Selamat Hari Raya Aidil Adha !!


Dengan Ingatan Tulus Ikhlas:

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
Selamat Menjalani Ibadah Qorban
Ikhlaskan niat kerana Allah s.w.t.

Besarnya Lembu Itu !!


Di sebuah tempat bernama North Petherton, England, dilaporkan seorang petani bernama Arthur Duckett memiliki seekor lembu gergasi yang dikatakan seberat 1,587 kg dan masih belum pasti berat sebenarnya. Berikutan berita tersebut, lembu miliknya dinobatkan sebagai lembu paling besar dan terberat di dunia. Subhanallah..

Lembu itu juga dikatakan masih membesar sehingga sekarang. Jika hal ini berlarut berlarutan, maka Arthur Duckett memegang rekod dunia dengan memiliki lembu gergasi itu. Bagaimana beliau membela lembu sebesar itu ye? Wallahua'alam..

Baca seterusnya>>


BEBOLA DAGING GERGASI TERBESAR DI DUNIA


Di Concord (US) pula, seorang pemilik restoran di pantai timur Amerika Syarikat bernama Matthew Mitnitsky telah berjaya menghasilkan bebola daging terbesar di dunia. Rekod beliau telah diiktiraf oleh Guinness Book of World Records.

Para pegawai Guinness Book of World Records telah mengesahkan bebola daging yang dihasilkan oleh Matthew Mitnitsky seberat 101 kilogram dan memecahkan rekod bebola daging yang dicatat di Mexico yang hanya seberat 50 kilogram sahaja.

BOLA GETAH TERBESAR DI DUNIA


Berkat kesungguhan selama 6 tahun, seorang lelaki di Miami bernama Joel Waul berjaya memintal gelang2 getah menjadi sebiji bola gergasi sebesar sebuah kereta sekali gus diisytiharkan bola getah terbesar di dunia oleh Guinness Book of World Records.

Bola getah itu seberat 4.09 tan dan telah dibawa ke Muzium Ripley di Orlando. Ciptaan lelaki itu dianggap satu karya agung oleh timbalan presiden Ripley's Believe It or Not, Edward Meyer sehingga beliau sanggup membayar harga tinggi untuk memilikinya.

ANTARA IKAN KELI TERBESAR DI DUNIA


Kisah ini berlaku di London pula, seorang pemancing bernama Sean Kinnear berjaya mendaratkan ikan keli seberat 107.95 kilogram di Sungai Ebro. Beliau mendakwa bergelut selama 15 minit sebelum berjaya menaikkan ikan tersebut.

Ikan keli ini bukannya ikan keli terberat yang dicatatkan, tetapi cukuplah untuk diiktiraf sebagai antara ikan keli yang terbesar di dunia. Sebelum ini, ikan keli yang paling besar dan terberat dilaporkan ditangkap di Sungai Mekong, Thailand seberat 239 kg pada 2005. Mesti banyak lagikan ikan2 besar kan dunia ni? Sedap ke makan ikan besar2 macam tu?

PARI GERGASI


SEORANG ahli biologi dari Amerika Syarikat (AS), Zeb Hogan keriangan apabila pemandu arahnya yang juga seorang pemancing, Rick Humphreys berjaya menangkap seekor ikan pari air tawar gergasi yang jarang ditemui seberat 22 kilogram di Sungai Mekong di Thailand.

SIAPA LAGI BESAR?

Jika Arthur Duckett, Matthew Mitnitsky, Joel Waul, Sean Kinnear dan Zeb Hogan berbangga dengan 'objek' paling besarnya, apakah yang kita banggakan? Kita ada objek yang besar juga ke?

"Allahu Akbar, Allahu Akbar"

Seruan inilah yang sering kali kita dengar saban hari, 5 kali sehari semalam. Adakah kita berbangga mempunyai tuhan yang Maha Besar?

Seorang anak muda mendengar azan tatkala sedang membasuh motornya, maka motosikalnya lebih besar dari tuhannya.

Seorang ibu sedang sibuk membeli-belah sewaktu azan berkumandang, maka membeli lebih besar dari tuhannya.

Sekumpulan anak muda sanggup bangun di tengah malam untuk menonton bola sepak, maka bola lebih besar dari bangun di tengah malam bermunajat kepada tuhannya.

Di sebalik kebesaran sesuatu makhluk, ada lagi yang lebih besar darinya. Di mana datangnya lembu gergasi itu jika Si Maha Besar tidak menciptakan, di mana datangnya ikan keli gergasi itu jika Si Maha Besar tidak mahu menciptakannya. Setiap ciptaan-Nya mempunyai hikmah, hanyalah supaya manusia memikirkan kebesaran-Nya. Subhanallah..

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; Sesungguhnya (terdapat) tanda-tanda (keEsaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan"
(Surah Al-Baqarah: 164)

Wallahua'alam... ALLAHU AKBAR!!

Apabila Si Pari Memakan Mangsanya!!


17/11/09 - Lawatan diteruskan ke Underwaterworld selepas letih bermain air laut dan air tasik sewaktu 'Island Hopping'. Perjalanan tak la terlalu mencabar ke 'Pusat Aquarium Besar' ini, disebabkan motel kami di sebelah Underwaterworld ni jer..

Pengalaman melawat ke Underwaterworld ni bukannya pengalaman yang pertama buat saya. Pertama kali melawat ke Underwaterworld ini, seingat saya sewaktu berumur 5 tahun bersama family. Jadi, walaupun pernah melawatnya, lawatan kali ini memberi pengalaman yang sangat berbeza. Umur yang lain dan group lawatan yang lain.. Dan yang paling penting ialah 'pencerapan maklumat' dahulu dan sekarang adalah berbeza.. Maklumlah.. Dulu kecik lagi, tengok ikan pun suka2 jer..

Teruskan Pengembaraan>>

APA YANG ADA DI UNDERWATERWORLD LANGKAWI?

Jawapannya = Banyak

Semestinya banyak hidupan bawah laut yang dipamerkan di sini. Dari ikan yang kecil sampailah yang besar dan pastinya tak termasuk ikan kembung. Hehe.. Selain itu.. Terdapat juga burung Kakak Tua yang mungkin dijadikan tarikan tambahan kepada pelancong.

Kakak Tua di Underwaterworld Langkawi

Generasi Penguin yang diambil oleh Dr. Mahathir di Antartika

Antara ikan yang dipamerkan

Jika anda semua nak tahu lebih banyak lagi. Boleh la klik di sini.

KAMI DI UNDERWATERWORLD?

Macam biasa dan menjadi falsafah kami, di mana ada tempat menarik, di situ ada gambar kami. Misi mengumpul gambar sebesar 5Gb perlu dicapai. Hehe..

Bergambar di gambar Antartika

Bergambar selepas menyaksikan fish feeding

Walaupun nampak macam bersantai, tetapi itu hanya dalam sesi fotografi sahaja. Bila melawat kami la yang paling banyak bertanya dengan pegawai Underwaterworld tu.. Hehe..

SI PARI MEMAKAN MANGSANYA DAN HIKMAH CIPTAAN ALLAH

Apa yang menariknya bagi saya ialah sewaktu fish feeding dan pastinya menjadi tumpuan ramai sewaktu sesi ini berlangsung. Pada pukul 3 petang setiap hari, seorang fish feeder akan bertugas memberikan makanan kepada ikan2 di dalam aquarium yang besar itu.



Bila melihat sesi fish feeding itu tadi, marilah kita berfikir tentang kehebatan Allah s.w.t yang memberi makan kepada jutaan makhluk di dalam laut. Ikan yang besar memakan ikan yang kecil, dan ikan yang kecil memakan rumpai2 laut. Bagaimanakah Allah memberi makan kepada semuanya dan makanan itu tidak habis sampai bila2? Para nelayan pula setiap hari memukat ikan, tetapi bekalan ikan tak pernah habis kan?

Maha Suci Allah Yang Maha Memberi Rezeki dan Maha Kaya..

Sewaktu melawat Underwaterworld ini juga, banyak makhluk2 ciptaan Allah s.w.t yang dapat kita ambil pengajaran. Fikirkanlah tentang kehebatan Allah Yang Maha Pencipta..

Dragonfish seperti rumpai laut

Ikan Nemo di Rumpai Laut

Seekor ketam bersama Tapak Sulaiman

Maha Suci Allah yang menciptakan makhluknya berbagai-bagai bentuk. Lemahnya manusia yang hanya dapat mencipta model2 produk yang banyak kelemahannya. Di samping kita berjalan-jalan, niatkan di hati kita untuk melihat kebesaran Allah s.w.t. Jadikan perjalanan kita sebagai penambah iman dan mendapat redha Allah s.w.t. Semoga sedikit pengalaman saya yang dicoretkan di sini memberi input yang menarik kepada anda. Wallahua'lam..

Pulau Dayang Bunting Mendapat Namanya..

Kenangan di Pantai Beras Basah
Dari kiri : Kecek,Fitri,Roy,Jamal,Mamu,Marol,Abid

17/11/09- Saya bersama 6 rakan yang lain telah ke Langkawi untuk bercuti selepas berhempas pulas menduduki final exam semester ini. Kisah ini bukannya permulaan bagi keseluruhan pengembaraan kami. tetapi mungkin ada kisah yang dapat dikongsi bersama.

Baca seterusnya>>

'ISLAND HOPPING' BERMULA

Kami memulakan pengembaraan dengan menaiki bot di jeti Pantai Cenang. Harga bot sekitar RM350 kebiasaannya, tetapi kami mendapat murah la sedikit selepas ketua lawatan (marol) membodek pengusaha bot tersebut. Hehe..

Pengembaraan bermula di jeti Pantai Cenang

Pak cik bot tu memang sporting habis, siap buat drift lagi kat tengah2 laut tu. Caya la pak cik!! Sewaktu leka dibuai gelora laut yang bergelora, tiba2 pak cik bot tu berhenti di tengah2 laut. Terkejut kami, ingatkan nak suruh kami terjun dalam laut tu. Rupa2nya pak cik bot itu ingin bercerita. Kisah Dayang Bunting sambil menunjukkan ke arah sebuah pulau.. Pulau yang dinamakan Pulau Dayang Bunting..

PULAU DAYANG BUNTING DAN KISAHNYA

"Pulau Dayang Bunting adalah pulau kedua terbesar dalam gugusan Pulau Langkawi, dan merupakan destinasi pelancongan yang popular.

Pulau itu, yang terletak 20 kilometer dari pekan Kuah mendapat nama dari suatu legenda yang terkenal di sini.

Legenda Tasik Dayang Bunting dikatakan sebuah tempat pemandian kegemaran seorang puteri dari kayangan bernama Mambang Sari. Dia diberi julukan sebagai Tasik Dayang Bunting.

Menurut cerita, seorang putera raja, Mat Teja, jatuh cinta dengannya dan menipu puteri itu untuk mengahwininya. Mereka dikurniakan seorang anak, yang kemudiannya meninggal dunia setelah tujuh hari akibat penyakit misteri.

Disebabkan terlalu sedih, Mambang Sari meletakkan mayat anaknya ke dalam tasik itu dan kembali semula ke dunia kayangan.

Sehingga ke hari ini, ada yang masih percaya wanita yang sukar mendapat anak, jika mandi dalam tasik itu akan dikurniakan anak. Ada yang turut mengakui kebenaran hal ini."

(Sumber: www.tourism.gov.my)

Gambar Pulau Dayang Bunting..

Gambar di kedudukan biasa

Apabila dipusingkan gambarnya

Gambar itu sungguh menusuk di hati saya. Gambar seperti seorang perempuan mengandung yang sedang baring. Hebatnya Allah s.w.t menciptakan alam ini. Setiap ciptaan-Nya mengandungi makna yang tersembunyi dan ianya diciptakan supaya manusia berfikir tentang penciptaan dan kehebatan-Nya.

"Dan Kami telah menjadikan di bumi ini gunung-ganang yang kukuh agar ia tidak bergoncang bersama mereka, dan Kami jadikan (pula) di sana jalan2 yang luas, agar mereka mendapat petunjuk"
(Surah Al-Anbiya':31)

Manusia sering kali memberi tamsilan pada setiap perkara aneh yang berlaku di sekeliling mereka. Pulau ini ditamsilkan sebagai mayat seorang anak puteri kayangan bernama Mambang Sari. Ianya adalah cerita semata-mata, hakikatnya semuanya adalah ciptaan Allah s.w.t yang Maha Pencipta. Berkenaan mudah mendapat anak apabila mandi di tasik itu, serahkan kepada Allah yang Maha Memberi..

AKTIVITI MENARIK SEMASA 'ISLAND HOPPING'

1)Mandi di Tasik Dayang Bunting


2)Bermain bersama ikan keli (Tasik Dayang Bunting)


3)Melawat habitat burung Helang


4)Mandi di Pantai Beras Basah sambil membuat ikan duyung pasir

Ikan duyung pasir, karya marol dan kecek

Benar la kata orang, pengalaman tak boleh dijual beli. Walaupun sudah banyak kali saya mengunjungi Langkawi, tetapi setiap kali lawatan memberi pengalaman yang berbeza buat saya. Kembara ke Langkawi belum berakhir, selepas ini akan dikupas dari sudut yang berlainan dan di lokasi yang berbeza.. InsyaAllah.. Wasalam..

Berakhirnya Episod Ke-5


Sedar tak sedar sudah 5 semester saya di UiTM Pulau Pinang. Maha Suci Allah yang telah menentukan saya di sini. Dapat berjumpa dengan rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dalam mencari pengalaman hidup.

Namun ketika ini, hati saya sunyi.. Episod ke 5 dalam perjalanan perjuangan saya di sini sudah menutup tirainya. Selepas selesai menjawab kertas Automotive Engine Technology tadi, maka secara rasminya semester ini ditamatkan (kertas terakhir untuk semester ini). Walaupun saya masih belum bertolak pulang ke rumah untuk beberapa hari ini, tetapi ianya sedikit mengusik jiwa kerinduan.

Baca seterusnya>>


SEMESTER YANG MENGUJI

Sepanjang semester ini berlangsung, banyak perkara yang diberi ujian oleh Allah s.w.t. Ujian yang paling diingati ialah ujian penyakit H1N1. Dimana saya bersama rakan2 JPK bertugas sehingga ke pagi menjaga para pelajar yang disyaki mengidap penyakit tersebut.


Akibatnya.. Ramai pelajar dan staf yang mengidap gejala H1N1 seperti batuk dan selesema.Kelas tergendala hampir seminggu sebelum UiTM Pulau Pinang diistiharkan tutup selama seminggu selepas itu.

Setiap rancangan Allah s.w.t tidak sia-sia. Sebenarnya Dia mahu menghapuskan dosa2 yang banyak kita lakukan. Allah juga mahu menunjukkan bahawa hanya Dialah yang Maha Berkuasa di muka bumi ini, tiada siapa yang mampu menghalangnya walaupun Pengarah Kampus. Subhanallah.. Semoga kita mengambil iktibar dengan apa yang menimpa ke atas kita. InsyaAllah..

KENANGAN PAHIT DI SEMESTER INI

Saya bersama Allahyarham ketika penyampaian cenderamata kepada Fitri UNIC

Pemergiannya tidak disangka-sangka. Perginya tiada pengganti. Perginya Allahyarham Prof. Madya Ahmad Bin Ismail di hari raya kedua begitu memeranjatkan kepada sesiapa yang mengenali arwah.

Saya masih ingat di waktu pertama kali bertemu dengan beliau, beliau sangat bersederhana dan berpegangan agama. Jasanya begitu banyak kepada Persatuan Kesenian Islam yang saya wakili. Allahyarhamlah yang sehabis baik meluluskan dan mengambil berat kepada persatuan saya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dari Allah s.w.t dan ditempat di kalangan hamba2-Nya yang soleh. Ameen..

KENANGAN MANIS DI SEMESTER INI

Inteam di Konsert Malam Aspirasi Islam 2

Syukur saya kepada Allah apabila melihat Konsert Malam Aspirasi Islam 2 (Bersama Inteam) berjaya dilaksanakan. Program ini memberi pengalaman yang baik kepada saya iaitu berurusan dengan Inteam selepas pernah berurusan dengan kumpulan UNIC sebelum ini.

Far-E-ZeeN di UniFes_09

Kenangan manis juga tercatat di UiTM Pulau Pinang apabila mendapat tempat ketiga dalam University Islamic Festival 2009 di gelanggang sendiri. Lagu cadangan saya didendangkan ketika pertandingan ini. SYAHID FI SABILILLAH.

Far-E-ZeeN bersama Inteam di EKUUM Ke-22

Syukur sekali lagi kepada Allah s.w.t yang telah menobatkan kumpulan Far-E-ZeeN sebagai pemenang tempat ketiga dalam pertandingan nasyid UUM. Bangga juga ketika itu kerana kumpulan junior, ASRAR pertama kali mendapat tempat kedua dan mengalahkan kami. Hehe..

HARAPAN DAN DOA

Saya berdoa kepada Allah supaya memberi peluang kepada kita untuk terus mengecap nikmat iman dan islam-Nya. Kepada kenalan dan pensyarah, saya memohon ampun dan maaf di atas keterlanjuran saya sepanjang semester ini. Semoga kita semua berada dalam rahmat-Nya. InsyaAllah..

Alarm Itu Berbunyi Lagi

"Sepohon kayu daunnya rimbun,
Lebat bunganya serta buahnya,
Walaupun hidup seribu tahun,
Kalau tak sembahyang apa gunanya"

Terdengar deringan lagu "sepohon kayu" memecah keheningan pagi. Berkali-kali ianya berbunyi mengejutkan tuannya. Setiap 5-10 minit seterusnya bunyi itu akan kedengaran lagi. Namun tuannya masih tidak sedarkan diri. Membujur kaku mengulit kenikmatan melakukan 'amalan yang paling ikhlas'.

Tidur dan terus tidur..

Biasa ianya berlaku. Tidak kira kepada sesiapa sahaja. Hanya yang kuat dapat mengalahkannya.

Baca seterusnya>>

PERCAYA ALARM YANG MEMBANGUNKANNYA

Pernah tak anda mendengar alasan "sorilah lewat cikit.. jam rosak la, tak bunyi pulak pagi ni". Rasanya biasa kita mendengarnya. Ironinya, kita terlalu mengharapkan bahawa jam yang membangunkan kita. Tetapi sebaliknya berlaku.

Hakikat sebenarnya, hanya Allah s.w.t sahajalah yang membangunkan hamba2nya di kala subuh menjelma. Tidak percaya? Mengapa masih ada lagi insan yang tidak sedar2 walaupun deringan alarmnya berbunyi kuat dan berulang-ulang. Dan ada juga insan yang terbangun tetapi tidak dibangunkan dek deringan alarm yang memekikkan telinga. Sipakah yang membangunkan dan menidurkan mereka?

Serahlah kepada Allah s.w.t di atas urusan membangunkan kita. Deringan jam hanyalah sebagai usaha, bukannya sebagai penentu kejayaan membangkitkan kita di pagi hari. Ya Allah.. Kami sering tidak berharap padaMu.. Ampunkanlah kami.

MANUSIA PALING HEBAT DAN KUAT

Allah s.w.t lebih menyukai muslim yang kuat daripada muslim yang lemah-Gambar Hiasan

Seorang atlet telah memenangi pingat emas dalam temasya sukan Olimpik di Beijing. Kemenangan itu juga menobatkan beliau sebagai manusia paling kuat di dunia yang dapat mengangkat berat sekitar 50-60 kg. Mungkin ramai lagi manusia yang berjaya mengangkat berat yang luar biasa diangkat oleh manusia biasa. Mereka ini golongan yang hebat dan kuat.

Tetapi.. Kemanakah kebanyakan mereka di subuh hari? Berat 50kg berjaya diangkat, selimut tak sampai 1kg tidak pula boleh diangkat?

Sungguh luar biasa.

Ada manusia yang lebih kuat rupanya. Orangnya tidaklah mempunyai tubuh berketul-ketul. Tidak pula memenangi pingat emas walaupun di peringkat sekolah sekalipun. Tetapi jiwanya sungguh hebat, menadah tangan ke hadrat Allah s.w.t di kala insan lain masih diulit mimpi. Orang ini adalah manusia yang paling hebat dan kuat.

"Allah lebih menyukai mukmin yang kuat daripada mukmin yang lemah"
(Maksud hadis)

Mukmin yang kuat bermaksud mukmin yang kuat amal ibadatnya dan akidahnya, bukannya kuat tubuh badan walaupun tubuh badan yang kuat memberi kelebihan kepada seseorang.

Kuasa dalaman lebih berkuasa daripada kuasa luaran.

PETUA TIDUR RASULULLAH

“Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk , hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk . Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Islam mementingkan rehat yang mencukupi untuk beribadat. Kerana itulah Rasulullah s.a.w mengajar kita cara untuk mendapatkan rehat yang mencukupi dan cara tidur berlandaskan Islam.

Antara sunnah tidur Rasulullah ialah:

1)Berwuduk sebelum tidur
-Sebaik-baiknya gosok gigi sebelum tidur kerana ianya adalah amalan yang dirahmati.

2)Perut tidak terlalu kenyang
-Perut yang kenyang menyebabkan mengantuk.

3)Mengingati kesilapan
-Mengingati semula kesilapan yang dilakukan dan beristighfar memohon ampun kepada Allah.


4)Membaca doa dan surah tertentu
-Rasulullah selalu membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-nas.
-Membaca doa sebelum tidur
-Hembuskan ke tapak tangan dan sapukan keseluruh badan.


5)Berazam untuk bangun awal
-Berdoa kepada Allah untuk membangunkan kita.
-Berazam untuk menunaikan solat subuh


6)Bangun pagi
-Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan” Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot – otot badan .

Allah s.w.t menjanjikan rezeki yang berkat di waktu pagi. Nabi pernah bersabda yang mengatakan tidur selepas subuh mewarisi kepapaan dan tidur selepas asar mewarisi kegilaan. Dapat dilihat orang yang bangun di waktu pagi lebih berjaya dan berkat rezekinya.

Contohnya.. Makan di waktu pagi disebut sebagai sarapan. Orang yang bangun pagi boleh bersarapan, manakala yang tidak bangun tidak dapat bersarapan. Satu contoh kehilangan rezeki yang Allah s.w.t berikan keberkatan di waktu pagi. Janganlah jadi seperti merpati yang burung2 lain keluar mencari rezeki tetapi dia masih tidur hingga ke tengah hari.

Saya menasihati diri saya sendiri juga. Sekadar berkongsi dengan anda semua. Wallahua'alam..

Misteri 3 Pagi

"Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidahnya dan kalau itupun dia tidak mampu, maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Dan demikian itulah selemah-lemah iman"
(Riwayat Tirmizi,Nasai & Ibnu Majah)


"Siapa pulak yang berjalan pagi-pagi buta ni? Dari foodcourt pulak tu", saya bertanya kepada sahabat saya.

"Entah la.. Ambe pun tak tahu", jawab sahabat saya ringkas. Kebetulan pada malam itu saya dan sahabat saya bercadang untuk beriktikaf di Pusat Islam. Dalam lingkungan pukul 3 pagi ketika itu kami berdua berjalan ke Pusat Islam, ketika itu juga kami ternampak kelibat manusia yang datangnya dari arah foodcourt. Berdebar jugaklah masa tu, takut2 bukan manusia yang kami nampak. Hehe.. Penakut betul..

Baca seterusnya>>

Keesokan harinya, saya mula merisik tentang peristiwa malam itu. Rupa-rupanya ada student yang study kat foodcourt tu sampai ke subuh. Dengar cerita juga ada pekeliling yang membenarkan para pelajar berlegar-legar 24 jam di mana-mana sahaja untuk study. Wallahu'alam.. Tak nampak pulak pekeliling tu kat mana2 dan dikhabarkan sekarang memang tak ada pun. Diberitakan juga kebenaran ini hanya dikeluarkan secara lisan sahaja kepada para pak guard. Tak tahu la siapa yang keluarkan. Wallahu'alam..

Mengikut kata sumber2 yang boleh dipercayai, banyak perkara 'pelik' yang terjadi dekat foodcourt tu iaitu study berduet. Perkara 'pelik' itu berlaku sehinggalah waktu subuh menjelma. Dipendekkan cerita, Rakan Pusat Islam UiTM Pulau Pinang pun menubuhkan satu skuad khas untuk membendung masalah ini. Saya tidak terlibat secara langsung dalam operasi ini tetapi cukuplah kamera saya yang menemankan mereka. (gambar2 ni semua dari kamera saya la,:p)

Pendekatan berani skuad ini amat saya puji. Bukan senang nak mencegah perkara mungkar sekarang ni. Tujuan mereka bukannya untuk memalukan tetapi hanyalah untuk memberi nasihat sesama muslim. Ikutilah perjalanan mereka..

Mendengar sedikit taklimat dan tazkirah oleh ketua skuad

Bersama-sama menuju ke jalan yang satu

Skuad terserempak dengan En. Ramlan (PPP), beliau pun terlibat sama dalam operasi ini secara tak langsung, kebetulan beliau bertugas malam itu.

Seorang ahli skuad sedang bertemu dengan seorang pelajar*

Semasa mereka sampai, keadaan sudah pun terkawal selepas kehadiran En. Ramlan tadi. Student yang tidak melakukan perkara 'pelik' belajar seperti biasa. Sebelum bersurai, ketua skuad menasihatkan kepada semua agar mengambil iktibar tentang perkara 'pelik' itu tadi dan menerangkan kepentingan dakwah amal makruf nahi mungkar. Pastu... Balik la apa lagi.. Hehe..

Usaha dakwah sudah banyak dilupakan sekarang. Tambahan pula iman kita turun dan naik setiap hari dan diibaratkan pula seperti senipis kulit bawang. Betul tu.. Jadi.. Usaha seperti ini perlulah disokong perlaksanaannya dan kita sama2 usaha untuk berdakwah. Baligh A'nni Walau Ayyah.. Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat (sabda nabi). Tidak sukar sebenarnya untuk berdakwah, tetapi ianya menguji iman dan mendapat banyak ujian ketika melakukannya. Kepada skuad, jangan putus asa, ujian dan kritikan adalah lumrah dalam berjuang. Yang paling penting ialah ikhlas kerana Allah dan ikut sunnah Nabi s.a.w. Wallahu'alam..

Kilang Cetak Al-Quran Di Madinah

Kilang mencetak Al-Quran yang terletak di Madinah

Assalamualaikum..

Al-Quran adalah petunjuk dan manual kepada kehidupan manusia. InsyaAllah.. Setiap hari kita akan membaca Al-Quran kan?. Jadi.. Menarik juga kalau kita tahu bagaimana Al-Quran dicetak. Marilah sama-sama kita lihat kilang pencetak Al-Quran yang terletak di Madinah. Saya difahamkan Al-Quran yang dicetak ini diberikan percuma oleh kerajaan Arab Saudi. Dekat rumah saya ada satu cetakan Al-Quran daripada kilang ini yang adik saya bawa balik dari umrah.

Lihat Gambar Yang Lain>>














Inilah antara gambar2nya.. Saya tidak dapat menerangkan satu persatu tentang proses ini. Gambar ini diambil daripada blog lain dan menarik untuk dikongsikan bersama.. TQ..

Related Posts with Thumbnails

My blog has moved!

Blog Ini Akan Dipindahkan Ke Blog Baru Dalam Masa 5 Saat. Lawati
http://jamalrafaie.com