Nak Makan Pun Ada Syarat?
Nak Makan Pun Ada Syarat?
Thursday, April 08, 2010
Posted by Jamal Rafaie
"Kira kak..Emm.. Dengan air Oren Sunquick sekali yer", saya meminta kakak cashier mengira harga makanan yang saya ambil.
"Sebelum order air, kakak nak tanya, nak makan kat meja mana?", dia bertanya kembali kepada saya. Harga makanan masih belum dikira lagi, meja mana pula yang ditanya. Pelik. Saya pun melilau mencari meja mana yang berkenan di hati. Hah! Tu dia mejanya, saya tunjukkan kepada kakak tadi lokasi meja 'idaman' saya.
"Ooo.. Situ ke? Tak boleh la. Kalau beli kat gerai ni, kena makan kat meja gerai ni jugak", kakak tadi memberi penerangan yang membuat saya terpinga-pinga.
Bagaimana ni, rakan saya membeli makanan di gerai lain, saya pula di gerai yang lain. Kami terpaksa duduk di berasingan, itu adalah peraturannya! Saya terpaksa duduk di hujung sini, rakan saya terpaksa duduk di hujung sana. Di foodcourt planet mana yang kami sedang kunjungi ini? Lain benar peraturannya.
Bayangkan jika anda datang ke sebuah foodcourt bersama dua orang anak dan suami/isteri anda. Anda nak makan Nasi Ayam Hainan, suami/isteri anda berkenan dengan Mi Goreng Pak Mat, anak sulong anda nak makan Satay Hut, si kecil merengek nak minum ABC. Gerai-gerai yang menjual semua menu makanan tadi dijual di gerai berasingan. Mengikut peraturannya, di mana anda beli, di situ anda kena duduk. Tak ke berpecah tempat duduk semuanya? Pasti yang Si Kecil menjerit apabila keseorangan. Aduh..
Bila berlaku hal sedemikian, rakan saya pun curi-curi duduk dekat meja saya, kira langgar peraturan la tu. Terpaksa! Seminit selepas itu, air yang saya pesan pun sampai, sempat juga saya menanyakan persoalan ini kepada kakak tadi.
"Kenapa kena duduk asing-asing kak?", saya bertanya.
"Kat sini susah dik, pinggan mangkuk banyak hilang. Lagi pun, kat sini banyak persaingan, kami kena buat peraturan macam ni untuk jaga bisnes kami.", kakak tadi memberi penjelasan.
Ooo.. Terjawab sudah persoalan yang timbul. Begitu sebenarnya, masing-masing mahu menjaga periuk nasi masing-masing. Masalah pinggan mangkuk banyak yang hilang pula ada asasnya, setiap gerai menggunakan pinggan yang berlainan jenis. Tidak seperti di R&R, semua pinggan dan gelasnya sama sahaja (yang disediakan oleh pihak PLUS), jadi, tiada masalah kehilangan pinggan-pinggan mereka kerana pinggan-pinggan itu akan diagihkan semula.
Tapi bagi saya, pinggan yang berlainan lebih mudah untuk dikesan, dapat tahu pinggan siapa kan? Tapi mungkin ada masalah : "ni pinggan orang lain, kenapa aku pula yang kena kutip" dan "beli kat gerai lain, makan kat kedai aku, buat susah aku je nak kemaskan meja" atau mungkin juga "diorang dapat untung, aku pulak yang kena kemas, apa aku dapat?". Faham kan?
Mungkin itu cara mereka di medan selera itu. Disamping dapat mengelakkan kehilangan pinggan dan mangkuk, dapat juga menjaga periuk nasi sendiri. Tapi semua itu agak menyusahkan pelanggan. Dan mungkin saya tidak mahu ke medan selera itu lagi!
Teringat adegan dalam filem 'Tiga Abdul', "Anakda lapar la ayahanda, boleh anakda makan?". "Bolehhhh.. Tapi sebelum makan kena ada syarat". "Apa syaratnya ayahanda?". "Sebelum makan kena cium dulu". "Hmmmm.. sedapnya". "Sedap? Sedap?..." Hehe.. Sambung sendiri. Contoh kes nak makan pun bersyarat juga. Adoi.. Macam-macam.
Selepas kami selesai menjamu selera, tiba-tiba datang makcik di gerai lain lalu menerjah kami! "Kenapa adik makan kat sini!? Makcik ambik gelas makcik ye, bukan apa, takut hilang..", Makcik itu meluahkan rasa hatinya kepada rakan saya yang 'melanggar' peraturan itu.
P/S : Pengalaman baru buat saya ketika menjamu selera di luar, banyak karenah la pulak. Anda bagaimana ye? Jika ada pengalaman manis dan pahit ketika menjamu selera di gerai, restoran dan lain-lain tempat makan, sudi-sudilah berkongsi ye. Untuk kakak-kakak di gerai tadi, mungkin boleh cari penyelesaian yang baik untuk dipraktikkan. Elakkan sesuatu yang menyusahkan pelanggan anda ye. Wallahua'lam.
NAK MAKAN PUN ADA SYARAT?
Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
13600 Perai, Pulau Pinang.
This entry was posted on October 4, 2009 at 12:14 pm, and is filed under
Rencah
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)