"Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah sekalian.

14 Februari setiap tahun telah dijadikan perayaan Hari Kekasih oleh muda-mudi di seluruh dunia. Pada hari itu, muda-mudi akan meraikannya dengan pergaulan bebas, bertukar-tukar pasangan, mengadakan seks bebas sampai ke pagi.

Perayaan ini bukannya perayaan Islam dan sangat bertentangan dengan syarak kerana berlandaskan perayaan agama Kristian dan pergaulan bebas dan seks bebas.

Tahukah sidang Jumaat sekalian dari manakah asal-usulnya Hari Kekasih ini?"

*Khutbah Jumaat 12/02/2010 (Pusat Islam UiTM Pulau Pinang
.

BACA SETERUSNYA>>


SEJARAH VALENTINE'S DAY

Terdapat 3 versi cerita yang popular tentang sejarah Valentine ini. Dan yang pastinya ianya berkaitan agama Kristian yang dirangka untuk menjatuhkan orang-orang Islam.

1) Kisah Pertama.

St. Valentine adalah seorang pendeta yang hidup di zaman Romania pada abad ketiga. Pada zaman itu, Romania diperintah oleh Kaisar Claudius yang terkenal dengan kekejamannya. Claudius mendapati tenteranya yang belum berkahwin mempunyai semangat juang yang tinggi berbanding dengan tenteranya yang sudah berkahwin. Ini kerana tenteranya yang sudah berkahwin asyik mahu pulang ke rumah supaya dapat berjumpa dengan isteri dan anak-anak mereka. Hal ini menjejaskan prestasi ketenteraan Claudius.

Maka, Kaisar Claudius melarang semua tentera atau lelaki di negaranya berkahwin untuk memantapkan tenteranya. Dengan menganggap perintah ini melanggar hak asasi manusia, St. Valentine menyelar larangan tersebut dan mengahwinkan pasangan secara sembunyi dan rahsia di gereja.

Lama kelamaan, hal ini telah diketahui oleh Kaisar Claudius dan memerintahkan supaya St. Valentine dimasukkan ke dalam penjara. Rakyat Rom ketika itu begitu menyanjung St. Valentine dan menganggap beliau adalah seorang pejuang cinta. Ramai yang memberi bunga kepadanya sewaktu di dalam penjara.

Ketika di dalam penjara, St. Valentine jatuh cinta dengan anak penjaga penjara. Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, St. Valentine sempat mengutuskan surat cinta kepada kekasihnya (anak penjaga penjara) dengan kata-kata terakhirnya "DENGAN CINTA DARI VALENTINE MU".

Kaisar Claudius mengumumkan 14 Februari sebagai hari mengingati kematian Valentine.

2) Kisah Kedua

St. Valentine menolak larangan yang dikeluarkan oleh Kaisar Caudius II yang melarang pemuda-pemuda daripada berkahwin untuk mewujudkan armada perang yang kuat dan besar.

Saint Valentine dibantu oleh Saint Marius mengahwinkan pasangan bercinta di dalam gereja secara rahsia dan akhirnya hal ini ketahui oleh Kaisar Claudius dan beliau dipenjarakan.

St. Valentine dihukum bunuh dengan dipenggal kepalanya oleh Kaisar Claudius. Kaisar mengumumkan bahawa 14 Februari adalah hari memperingati kematian St. Valentine.

3) Kisah Ketiga


Menurut adat kaum Romawi, 14 Februari adalah hari untuk menghormati Juno. Iaitu dewi cinta dan ratu bagi para dewa-dewi Romawi. Pada tarikh itu, satu festival akan diadakan oleh kaum Romawi yang dipanggil dengan "Feast Of Lupercalia".

Pada masa itu, para pemudi dilarang untuk berhubungan dengan para pemuda sehinggalah menjelang malam pesta itu. Semasa pesta itu berlangsung, para pemudi akan menulis nama masing-masing pada selembar kertas dan dimasukkan ke dalam gelas kaca. Selepas itu, para pemuda akan mencabut selembar kertas dari gelas kaca itu.

Nama pemudi yang dicabut oleh pemuda akan menjadi pasangannya selama setahun dan akhirnya akan dinikahkan. Setelah begitu sinonim dengan majlis mencari pasangan itu, masyarakat Romawi menamakan 14 Februari sebagai 'HARI KEKASIH' yang dahulunya diadakan untuk menyembah dewi Juno (dewi cinta).



VALENTINE'S DAY DAN MASYARAKAT ISLAM


Fenomena menyambut Hari Kekasih ini telah menjadi trend di seluruh dunia. Setiap pasangan akan memberikan hadiah berbentuk ros merah dan ada kalanya coklat antara satu sama lain.

Jika dilihat bagaimana Hari Kekasih ini diraikan, ianya sangat mencabar kesucian agama Islam. Gadis-gadis akan keluar dengan pasangan masing-masing dan mengadakan hubungan yang tak perlu dikatakan di sini. Setiap tahun, pastinya 14 Februari akan menjadi pesta maksiat di mana-mana sahaja, tidak hairanlah Jabatan Agama Islam akan mengadakan operasi cegah maksiat pada malam tersebut.


Persoalannya. mengapa ada juga masyarakat muda-mudi kita yang turut terjebak dengan gejala yang tidak berfaedah ini. Banyak alasannya, antaranya kurang kefahaman tentang asal usul perayaan ini. Mereka beranggapan Hari Kekasih ini adalah perayaan biasa-biasa sahaja dan cara untuk menunjukkan kasih sayang dan cinta kepada pasangan masing-masing.

Memberi kefahaman kepada masyarakat yang sedang rosak ini sangat perlu dipergiatkan. Hanya fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Malaysia tidak cukup untuk membanteras gejala ini. Lihat sahaja promosi-promosi yang diadakan di pasaraya besar cukup memberi gambaran bahawa perayaan ini tetap dominan dengan masyarakat kita.

Yang paling banyak merayakannya ialah muda-mudi beragama Islam! Maka, sudah menjadi kejayaan bagi golongan-golongan iluminati (pesuruh dajjal) untuk menyesatkan kita umat Islam. Jika orang bukan Islam merayakannya adalah suatu kebiasaan. Tetapi 'kebiasaan' bagi umat Islam ini sangat mendukacitakan semua. 'MEREKA' TELAH BERJAYA!!

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka"

(Al-Baqarah : 120)

Semoga usaha kecil saya ini dapat memberi bantuan kepada mencegah perayaan haram bagi umat Islam ini. Nasihat kepada diri saya dan anda semua. Untuk mengetahui hukum berkenaan Valentine's Day ini, boleh la klik di sini. Mungkin cerita tentang sejarah di atas kurang tepat, tetapi bukan sejarahnya yang dikejarkan. Sejauh mana kita mengambil pengajaran dengan kisah itu adalah yang perlu ditepatkan dalam hidup ini!


Dari Abu Sa'id Al-Khudri: Rasulullah SAW bersabda "Sesungguhnya kalian akan mengikuti jejak umat-umat sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal. Sehingga kalau mereka masuk ke dalam lubang biawak, nescaya kalianpun akan masuk ke dalamnya"

Mereka (para sahabat) bertanya "Wahai Rasulullah, apakah mereka kaum Yahudi dan Nasrani?" Rasulullah SAW menjawab "Siapa lagi kalau bukan mereka"
(Hadith Riwayat Bukhari)

SAY NO TO VALENTINE'S DAY!! Pada 14 Februari ini juga, saya akan pulang ke kampung halaman di Kuala Selangor. Moga dipermudahkan perjalanan. Insya-Allah. Kembalikan kerinduan ku!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
13600 Perai. Pulau Pinang.