"Fuhh.. Menarik jugak boleh hosting blog sendiri kan", saya bermonolog di dalam hati.

"jamalrafaie89.blogspot.com ke jamalrafaie.com.. Ha! Best tu!!", saya bermonolog lagi.

Entri ini ialah entri saya yang ke 60. Rasanya jumlah ini terlalu sedikit berbanding blogger-blogger yang mengungguli senarai blogger yang ada di Malaysia dan dunia ni. Hai.. Selepas singgah di justkhai.com, semangat untuk terus menulis semakin membara pulak. Mengapa ye?

BACA SETERUSNYA>>


SAYA DAN BLOGSPOT

Saya mula mendaftar di blogger.com pada tahun 2009 sekitar bulan Julai dengan nama blognya jamalrafaie.blogspot.com. Tetapi blog itu tidak lama bertahan selepas saya mengodek HTML blog itu, habis semuanya menjadi rabak dan parah.. Akhirnya saya menutup blog itu.

Selepas kecewa buat kali pertama menulis blog, saya gagahkan diri sekali lagi mendaftarkan blog yang baru dengan nama jamalrafaie89.blogspot.com dan bertahan sehingga ke hari ini. Alhamdulillah..


Pada 6 Oktober 2009 menjadi titik mula kepada perjalanan blog ini dengan entri yang bertajuk "Selamat Kembali!!" yang bertujuan memberi semangat kepada saya dan mengumumkan bahawa blog ini telah pun kembali.


Saya tidak mempunyai ilmu untuk memulakan blog ini, jadi saya pun meminta bantuan rakan-rakan yang arif tentang dunia blogger. Masa berlalu, dan setelah beberapa kali menukar templatenya, maka terjadilah blog ini seperti sekarang. Masih banyak lagi yang perlu diperbaiki untuk menjadi blogger sejati (bak kata justkhai).

Dari makluman rakan saya, Fitri, saya pun membuka justkhai.com (blogger ke-11 Malaysia). Dan ada sesuatu yang menarik minat saya di sana.

BLOGSPOT Vs WORDPRESS

Serius!! Saya tidak pernah mendengar semua ini, iaitu tentang kelemahan Blogspot dan kehebatan Wordpress. Kedua-dua syarikat ini memberikan servis kepada blogger untuk mempunyai blog sendiri secara percuma. Tetapi apa yang menjadi perbezaannya?

Satu point yang saya terima daripada teman saya ialah, Blogspot tidak menyediakan servis kepada blogger untuk mempunyai hosting sendiri (self-hosted). Blogspot juga memberikan storage yang rendah kepada penggunanya dan tidak mempunyai banyak functions seperti Wordpress.


Antara yang saya perolehi dari internet berkenaan hal ini ialah :

1) Storage

Blogspot : Hanya membekalkan sebanyak 1Gb sahaja untuk penggunanya bagi mengisi data blog.

Wordpress : Membekalkan sebanyak 3Gb (asas) kepada penggunanya dan boleh ditambah lagi dengan dikenakan bayaran.

2) Import

- kadang-kadang kita perlu berpindah ke blog yang lain, tetapi kita masih mahukan entri-entri yang terdahulu kan? Jadi..

Blogspot : Hanya boleh di'import' dari Blogspot sahaja.

Wordpress : Data boleh diambil daripada mana-mana hosting yang lain. (Dari Blogspot, Yahoo, atau dari blog wordpress yang lain)

3) Domain Names

Blogspot : Diberikan secara percuma tetapi akan diletakkan nama 'blogspot.com' di hujung blog anda. Tidak disediakan servis untuk menaik taraf blog sebagai '.com'

Wordpress : Juga diberikan secara percuma dan akan disambung dengan nama 'wordpress.com'. Tetapi boleh dinaiktaraf dengan membeli domain blog dari Wordpress, bolehlah anda mempunyai blog (hosting sendiri) dengan hujungnya '.com'.

Untuk melihat perbezaan secara terperinci, bolehlah melawati blog ini. Minta maaf jika ada kesilapan dalam membuat perbezaan ini. Anda juga boleh membuat kajian sendiri untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

PERLUKAH SAYA MEMBELI DOMAIN?

Jika diperhatikan dari segi kelebihan, ternyata Wordpress mempunyai kelebihan berbanding Blogspot. Persoalannya, perlukah saya menukar domain? Sudah gagahkah saya untuk mengarungi dunia blogger yang mencabar ini? Sudah sediakah saya untuk menjadi blogger sejati (komited menulis blog)?

Bak kata justkhai juga, tidak perlu mencuba-cuba dengan blogspot, terus ke Wordpress! Jika saya terjumpa ayat ini dahulu, mungkin ianya sudah menjadi kenyataan. Tetapi ianya sudah terlambat dan saya sudah selesa dengan Blogspot ini dan banyak memberi jasa kepada saya.


Walau bagaimanapun, impian untuk mempunyai blog sendiri (self-hosted) menjadi impian saya. Saya juga mengimpikan menjadi blogger seperti Saifulislam.com, yang banyak menulis artikel yang bermotivasi dan mempunyai ramai pembaca. Insya-Allah ianya akan menjadi kenyataan satu hari nanti.


Sebelum saya menukar domain, saya akan meletakkan beberapa sasaran dan ianya menjadi penanda aras untuk saya. Antaranya, entri yang perlu saya tulis ialah sekurang-kurangnya 100 entri sebelum memikirkan untuk menukar domain.

Kedua, bilangan followers juga perlu diambil kira. Bilangan followers blog saya perlulah sekurang-kurangnya 100 orang, dan barulah saya akan memikir semula idea tersebut.

Ketiga, isu apa yang perlu saya jadikan flatform untuk menulis (tidak semestinya satu isu sahaja). Hal ini kerana saya masih tercari-cari identiti untuk menghiasi blog ini dan menjadikan gaya penulisan saya. Setakat ini blog ini bercampur-campur isunya. Bantulah saya dengan memberi cadangan ye..

Keempat, saya perlulah mempunyai ilmu yang luas tentang dunia blogger untuk mengharungi dunia blogger yang lebih luas lagi. Perlu tahu banyak tentang widget, tips dan tricks dalam blog. cara penulisan blog dan memantapkan isi-isi penulisan saya.

Apabila semua pra-syarat ini telah saya penuhi. Insya-Allah idea untuk menukar domain akan kembali semula. Setakat ini saya akan terus menggunakan encik Blogspot ini sebagai flatform penulisan saya. Terima kasih Encik Blogspot/Blogger.com!

Bilakah ianya akan berlaku? Wallahua'alam.. Moga-moga diperkenankan oleh Allah SWT.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Wordpress dan dunia blogger, bolehlah melawati blog saudara Khai di blognya justkhai.com. Banyak input-input yang menarik dan bermanfaat di sana. Insya-Allah.. Mohon ampun dan maaf jika ada fakta di dalam entri ini yang kurang tepat. Harap dibetulkan..

KE ARAH 'BLOGGER SEJATI' !!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
13600 Perai, Pulau Pinang.