Lagu ini dinyanyikan khas oleh kumpulan UNIQUE sewaktu Majlis Himpunan Ummah Selamatkan GAZA atau (HIMMAH 2) di Dewan Millenium Kepala Batas, Pulau Pinang pada 17 April 2010 yang lalu. Tajuk lagu ini masih sama dengan lagu asalnya iaitu Langkah Tercipta, tetapi bait liriknya didedikasikan khas untuk saudara-saudara kita di Palestin.

Bersama-sama kita menghayati bait-bait lirik yang ditulis khas bagi memberi langkah kepada saudara di Palestin untuk mencipta kejayaan Islam di sana. Insya-Allah.. Terimalah.. Langkah Tercipta..


LANGKAH TERCIPTA (GAZA)

Tak daya tangis ku tahankan
Melihat ketabahan
Di balik keruntuhan

Demi sebuah keadilan
Menegak kebenaran
Jiwa raga kau taruhkan

Palestin,
Wajahmu yang layu
Dan basah matamu
Adalah kisah perjuangan yang bisu

Dalam langkah lesu
Bicara yang kaku
Bagai tubuh hilang mampu
Namun jiwamu berbisik
Inilah dugaan

Turunlah semua seteru
Di segenap penjuru
Uji ketabahanmu

Yakin teguh janji Tuhanmu
Ada ganjaran syurga
Untuk para syuhada’

Palestin..
Kami bersamamu untuk bangkit semula
Meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatmu
Kurniakan kekuatan

Ini kisah perjuangan
Tuk satu keamanan
Bangunlah seluruh saudara
Satu di dalam doa
‘Tuk sesama saudara…

Ayuh kita semua membantu
Berdoa dan bersatu
keranamu Palestin…

(Kredit : Bazli Hazwan Che Osman)

Bersama kita membantu, berdoa dan bersatu, demi satu perjuangan yang suci untuk membantu Palestin dan dunia Islam keseluruhannya.. Insya-Allah.. Terima kasih untuk Abang Bazli di atas perkongsian lirik di atas. Moga usaha kecil ini memberi manfaat kepada kita semua dan Islam khususnya.. Amin..

P/S : Jom sertai GROUP UNIQUE, known as UNIC di Facebook.

PALESTIN.. LANGKAH MU AKAN TERCIPTA JUA!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
13600 Perai, Pulau Pinang.