Menjamu Selera Di Tepi Ladang
Menjamu Selera Di Tepi Ladang
Friday, March 26, 2010
Posted by Jamal Rafaie
"Air Kosong.. Nasi Bujang.. Emm.. Sup Kosong sekali yer!"
Itulah ayat pesanan biasa yang saya dan rakan-rakan gunakan semasa memesan makanan di kedai makan. Suatu kebiasaan kepada student untuk memesan yang 'ekonomi' sahaja. Maklumlah nak save bajet la katakan.
Itu jika di kedai atau restoran biasa. Tapi lain pula kali ini, kami ke sebuah tempat terpencil yang terletak di Kg. Pelet, Bukit Mertajam. Sebuah restoran yang dibina khas oleh pengusaha ternakan kambing, arnab, ayam dan lain-lain haiwan ternakan, dan restoran ini diberi nama Puncak Mutiara Cafe. Jom kita TERJAH!!
RESTORAN DI TENGAH LADANG
Siapa sangka kami disambut oleh suara sekumpulan kambing di dalam kandang yang terletak di sebelah restoran ini. Mujur masa makan tak bau kambing, Fuhh.. Di sekeliling restoran ini terdapat banyak tanaman dan industri agro pertanian seperti ternakan kambing, arnab, ayam kampung, sayur-sayuran dan kolam memancing. Pendek kata, kita dapat menikmati permandangan kebun sayuran sewaktu menikmati juadah yang
Apa yang menariknya di sini ialah semua bahan mentah (daging kambing, arnab dan ayam) adalah dihasilkan dari ladang ini sendiri. Antara lain yang menarik juga ialah harganya yang mahal (menarik jugak ke?). Resah juga hati dan perasaan bila nak memilih menu apa yang nak dipesan, takut lari bajet. Hehe..
Bagi mengelakkan memesan sesuatu yang biasa, masa yang lama diambil untuk memilih menu yang ekonomi dan memenuhi selera kami semua. Seorang demi seorang membelek buku menu (keputusan belum dibuat), bertukar kepada rakan sebelah, pun masih buntu, tak tahu nak pilih apa!
Sesi memilih menu.. Macam nak buat discussion assignment pulak..
Keputusan perlu dibuat juga. Akhirnya masing-masing memesan menu makanan idaman hati. Tunggu punya tunggu akhirnya sampai juga apa yang dipesan. (Main pesan je, tak tahu pun apa yang dipesan). Dan inilah hasilnya...
Ayam Marryland, Roti Benggali, ABC dan Air Sirap
Ingatkan kecik je ABC ni.. Sekali.. Ni HAH!
Memang puas hati makan kat tempat ni. Persekitarannya yang bersih dan nyaman amat memberi kepuasan kepada sesi menghabiskan makanan. Alhamdulillah.. Dah habis makan, masa untuk bayar, tapi sebelum tu nak tinjau kawasan sekeliling dulu.. Jom tinjau..
Permandangan di restoran
Tempat Cashier yang eksklusif dan moden
Kawasan dapur dan tempat makan di bahagian lain
Bayaran yang saya perlu bayar adalah seperti di dalam bil di atas. Agak berbaloi dengan kualiti makanan yang disediakan. Terima kasih Puncak Mutiara Cafe!
DEDIKASI BUAT RAKAN-RAKANKU DAN RESTORAN
Bagi sesiapa yang tinggal di sekitar kawasan Permatang Pauh, Penanti dan Bukit Mertajam mungkin sudah maklum dengan restoran ini. Bagi yang belum maklum bolehlah tengok kat peta di atas ni yer.. Dan juga kepada anda yang kebetulan ke Pulau Pinang, boleh juga mencuba masakan di restoran ini. Saya sertakan juga laman sesawang restoran ini untuk rujukan anda. (klik sini)
Terima kasih kepada Kamarol kerana sudi memperkenalkan restoran ini kepada kami. Terima kasih juga kepada Fitri yang sudi bersama semasa tayar motor pancit di tengah jalan. Juga kepada Pidin, Sidiq dan Shafiq di atas kesudian berjalan cari makanan bersama-sama. Moga ukhuwah kita terjalin selamanya. Insya-Allah..
PUNCAK MUTIARA CAFE!!
Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
13600 Perai, Pulau Pinang.
This entry was posted on October 4, 2009 at 12:14 pm, and is filed under
Aktiviti,
Jom Makan-Makan,
Review
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)