"Emm.. Buku ni! Kalau nak baca buku ni, kena baca buku sebelumnya, tajuknya 'Aku Terima Nikahnya'. Dah baca?", tanya kakak cashier di Bookstore UiTM Pulau Pinang.

"Dah!!", saya menjawab.

"Buku ni lagi tegas dari buku dulu. Dia bantai golongan-golongan yang suka couple ni! Akak bagi diskaun 10% untuk adik ye", kata kakak cashier sampai mengulas sedikit tentang buku ini. Bekerja di kedai buku memantapkan minatnya untuk membaca. Alhamdulillah.

BACA SETERUSNYA>>


YA. Buku ini bagi saya lebih tegas dari buku sebelumnya (Aku Terima Nikahnya). Maksud tegas di sini bukanlah diertikan dengan perasaan marah oleh Ust Hasrizal, tetapi tegas dek tempias isu-isu rumah tangga yang semakin runcing di zaman sekarang ini.

Suami dan isteri kurang berbincang soal PERANAN, tetapi hanya banyak mengungkit HAK yang tak berkesudahan. Si isteri meminta diberikan kasih sayang 100% oleh suami, sang suami pula pening kepala untuk memastikan cinta 100% diberikan kepada si isteri. Akhirnya rumah tangga menjadi jemu dan alternatif (main kayu tiga) pula menjadi pilihan suami.

Akhirnya satu sahaja menjadi jalan penyelesaiannya. Iaitu PERCERAIAN! Nauzubillah.

Saya belum berkahwin dan belum merasai cabaran-cabaran perkahwinan, tetapi dengan apa yang diobses dari sekeliling sisi masyarakat, ianya sangat mencabar. Saya kurang sesuai untuk memberi pandangan kerana tidak kena di batang hidung sendiri lagi, tetapi mungkin pandangan-pandangan dari Ust Hasrizal boleh dikongsi bersama.

SI POLIS CINTA

"Ingat neraka! Kau tak takut neraka ke?", SMS seorang siswi kepada teman sekuliahnya.

"Haram! Haram! Haram! Bercouple tu haram!" bentak seorang kawan yang lain.

Itulah ayat yang selalu disebut oleh Si Polis Cinta. Insan yang bertungkus-lumus untuk memisahkan pasangan kekasih yang hangat bercinta. Niat untuk mencegah perkara yang mungkar adalah dituntut syarak. Tetapi terlalu ke'polis'an adalah sangat berbahaya. Ditakuti sikap mencegah kemungkaran itu bertukar menjadi alat menempiaskan amarah sahaja, dan bukannya untuk mengubah seseorang.

"Apa yang dimahukan, bukan sekadar kemungkaran yang disanggah, tetapi diUBAH kepada kebaikan"

Akibat termakan dengan AMARAN keras Si Polis Cinta, tidak hairanlah seorang siswa itu terlanggar tiang tatkala mahu menjaga pandangan apabila seorang siswi lalu di sebelahnya. Takut dengan Si Polis Cinta semata-mata hanya akan mengundang keperitan dalam hati, bukannya keikhlasan hakiki.


Sebelum menggari tangan si pemabuk cinta, sedarlah bahawa usaha untuk membasmi masalah ini adalah suatu yang inside-out. Untuk mengembalikan kelompok anak muda ini bukanlah dengan leteran dan surat-surat layang yang bertimbun. Tetapi akidah, cara pandang, tanggungjawab yang perlu diluruskan terlebih dahulu.

Bak kata seorang karkun kepada saya "Sebuah cahaya akan menerangi bilik yang gelap gelita", yang bermaksud kejahilan akan terhapus dengan hadirnya iman di dalam diri.

SYARIATULLAH vs SUNNATULLAH

"Awak tau tak? Apa hukum isteri tak taat pada suami? Haram hukumnya tau!!", kata seorang suami kepada isterinya.

Banyak terjadi begitu. Rumah tangga (terutama para daie) dihiasi dengan cuaca kehidupan syariat semata-mata. Jangan dilupa, walaupun yang berkahwin itu ustaz dan ustazah, mat rempit dan minah rempit, lawyer dan engineer, mereka tetap LELAKI dan PEREMPUAN.


Cara berfikir, cara melayan dan mahukan perhatian, adalah Sunnatullah yang ada pada setiap manusia. Jika perkara ini kurang diambil perhatian dan hanya soal syariat di ambil kira, tidak lengkap juga sebuah perkahwinan itu. Maka tidak hairanlah ada pasangan Islamik yang bercerai kerana kurang memberi perhatian dengan pasangan.

Banyak perkahwinan yang membelakangkan syariat, dan banyak juga perkahwinan yang membelakangkan sunnatullah. Jadi.. Kedua-dua sifat ini perlulah diseiringkan untuk menjadi resepi yang bermakna dalam sesebuah perkahwinan itu.

"Jika perkahwinan cara biasa-biasa itu datang dengan CINTA TANPA TANGGUNGJAWAB, kisah rumah tangga Islamik ini pula berdepan dengan TANGGUNGJAWAB TANPA CINTA"

Jangan kerana kita benci melihat pasangan couple bersifat romantik, sampai terlupa untuk romantik dengan pasangan yang halal. Ingat! Kita juga adalah manusia.

BERCINTA SAMPAI KE SYURGA


Buku ini mengandungi 271 muka surat dan terdiri daripada 4 elemen perbincangan iaitu:

1) PANDANGAN KEHIDUPAN
2) PRA-PERKAHWINAN
3) KEIBUBAPAAN
3) KEMBARA MAWADDAH DAN RAHMAH

Setiap elemen dikupas dengan santai oleh penulis. Dikaitkan dengan fenomena yang biasa pada masyarakat, menjadikan buku ini mudah untuk dihadam oleh pembaca. Buku ini berharga RM 25.00 sahaja, dan mungkin bagi sesiapa yang mahu membelinya, bolehlah membeli di sini, atau di Saifulislam.com sendiri. Mudah juga untuk diperolehi di kedai-kedai buku berdekatan anda.

"(Mereka diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firman-Nya): 'Wahai hamba-hamba-Ku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan dan kamu pula tidak akan berdukacita. (Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh. (Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): Masuklah kamu ke dalam syurga bersama isteri-isteri kamu, dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan'".
(Al-Dzukhuf: 68-70)

Persediaan amat perlu sebelum berumah tangga. Hal ini kerana cara menguruskan rumah tangga adalah sangat subjektif dan mengikut kreativiti pasangan itu sendiri selagi tidak melanggar syariat. Satu nasihat dari Ust, 'bersyukurlah dengan pasangan kita, nescaya Allah akan memberi kenikmatan (kebahagiaan) kepada kita'.


"Ya Allah.. Mudahkan diriku ini untuk mengharungi mehnah perjuangan perkahwinan yang akan menjelang. Murahkan rezekiku, kuatkan kudratku Ya Allah untuk membawa keluargaku ke syurga"

Selepas ini, saya akan membaca buku Nota Hati Seorang Lelaki karangan Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Insya-Allah.. Kredit untuk Wan Saif kerana memberikan servis yang baik dalam urusniaga buku tersebut.

Tidakkah pelik jika ada pasangan hangat bercinta tetapi tidak terfikir untuk bersama selama-lamanya?

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
13600 Perai, Pulau Pinang.