(Sumber : Youtube)

Tanggal 13 Ogos 2009, perginya seorang insan yang digelar pahlawan dalam industri nasyid di Malaysia khususnya. Pemergian yang mengejutkan ini sangat menyentuh perasaan kepada sesiapa sahaja yang mengenali beliau. Di waktu itu, kita kehilangan seorang pahlawan yang sangat komited dalam usaha dakwah melalui irama nasyid di Malaysia.

Dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 yang lalu. Saudara Nazrey Johani, Munif Hijjaz dan Rabbani telah menyanyikan lagu yang liriknya ditulis khas buat Allahyarham. Terimalah "Kau Pergi Jua".. Semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh. Al-Fatihah..