALAM BENGKEL
Masa selama sebulan diberikan kepada setiap kumpulan untuk menyiapkan projek masing-masing. Sebulan juga kami bertungkus-lumus siang dan malam berkampung di bengkel Mekanikal UiTM Pulau Pinang. Kami diberi tugas mereka bentuk dan menyiapkan satu produk dari jenis alatan tangan (fitting tool) dengan mempunyai ciri-ciri ergonomik dan multi-function.
Selama sebulan ini, kami dilatih menggunakan Lathe Machine (Mesin Larik) dalam pelbagai cara. Turning, Chamfering, Profiling, Drilling, Welding, Taper Turning, Knurling dan lain-lain lagi, semuanya diajar cara penggunaannya. (Minta maaf bagi anda yang kurang faham dengan istilah tadi, mungkin gambar di bawah dapat membantu). Kesinambungan pembelajaran hanya di atas kertas dapat dipraktikan dalam sesi di dalam bengkel ini. Tidaklah hanya belajar teori sahaja tanpa melihat proses yang sebenarnya kan?
Dalam masa sebulan itu, projek kami yang diberi nama HAMMER DRIVER dapat disiapkan. Penukul yang menggabungkan penukul dan screw driver. Mungkin ianya biasa-biasa sahaja, tetapi kami sangat berpuas hati dengan produk yang kami hasilkan itu.
SEKITAR ERGONOMIC TOOLS DESIGN AND FITTING TOOLS COMPETITION
Setelah menyiapkan projek dalam tempoh masa yang ditetapkan, tibalah masa untuk juri mengadili projek setiap kumpulan. Juri-juri terdiri daripada pensyarah-pensyarah dari Fakulti Mekanikal sendiri. Konsep pertandingan adalah seperti pameran. Sambil-sambil diadili oleh juri, boleh juga adik-adik melihat produk-produk senior mereka, semester depan mereka pula yer..
Encik Muhammad sedang melawat booth kumpulan Aizad
Rakan-rakan sedang menguji Hammer Driver
Ragam peserta yang pelbagai rupa
Sebuah kumpulan sedang menerangkan projek kepada Ir. Zulkifli (juri)
Suasana pertandingan
Salah satu contoh projek pelajar
Suasana di sepanjang pertandingan sangat menyeronokkan. Tambahan pula apabila pensyarah-pensyarah Fakulti Mekanikal sanggup turun padang untuk memberi sokongan kepada para peserta. Adik-adik junior juga ada yang berkunjung ke booth-booth kami, senang rasanya bila menerangkan projek kami kepada mereka.
Sebagai penghargaan untuk kumpulan saya, saya sertakan satu dedikasi khas buat mereka yang bertungkus-lumus dalam menyiapkan projek ini. Terimalah..
Dari kiri : Faizul, Miss Shikin, Nadia, Abg K, dan saya.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan seperjuangan saya di dalam kumpulan, Faizul, Nadia dan Alia (tiada dalam gambar), kerana memerah keringat dan idea untuk projek ini. Juga kepada Miss Shikin (pensyarah kami), kerana memberi tunjuk ajar kepada kami dalam subjek MEM362 (Manufacturing Technology 2). Tidak lupa juga kepada Abg K kerana membimbing kami dalam selok belok proses dan penggunaan mesin. Juga kepada kumpulan Kamarol, Kecek, dan Pali kerana kesudian berkongsi dan bertukar idea dengan kami.
Tempat Ketiga (HAMMER DRIVER)
Keputusan telah diumumkan. Alhamdulillah, kami mendapat tempat ketiga dalam kategori Fitting Tools Competition. Tahniah kepada yang berjaya mendapat tempat dan tahniah juga kepada semua kerana kita adalah juara! Moga Mekanikal terus maju dan sukses. Insya-Allah.. Go Go Go!!
DARI MILD STEEL KEPADA SEBUAH KEJAYAAN!!
Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
13600 Perai, Pulau Pinang.
This entry was posted on October 4, 2009 at 12:14 pm, and is filed under
Kejuruteraan
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)