KISAH TELADAN : Tolak Rasuah, Pintu Rezeki Terbuka Luas..

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak diduga."
(Surah ath-Thalaaq (65) : ayat 2-3)

Harta di dunia akan ditinggalkan, tidak dibawa ke dalam kubur-(Gambar Hiasan)

Seorang saudagar bercerita tentang seorang pengawai kastam yang bertugas di sebuah pelabuhan di Arab Saudi tetapi meninggalkan kerjayanya itu. Sewaktu bekerja di pelabuhan, seluruh urusniaga perlulah berurusan melalui pegawai kastam itu. Suatu posisi yang boleh menyebabkan pegawai kastam ini menerima rasuah.

Si pegawai ini adalah seorang yang sangat baik dalam tugasnya. Beliau pantang menerima rasuah sepanjang perkhidmatannya sebagai pegawai kastam walaupun beliau tahu bahawa pegawai atasannya selalu mengambil rasuah.

Baca seterusnya ye>>

Tiba suatu hari, pegawai atasannya mengarahkan beliau untuk memudahkan prosedur kastam dan menerima 'hadiah' yang diberikan oleh pedagang. Para pedagang membuat aduan kepada pegawai atasannya yang mengatakan beliau menjalankan prosedur yang ketat. Kerana itulah arahan itu dikeluarkan kepadanya (sebenarnya pegawai atasan hendak menerima rasuah).

Apabila mendengar arahan itu diarahkan kepadanya, beliau terus menggigil ketakutan. Kemudian beliau keluar dari pejabat dan menangis kerana sedih, duka dan bimbang. Setelah itu, hari2 pun berlalu, maka datanglah para perasuah datang kepadanya.

Ada yang mengatakan "Ini adalah hadiah daripada syarikat kami". Ada juga yang mengatakan "Hadiah ini adalah penghargaan dari perusahaan kami di atas usaha kamu yang baik". Panas telinga beliau mendengarnya. Dengan semangat yang kuat untuk menjaga agama, maka beliau pun menolak tawaran itu.

Berita itu pun sampai kepada Pegawai atasannya, maka si pegawai kastam itu pun dipecat dari jawatannya itu atas alasan beliau tidak mesra pelanggan. Perasaan sedih menyelubungi beliau. Hilang mata pencarian menampung keluarga. Hanya kepada Allah, tuhan sekalian alam, tempat beliau berserah kerana hatinya masih bersih dan percaya dengan janji2 Allah..

ALLAH MAHA ADIL DAN PEMBERI REZEKI

Maka Allah s.w.t mengurniakan rezeki berupa sebuah kereta kecil kepada pegawai kastam itu. Beliau pun memulakan perniagaan kereta sewa dan mengangkut barang2 secara kecil-kecilan dan akhirnya dapat membeli kereta yang lain.

Kerana bekerja dengan jujur, ramai pelanggan yang mencari dan menggunakan perkhidmatan kereta beliau. Sehinggalah pada suatu hari, keretanya telah berlanggar dengan sebuah kereta dan pelanggaran itu bukan salahnya. Tanpa segan silu, beliau pun terus meminta maaf walaupun bukan salah dirinya.

Dengan rancangan dari Allah, pemandu yang melanggar keretanya tadi adalah seorang hartawan. Hartawan itu sungguh terharu dengan sikap murni yang ditunjukkan oleh 'si pegawai kastam' itu tadi. Tanda berterima kasih dan memohon maaf, si hartawan itupun menawarkan kepada 'si pegawai kastam' itu bekerja dengannya. Maka bekerjalah beliau dengan hartawan itu dengan upah yang berlipat kali ganda daripada upah sewaktu bekerja di pelabuhan dahulu..

HABISS..

P/S : Berapa ramaikah di antara kita yang telah mengambil rasuah? Dan berapa ramaikah di antara kita yang seperti 'si pegawai kastam' itu tadi? Rasuah menyebabkan sistem pentadbiran kita hancur. Yang besar akan terus berkuasa, yang kecil akan terus diabaikan.. Sama2 kita renungkannya..

Saya anti-rasuah?

"Carilah rezeki di muka bumi Allah s.w.t ini. Tapi jangan terima rasuah, buruk padahnya"

KEMBARA : Rekreasi Di Sg. Sedim.. Tenangkan Fikiran Sebelum Berjuang..

"Jauh Perjalanan Luas Pandangan"
"Cintailah Alam Sekitar"



"Salam.. Esok mu nok g x mandi2 kat sedim? Shafiq mpp ajok mu. Ajok la awok2 mu g"
, saya terima sms dari Pidin di kala malam semakin menggelap. Apa lagi, peluang nak jalan2 jangan dilepaskan pulak, rugi kalau tak pergi. Saya ajak la kawan saya si Fitri ikut sekali. Jadi, bermula la perjalanan kami ke Sg. Sedim (25/10/09) pada pukul 10.00 pagi. Sebanyak 7 buah motorsikal konvoi beramai-ramai..

Baca seterusnya>>



Alhamdulillah.. Perjalanan berjalan seperti biasa dan selamat. Tetapi kat highway pulak sangkut. Polis Trafik 'menyambut' kami.. Tak pe la.. Tak buat salah buat apa nak takut. Tunjuk aje la lesen yang ada.


Sampai di Sg. Sedim, ketenangan dapat ku rasai apabila dapat melihat keindahan Allah s.w.t yang serba indah ini. Kami beramai-ramai terjun ke dalam sungai yang sejuk ini sampailah ke waktu zohor..


Kembara ke Sg. Sedim adalah pengalaman pertama bagi saya. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam ke sana. Di samping menenangkan fikiran, kita juga dapat menikmati keindahan alam yang Allah s.w.t telah ciptakan kepada kita. Subhanallah..

Marilah kita bersama-sama menjaga keindahan alam sekitar kerana alam sekitar bukannya kepunyaan kita tetapi kita meminjamnya dari anak2 kita..

*Terima kasih kepada Saudara Shafiq Jamaludin kerana meng'organize' program jalan2 ni. Terima kasih juga kepada kawan2 lain yang turut serta..

PERSPEKTIF : Bahangnya Semakin Terasa!!

Pentas perjuangan yang telah bersedia menunggu para pejuang

"Kau dah siap assignmnent manufacturing ke?", soal Aizad kepada saya.

"Bila masa pulak ada assignment manufacturing pulak nih?", pelik saya dibuatnya.

"Betul la Aizad.. Mana ada Pn. Salina suruh buat, tak pernah dengar pun", tambah pula si Pidin dan Pejoe.

"Ada la.. Pn. Salina suruh buat lepas kelas hari tu.. Hari ni last hantar tau!", tegas Aizad.

Alahai.. Macam manalah saya nak tahu ada assignment yang kena buat. Lecture tak bagi tahu pun dalam kelas. Selalunya kalau ada assignment akan dibagi tahu secara rasmi dalam kelas agar semua orang tahu. Ni mesti ada student jumpa lecture tanya pasal benda ni, apa lagi, lecture dapat idea la nak bagi kerja kat student disebabkan ada student rela hati nak buat assignment. Haha.. Tak pe la.. InsyaAllah saya usahakan buat jugak assignment tu walaupun tak tahu betul ke tak kena buat.. Hehe..

Apa pun, peristiwa tu berlaku di hari terakhir sesi pengajaran di UiTM Penang ni. Bayangkan betapa sibuknya student2 sume untuk siapkan semua assignment dan report yang tertunggak tak dihantar. Tak senang duduk semuanya, termasuk la saya. Adoi..

FINAL EXAM SEMAKIN HAMPIR

Quiz sudah, test pun sudah.. Tibalah masa final exam pula menyusul. Itu bermakna bahang perjuangan yang membara telah pun masuk ke dalam sanubari para student. Semua pakat2 study ramai2 dah sekarang. Siang malam pegang buku je.. Lagi2 la ada semangat bila tengok kerusi dan meja dah tersusun untuk menunggu kedatangan diorang (tak semangat bagi orang yang lemah semangat nak ambil exam).

Final exam ialah peringkat terakhir untuk menentukan tahap pencapaian kita dalam sesuatu subjek atau pengajian. Selalunya bahagian markah dalam final exam adalah sangat besar impaknya, maka tidak hairanlah para pelajar terlalu menumpukan study untuk score dalam final exam.

BELAJAR DARI BELAJAR

Apa yang menariknya apabila kita mengulangkaji pelajaran, semakin kita belajar semakin banyak perkara yang kita tidak tahu. Bukan bermaksud semakin belajar semakin bodoh, tetapi makin banyak kita belajar, kita akan dapat rasakan yang kita ini makhluk ciptaan Allah s.w.t yang serba kekurangan. Perasaan ingin tahu terhadap sesuatu ilmu itu akan semakin teransang kepada sesiapa yang berfikir tentang ilmu. Tetapi hal ini tidak akan dialami oleh orang yang hanya belajar kerana hendak jawab soalan semata-mata.

Tidak dinafikan kita bertungkus lumus untuk menjawab soalan, tetapi kita perlu pandai mengambil input dalam apa yang kita pelajari itu untuk dijadikan bekalan hidup. Tidak la seperti selepas sahaja exam semua dilupakan. Saya tidak menyatakan yang saya seorang pelajar yang perfect, saya juga seperti pelajar2 lain yang belajar kerana hendak menjawab soalan, tetapi hanya ingin mengingatkan diri saya dan rakan2 sekalian tentang tujuan asal kita di persada perjuangan ini adalah untuk menimba ilmu dan bukannya menjawab peperiksaan semata-mata.

Perjuangan mesti diteruskan (Gambar Hiasan)

Pada hemat saya, apa yang berlaku sekarang ini ialah ramai pelajar belajar hanya kerana ingin mendapatkan sijil, diploma dan ijazah semata-mata. Hilanglah nilai ilmu jika kita berniat begitu. Saya juga mengidamkan sijil2 ini, saya juga perlu bertungkus lumus mendapatkannya, tetapi apa yang lebih penting ialah sejauh mana kita semua dapat mengambil iktibar dalam pembelajaran kita. Sejauh mana ilmu yang kita dapat untuk membangun agama dan bangsa kita? Adakah dengan mendapat pointer 4.0 dapat membela nasib agama dan bangsa kita? Mari kita sama2 renungkan..


Akhir kata.. Sempena final exam yang bakal menjelma ini, saya mengucapkan selamat mengambil peperiksaan kepada semua rakan2 perjuangan tak kira di mana jua anda berada. Maafkanlah diri ini jika terdapat salah dan silap.. Terima kasih juga kepada lecture2 yang bertungkus lumus mengajar saya dan rakan2.. Jazakallah Khairal Kathirah.. Selamat berjuang..

*Sebagai tanda perjuangan.. Saya mainkan lagu Teruskan Perjuangan (Brothers) untuk kita semuanya..

PERSPEKTIF : Kejadian Sejadah Berdiri.. Pelik Tapi Benar?

"Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu, Dia hanya berkata kepadanya "Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu"
(Surah Yassin ayat 82)


Salam.. Sebenarnya saya tidak terlalu terkejut tentang fenomena ini apabila ia berlaku buat kali pertama. Tetapi selepas beberapa siri kejadian ini dilaporkan, hal ini yang membuatkan saya menjadi terkejut dan terkeliru. Secara kebiasaannya di Malaysia ini, sesuatu kejadian pelik yang berlaku selalunya akan mempunyai kejadian bersirinya selepas itu. Entahlah. .Betulkah perkara ini benar2 berlaku atau saja dibuat orang? Mungkin kes yang pertama adalah benar2 terjadi. Bagaimana pula dengan kes yang kedua? Wallahua'lam..

Saya mulakan dengan menyatakan beberapa siri kejadian ini..

Kejadian berlaku pada 1 Oktober 09 di Taman Haji Amin di Permatang Pauh (kawasan bersebelahan UiTM Penang). Dikatakan sejadah tersebut berdiri dengan sendirinya pada pukul 9.00 malam (selepas isyak). Dikatakan juga perkara ini berlaku apabila pasangan suami isteri di rumah itu bertengkar berkenaan arah kiblat di rumahnya. Adakah ini sebagai petunjuk dari Allah s.w.t?

Di Kota Bharu, kejadian sejadah berdiri berlaku lagi di Madrasah Kampung Gual Pasung Hantu, Rantau Panjang dan tiga lagi tempat iaitu Maahad Ar-Rahman Kenali, SK Mulong 2 dan Pejabat Yayasan Islam Kelantan.

Di Bukit Mertajam pula dilaporkan 4 helai sejadah didakwa dalam keadaan sedang bersolat di surau Tanah Liat, Kampung Tanah Liat.

Di Alor Setar, 3 helai sejadah dilihat dalam keadaan bersembahyang jemaah di ruang solat lelaki Surau Al-Rahmaniah, Kampung Teluk Yan.


Jika dilihat melalui beberapa kes ini, akan timbul persoalan yang merunsingkan. Bukan kerana kejadian ajaib ini, tetapi mengapa selepas satu kes dilaporkan, kes yang lain bersusun pula untuk dilaporkan di dada akhbar.

Tambahan pula mendirikan sejadah boleh dilakukan oleh semua orang. Sudah pastilah ianya akan dijadikan modal kepada orang yang mahu mengejar liputan media. Andaian sahaja.


PETUNJUK ALLAH

Sebagai seorang muslim, kita tidak perlulah berasa pelik tentang kejadian2 pelik yang terjadi di sekeliling kita. Allah s.w.t mempunyai kuasa membuat sesuatu yang dikehendaki-Nya. Seperti dalam surah Yassin ayat ke 82, Allah s.w.t telah menerangkan sifat "kun fayakun" kepada makhluk-Nya. Jadi tidak perlulah kita berasa pelik dan memikirkan perkara2 tahyul sehinggakan kejadian itu dapat menggugat akidah seorang muslim. Apa yang perlu kita lakukan ialah memuji kebesaran Allah bila berlaku kejadian seperti ini. Ucapkanlah Subhanallah..

Allah s.w.t Maha Pencipta.. Setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya dan semuanya untuk menunjukkan kekuasaan-Nya. Mungkin juga untuk memberi petunjuk kepada manusia seperti yang berlaku dalam kejadian ini.

ANGKARA JIN DAN SYAITAN

Fenomena ini juga boleh berlaku disebabkan oleh mainan jin dan syaitan. Sedia maklum bahawa jin dan syaitan berusaha menyesatkan manusia dengan apa cara sekalipun, mungkin juga perkara ini dilakukan oleh 'mereka'. Wallahua'lam..

Tujuannya adalah menyesatkan manusia untuk syirik kepada Allah s.w.t. Dilaporkan juga ada setengah pihak yang melakukan perkara khurafat seperti meletakkan air di hadapan sejadah itu untuk mendapatkan 'berkat' kononnya. Mungkin juga angkara jin dan syaitan ada benarnya. Semuanya dalam pengetahuan Allah s.w.t.

Kesimpulannya.. Kejadian ini boleh dilihat dalam pelbagai sudut. Sama ada kita dapat menambah iman apabila melihat kejadian ini atau pun ianya akan menjadi duri kepada akidah kita. Fikir2kanlah dan sama2lah kita mendapat pengajaran.. ALLAHU AKBAR!!

PERSPEKTIF : 1 MALAYSIA.. Antara Harapan Dan Kritikan..

"Diri saya bukannya besar untuk mempersoalkan tentang konsep 1MALAYSIA. Tetapi hanyalah untuk renungan bersama"


Pengenalan.. Konsep 1MALAYSIA diilhamkan oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Konsep ini bertujuan untuk mengeratkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Konsep ini adalah satu konsep yang sangat baik bagi saya kerana kaum2 di Malaysia dapat menikmati nikmat keamanan yang berterusan jika rakyat dapat menghayatinya dengan berkesan.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah mengikuti segala agenda kerajaan jika ianya adalah baik. Tetapi yang ingin saya perkatakan di sini ialah cara perlaksanaan yang kurang menyenangkan saya. Mungkin hal ini bukannya menggambarkan keseluruhan perlaksanaannya, hanyalah segelintir sahaja yang melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Tetapi ianya memberi kesan kepada rakyat Malaysia. Bukan dari segi konsep, tetapi dari segi program khususnya pengisian sesuatu program itu.

Hal ini terjadi sewaktu saya dan kawan2 memenuhi jemputan jamuan hari raya dan Deepavali yang bertemakan 1MALAYSIA di kawasan tempat pengajian saya. Ternyata ramai orang yang menghadiri majlis jamuan tersebut sampaikan kami hanya melihat sahaja roti canai, ketupat, rendang, semua menyelerakan tapi tak dapat ambil sebab ramai orang. Ha3.. Selepas itu, Alhamdulillah.. Kami dipelawa ke bilik VIP oleh seorang kenalan untuk menjamu makanan yang ada. Syukur dapat makan.

Bukan pasal makanan yang saya ingin katakan sebenarnya, tetapi berkenaan tentang persembahan yang diadakan dalam majlis tersebut. Pada awalnya, perjalanan persembahan amat baik sekali. Dimulakan dengan persembahan kompang yang menyanyikan lagu2 selawat ke atas nabi. Seterusnya pula giliran kumpulan nasyid UiTMPP (ASRAR) yang menyanyikan lagu2 memuji Allah dan kasih sayang di antara manusia. Diikuti pula dengan persembahan dari kumpulan masyarakat India yang mendendangkan lagu tradisi mereka. Selepas itu ada sedikit majlis penyampaian bantuan kepada warga emas dan penyampaian bantuan yang lain..

Persembahan berbentuk hiburan Islam perlulah diperbanyakkan dalam program2 kerajaan

Apa yang mengejutkan saya, selepas persembahan2 itu tadi, penganjur menganjurkan satu pertandingan ratu kebaya yang bagi saya tidak perlu diadakan. Dengan kehadiran peserta yang berpakaian yang menjolok mata, sehinggakan ramai yang bersorak apabila mereka memperagakan kostum mereka. Tambahan pula, tema pertandingan ini ialah 1MALAYSIA, para peserta perlulah membuat satu ucapan ringkas yang bertemakan 1MALAYSIA sewaktu menggayakan pakaian mereka. Bagi hemat saya, hal ini bukan sahaja menjatuhkan imej 1MALAYSIA bahkan menjatuhkan maruah peserta itu sendiri. Memanglah dalam pertandingan itu disertai oleh peserta berbilang kaum dan menunjukkan kepelbagaian budaya Malaysia, tetapi caranya adalah tidak betul dan tidak mengikut syariat Islam. Lama kelamaan apabila diperhatikan, majlis jamuan hari raya telah bertukar kepada pesta hiburan yang melalaikan. Ini yang merunsingkan saya. Alahai..

Jika perkara seperti berterusan, lama kelamaan pasti rakyat akan menilainya. Saya rasa cukup untuk menjemput kumpulan2 yang membuat persembahan secara Islamik dan jika mahu menyelitkan persembahan kebudayaan sesuatu kaum yang bertujuan menunjukkan perpaduan dan kepelbagaian budaya, masukkan persembahan yang tidak 'ekstrem' ataupun tidak keterlaluan. Pasti akan menimbulkan fitnah jika majlis itu dipenuhi dengan acara maksiat yang dilarang Islam. Bukannya saya ingin melobi golongan penasyid tetapi sebagai alternatif kepada masyarakat untuk berhibur.

Program percambahan fikiran rakyat yang tidak berselindung dengan agenda politik perlu diperbanyakkan (Gambar Hiasan)

Akhir kata.. Saya bukannya hendak mengatakan bahawa kerajaan itu salah. Tetapi untuk membetulkannya sahaja. Saya bukannya golongan pembangkang yang tahu membangkang walaupun sesuatu yang dibangkang itu adalah baik, tetapi saya hanyalah ingin memberi pendapat dan membetulkan apa yang tidak betul. Siapalah saya untuk memberi tunjuk ajar, ilmu di dada ini tidak cukup, tetapi memberi pendapat sekadar yang termampu. Saya hanya mahu melihat bangsa dan agama Islam terus didaulatkan dengan cara kita sama2 mencari keredhaan Allah s.w.t.

Antara harapan dan kritikan.. Hanya sebagai satu usaha yang kecil.. Seperti seekor burung yang sanggup berusaha membawa air di mulutnya semata-mata ingin memadamkan api yang ingin membakar Nabi Ibrahim a.s. Moga2 Malaysia menjadi satu negara yang maju dan diredhai Allah s.w.t dengan pendekatan 1MALAYSIA yang sempurna. InsyaAllah..

PERSPEKTIF : Perwakilan Atau Diwakilkan? Renungan Kepada Semua..

JPK lama dan baru di Majlis Penghargaan JPK 2008

Pada 11.11.2008 di Bilik TV Kolej Zamrud telah diadakan satu majlis yang sangat bermakna kepada Ahli Jawatankuasa Perwakilan Kolej tak kira lama ataupun yang baru. Secara emosinya, ahli JPK yang lama berada dalam keadaan sedih dan gembira, begitu juga kepada ahli JPK yang baru. Apa yang dimaksudkan dengan perasaan sedih dan gembira itu? Adakah sama perasaan yang dirasai antara yang lama dan yang baru? Pastinya berbeza..

Kepada JPK yang lama, mereka berasa gembira apabila terlepas daripada amanah yang berat yang telah dipikul sekian lama, selepas ini tidak lagi bekerja dengan staf kolej, tidak bertugas menelefon RS dalam keadaan emergency yang menjadi tugas kebiasaan mereka, tiada lagi perjumpaan aras, tiada lagi roadshow dan tugas2 yang lain. Tetapi adakah kita tahu bahawa di dalam hati kecil mereka itu terdapat rasa sedih dan ketakutan dek tempias amanah yang lalu? Adakah tugas2 yang lalu telah dilakukan dengan baik? Adakah pihak pengurusan berpuas hati dengan kerja mereka? Apakah yang akan dijawab nanti apabila Allah s.w.t bertanya tentang tanggungjawab mereka? Soalan2 itu pastinya berlegar di fikiran mereka yang sentiasa beringat..

Kepada JPK yang baru pula, mereka berasa gembira apabila dilantik menjawat jawatan JPK, maklumlah masih baru menerima jawatan, pastinya bersemangat unutuk menjalankan tugas. Jika dulu hanya menurut perintah sahaja, sekarang sudah punya kuasa membuat keputusan. Idea2 yang menggunung telah hadir bagaikan mencurah di ladang gandum. Tetapi adakah kita tahu di hati kecil mereka terpendam rasa sedih di mana amanah dan tugas akan dipikul selepas ini. Amanah membuat keputusan pastinya akan ditanya oleh Allah s.w.t.. Itu yang membuat mereka menjadi sedih..

Ketika itu, saya berada dalam golongan JPK baru dan sekarang saya berada dalam golongan JPK lama. Kedua-dua situasi itu telah saya lalui, perasaan sedih dan gembira. Sehingga sekarang saya masih tertanya-tanya adakah service yang telah saya berikan memadai dengan kudrat yang Allah s.w.t telah berikan kepada saya. Adakah rakan2 berpuas hati dengan saya? Adakah adik2 JPK baru menyimpan dendam kepada saya? Persoalan itu bermain di hati kecil saya ini. Apa yang saya mampu hanyalah memohon kemaafan di atas keterlanjuran yang dilakukan oleh saya selama ini. Maafkanlah saya..

Bergambar kenangan sebelum memulakan tugas di hari pendaftaran pelajar baru

Berkenaan tugas sebagai Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK), pada hemat saya, perlaksanaan tugas perlulah diterangkan dengan sebaik-baiknya kepada penjawatnya. Jika tidak, pastinya penjawat jawatan itu akan terkeliru dengan tugasnya termasuk diri saya sendiri yang terkeliru. Saya menyertai JPK ini semenjak dari semester 1 lagi. Pengalaman bertugas dengan 3 generasi JPK tidak banyak bezanya bagi saya. Apa yang diperhatikan, perancangan membuat program lebih diutamakan daripada kebajikan pelajar. Saya dapat rasakan yang ayat ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati kepada sesetengah individu, tetapi itulah hakikatnya dan saya juga rasa bersalah dalam hal ini. Kebajikan orang yang ditadbir kurang diutamakan bagi golongan perwakilan tidak kira wakil rakyat, MPP, JPK hatta kepada ketua mana2 persatuan sekalipun. Hanyalah program yang diutamakan.

Bersempena dengan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, kita sebagai golongan pentadbir perlulah mengubah cara kerja kita daripada pembuat program kepada menjaga kebajikan. Bagi membincangkan skop tugas JPK, program2 kebajikan seperti lawatan bilik ke bilik perlu diwujudkan. Selain itu, aduan2 pelajar perlu dipandang lebih serius kerana kita kurang mengambil perhatian tentang hal ini sehinggakan para pelajar terpaksa menyuarakan masalah mereka ketika perjumpaan kolej. Dimanakah kredibiliti kita ketika itu, adakah kita tidak menjaga kebajikan mereka? Adakah kita perwakilan mereka ataupun mereka diwakilkan oleh kita untuk menyuarakan masalah kebajikan mereka? Mari kita renungkan bersama..

Barisan JPK & sekretariat bergambar kenangan selepas program Roadshow JPK Zamrud 2009

Oleh itu, saya menasihatkan kepada diri saya dan sahabat2 khususnya kepada adik2 JPK yang baru ini. Jalankan tugas dengan sebaiknya, ambil yang baik daripada kami dan ubahlah apa yang dirasakan kurang. Tumpukan kepada kebajikan pelajar dan saya yakin anda mampu mengubahnya.. Kepada JPK lama, teruskanlah perjuangan yang belum selesai dalam hidup kita. Maafkanlah kesalahan yang saya lakukan dari dahulu, kini dan selamanya. Kenangan bersama rakan JPK tidak akan saya lupakan dan menjadi memori dalam hidup saya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada JPK yang baru. InsyaAllah Fin Najah..

PERSPEKTIF : Persatuan Kesenian Islam UiTM Pulau Pinang.. Satu Coretan..


Teringat kembali memori 30 Julai 2008, pastinya saya tidak dapat lupakan apabila saya dan rakan2 menghantar borang permohonan penubuhan Persatuan Kesenian Islam kepada unit aktiviti HEP UiTM Pulau Pinang. Dengan matlamat dan harapan untuk melihat syiar Islam terus mekar di kampus dengan cara memartabatkan kesenian islam, maka hadirlah motto “Towards Islamic Arts Priority” sebagai cogan kata dan pembakar semangat dalam perjuangan ini. Tugas dan amanah yang besar kepada saya apabila dilantik sebagai Presiden Persatuan Kesenian Islam UiTM Pulau Pinang yang pertama.

Pasti ramai yang memerhatikan bahawa Persatuan Kesenian Islam (PKI) ini adalah semata-mata untuk nasyid sahaja. Hal ini telah kami jangkakan bahawa ramai yang mengatakan persatuan ini adalah untuk bernasyid sahaja dan boleh dikatakan sebagai hak milik individu atau sekumpulan orang. Hakikatnya adalah PKI untuk semua.

Menyingkap kembali sejarah awal penubuhan, satu perjumpaan khas telah dibuat di Bilik Tetamu (sekarang Pejabat NR) di Kolej Zamrud. Perjumpaan itu dihadiri oleh saya sendiri dan rakan2 yang lain (Far-E-ZeeN) dan dipengerusikan oleh Saudara Amirul (ex-jpkM). Siapakah itu Amirul? Beliaulah yang telah mengambil berat tentang perjalanan kumpulan Shoutul Faizin (Far-E-ZeeN) di kampus ini, banyak memberi semangat dan tunjuk ajar kepada kami sejak mula kami berada di kampus ini.

Ahli2 bergambar di hadapan Muzium Kesenian Islam di program
The Travel Islamic Art 2009


Matlamat asal adalah untuk mengaktifkan semula Kelab NASYID UiTMPP yang telah lama terkubur. Tetapi apabila memikirkan halatuju jangka panjang, kami bersepakakat untuk menubuhkan Persatuan Kesenian Islam UiTM Pulau Pinang. Persatuan ini menghimpunkan kesemua jenis kesenian yang terdapat dalam Islam dan Melayu yang diterima pakai untuk memartabatkan Islam dalam konteks kesenian.

Persatuan yang diwujudkan sebagai flatform kepada ahlinya untuk terus mencambahkan kesenian Islam di dalam kampus. Persatuan yang diwujudkan sebagai tempat untuk menimba ilmu pengurusan program. Persatuan yang diwujudkan sebagai tempat melihat keindahan Islam dalam bentuk kesenian. Persatuan yang diwujudkan sebagai medium dakwah kepada masyarakat kampus khususnya. Persatuan yang diwujudkan sebagai tempat mengeratkan silaturrahmi sesama insan. DAN sebenarnya persatuan ini adalah untuk mendapat redha Allah s.w.t.

Antara yang dirancang dalam persatuan ini ialah penubuhan kumpulan nasyid, penubuhan kumpulan kompang, penubuhan kelas khat, penubuhan kelas marhaban dan berzanji dan lain lagi2. Akibat kelemahan dan kudrat yang ada pada kami, kami tidak mampu untuk melaksanakan kesemua agenda yang dirancang ini.

Sempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kesenian Islam. Saya berharap generasi akan datang yang akan mentadbir persatuan ini dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya dan dapat membawa persatuan ini lebih jauh lagi. Saya dan rakan 2 hanya mampu melakukan yang termampu dan usaha ini perlu diteruskan lagi. Perjuangan belum selesai wahai sahabat2 ku.. Maafkan segala salah dan silap di atas segala kesilapan dan kelemahan sepanjang saya menjadi presiden. Sekian..

INFO : Persatuan Kesenian Islam adalah satu persatuan berdaftar dengan HEP UiTM Pulau Pinang. Didaftarkan pada 30 Julai 2009. Diasaskan oleh kumpulan Far-E-ZeeN. Persatuan yang berkonsepkan hiburan dalam Islam yang menekan aspek keislaman dalam kesenian. Boleh lawat website http://pkiuitmpp.blogspot.com untuk keterangan lanjut.


Kisah Nabi : Nabi Ibrahim Dan 4 Ekor Burung


Pada suatu hari, Nabi Ibrahim a.s telah memohon kepada Allah s.w.t supaya menunjukkan kepadanya bagaimana Allah s.w.t menghidupkan makhluk yang telah mati. Allah s.w.t bertanya kepada Nabi Ibrahim, "Adakah engkau tidak percaya bahawa Aku berkuasa menghidupkan makhluk yang telah mati?". Lalu Nabi Ibrahim a.s pun menjawab "Sudah pastinya aku percaya bahawa Kau Maha Berkuasa untuk menghidupkan sesuatu yang telah mati, tetapi aku mahukan kefahaman yang mantap".

Allah s.w.t telah memperkenankan permohonan Nabi Ibrahim a.s dengan memerintahkan Nabi Ibrahim a.s supaya mengumpulkan 4 ekor burung iaitu Burung Merak, Ayam Jantan, Merpati dan Helang. Selepas itu Allah memerintahkan supaya menyembelih dan mencincang keempat-empat burung tersebut. Setelah itu, baginda perlulah meletakkan burung2 yang dicincang itu di 4 buah bukit yang berlainan.

Maka dengan kuasa Allah s.w.t, keempat-empat burung yang diletakkan di bukit yang berlainan itu tadi telah bercantum kembali dan burung2 itupun terbang ke arah Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim a.s terus memuji Allah setelah melihat kehebatan Allah s.w.t ini..

INTISARI CERITA :

1) Nabi Ibrahim a.s walaupun telah beriman dan menyakini kehebatan Allah s.w.t, baginda tetap ingin mempelajari sesuatu daripada Allah untuk menambahkan iman.

2) Tamsilan kepada 4 ekor burung :

-BURUNG MERAK : Bangga dengan kecantikan dirinya. Kecantikan yang Allah beri kepada kita perlulah disyukuri dan bukannya dimegah-megahkan seperti yang dilakukan oleh burung merak.

-AYAM JANTAN : Ayam jantan suka mengawan tidak kira masa dan tempat. Hal ini perlulah kita hindari dan banyakkan beribadah kepada Allah s.w.t.

-BURUNG MERPATI : Burung merpati mempunyai sikap yang tidak baik iaitu apabila burung-burung lain sudah mencelikkan mata di awal pagi lagi untuk mencari makanan sedangkan ia masih lagi tidur. Janganlah menjadi seperti burung merpati yang malas bekerja.

-BURUNG HELANG : Sikapnya yang suka menyambar ditamsilkan kepada manusia yang suka mengambil peluang ke atas orang lain dan bertindak zalim. Setiap muslim perlulah menghindarkan diri daripada sikap2 di atas dan binalah diri ke arah redha Allah s.w.t.

Kisah Sahabat : Kisah Tasbih Fatimah.


Saidatina Fatimah r.ha biasa menggunakan pengisar untuk mengisar gandum sehingga menyebabkan tangan beliau melecet. Beliau juga selalu mengangkut air ke rumahnya di dalam sebuah beg kulit sehingga menyebabkan bahu beliau berparut. Beliau juga sibuk membersihkan rumah sehingga pakaiannya menjadi kotor.

Suaminya Saidina Ali r.a berasa sangat kasihan kepada isterinya lalu memberi cadangan supaya Fatimah berjumpa dengan Rasulullah s.a.w untuk memberikan seorang hamba untuk membantunya. Tambahan pula ketika itu tawanan perang telah dihantar ke Madinah.

Lalu Fatimah r.ha pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w, tetapi ketika itu ramai tetamu di rumah baginda. Oleh kerana beliau adalah seorang yang bersopan-santun, Saidatina Fatimah pun pulang ke rumah semula kerana tidak berani berjumpa dengan ayahnya di hadapan khalayak ramai.

Pada keesokkan harinya, Rasulullah s.a.w telah datang ke rumah Fatimah dan bersabda "Fatimah! Apakah sebab dikau datang ke rumahku kelmarin?". Fatimah berasa malu dan mendiamkan diri. Lalu Saidina Ali pun berkata "Wahai Rasulullah s.a.w.. Tangan Fatimah telah melecet dan bahunya telah berparut kerana sibuk mengisar gandum dan mengangkut air bersendirian. Beliau juga sibuk mencuci rumah sehingga menyebabkan pakaiannya menjadi kotor. Aku memberi tahunya mengenai tawanan perang dan mencadangkan supaya bertemumu untuk memberikan seorang pembantu untuk membantunya membuat kerja".

Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda:
"Takutlah kepada Allah wahai Fatimah. Perolehilah taqwa dan teruskanlah urusan kerja rumah tanggamu wahai Fatimah. Sebelum engkau tidur, ucaplah "'Subhanallah" 33 kali, "Alhamdulillah" 33 kali dan "Allahu Akhbar" 34 kali. Dan kau akan dapati, ianya lebih berguna dari seorang pembantu".

Fatimah r.ha menjawab : "Aku berpuas hati dengan Allah dan Rasul-Nya"

Tasbih Fatimah : "Subhanallah" 33 kali, "Alhamdulillah" 33 kali dan "Allahu Akhbar" 34 kali.

TIP SUNNAH : Sebelum tidur baca 3 kul, selawat atas nabi, ucapkan tasbih Fatimah. Hembuskan ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan. InsyaAllah dilindungi Allah s.w.t..
Selamat Beramal..

Kembara : Lawatan Industri (DanCast Sdn Bhd)

Bergambar di depan kilang DANCAST SDN BHD

Sabtu, 3/10 - Saya menyertai satu lawatan industri anjuran kelas saya sendiri. Lawatan ini adalah lawatan industri kedua saya pada sem ni. Lawatan ni khusus untuk subjek Manufacturing Technology 1 (MEM361) dalam topik casting. Perjalanan bermula pada pukul 10.15 pagi di UiTM Penang dan bergerak ke Jitra, Kedah (lokasi kilang).

En. Amin sedang memberi penerangan khas tentang proses casting

Sampai di kilang tu, kami diberi penerangan khas oleh En Lesairulamin ( En Amin) Pensyarah Mekanikal. Di kilang inilah beliau buat praktikal tentang casting sebelum mengajar tentang casting ni. Sebab tu kami pelik sampai2 kilang tu je dia terus buat kerja kat situ.

Bagi yang tidak tahu lagi tentang casting ni. Proses ni sebenarnya adalah salah satu cara untuk menghasilkan produk daripada besi. Terutamanya untuk menghasilkan produk2 besi yang besar macam blok enjin, shaft dan lain2 lagi lah. Casting pula ada banyak jenis lagi, di kilang ni menggunakan teknik sand casting iaitu green sand dan CO2 process. Masing2 ada kelebihan dan kekurangan. Permukaan produk yang menggunakan bahan green sand adalah kurang elok tetapi pasir tu boleh digunakan semula (save badget). Teknik C02 pula sangat elok permukaannya tetapi kena buang pasir tu sebab tak boleh guna balik dah.


Di sini, kami melihat sendiri bagaimana penghasilan acuan2 berskala besar dan bagaimana besi dileburkan. Dari proses penyediaan mold, penuangan besi lebur ke dalam mold, sampailah ke pada finishing surface semua ditunjukkan. Apa yang dipelajari dalam kelas semua ada di sini malah lagi banyak benda baru yang kami tahu.


Apa yang menariknya, sewaktu proses penuangan, ramai yang insaf.He2.. Besi yang dileburkan pada 1500'C menghasilkan cahaya yang terang dan haba yang panas, bayangkan cam ne ye api neraka. Nauzubillah.. Kilang ini menghasilkan pemegang shaft untuk kereta, part2 untuk mesin pengisar padi dan lain2 lagi. Sempat gak la tengok produk2 yang telah siap.

Antara produk yang dihasilkan di kilang ini.

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya kepada lecture saya Pn. Salina Budin. Banyak ilmu yang dipelajari dalam lawatan ini. InsyaAllah ada rezeki dapat pergi lagi..

Selamat Berjuang AJI!!

MUHAMMAD JAMAL RAMZI BIN JAKIRAN

Bermula hari ini 7 Oktober 2009, adik saya ni akan menduduki PMR. Saya ucapkan selamat berjuang kepada beliau dan berdoa agar dipermudahkan untuk menjawab soalan. InsyaAllah Fin Najah.. Ameen..

Kembara : Pertandingan Nasyid Terbuka EKUUM Ke-22


Intro di atas bergema di pentas pertandingan nasyid UUM. Tergetar juga kat atas pentas tu, lagipun time tu ngantuk sangat. He2.. Buat kali keduanya kumpulan yang saya anggotai (Far-E-ZeeN) ke Universiti Utara Malaysia menggalas tugas mewakili UiTM Penang. Dalam pertandingan ini, lagu ditulis oleh saudara Pidin (Far-E-ZeeN).

Far-E-ZeeN

Alhamdulillah.. Buat kali pertamanya kumpulan ASRAR (junior) mendapat tempat dalam banyak2 pertandingan yg diorang sertai. Kami tumpang gembira di atas kejayaan diorang kumpulan ASRAR. Harap2 lepas ni semangat korang tak lemah lagi la ye..

KEPUTUSAN:

JOHAN : UTAMA (UUM)
KEDUA : ASRAR (UiTM Penang)
KETIGA : Far-E-ZeeN (UiTM Penang)

Gambar Kenangan EKUUM 22

Tahniah dan syabas kepada para pemenang. Dalam syok2 menang yang paling penting ialah usaha mengembangkan dakwah Islamiah. Terima kasih juga kepada kumpulan INTEAM kerana memberi tunjuk ajar kepada kami. Kami akan meneruskan lagi perjuangan ini.INSYAALLAH.

Kembara : MARIWASA

Lawatan Industri Ke MARIWASA

Pada tanggal 21 Ogos 2009, saya telah menyertai lawatan industri bersama kawan2 ke MARIWASA(MAhu caRI WAng SAja) di Kuala Kangsar,Perak. Lawatan ni bertujuan menambah pengetahuan yang kami belajar dalam kelas. Kilang ini sebenarnya adalah kilang stamping yang banyak menghasilkan pingat2 kebesaran dan duit syiling.

Kami dibawa melawat ke section molding. Di sini mereka menghasilkan acuan untuk stamp produk2 yang mereka hasilkan. Antara produk2 yang menarik kat kilang ni ialah wang syiling dirham. Boleh dikatakan semua sultan2 kat Malaysia ni tempah pingat kat kilang ni. Manager MARIWASA tu pesan, kalau nak kawin nanti, datang tempah 40 dirham kat dia.. Buat hantaran. He2..


Related Posts with Thumbnails

My blog has moved!

Blog Ini Akan Dipindahkan Ke Blog Baru Dalam Masa 5 Saat. Lawati
http://jamalrafaie.com