SUMBER : Facebook

"Fitri dah keluar UNIC ke?", satu persoalan timbul.

"Kenapa dia keluar?", tanya seorang lagi.

Satu demi satu persoalan timbul berkenaan ahli lama UNIC ini. Hanya suatu yang biasa terjadi kepada manusia. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, kita ini tidak kekal selamanya, begitu juga kepada sesebuah kumpulan nasyid. Tetapi ianya menjadi satu persoalan yang besar untuk dirungkai oleh peminat. Kenapa beliau keluar?


Emm.. Setiap orang yang bergelar artis pasti akan menjadi buah mulut setiap peminat. Sampaikan macam mana artis tu tidur pun nak tahu, perlu ke tahu? Untuk kes saudara Fitri ini, kita hanya perlu menerimanya dengan hati terbuka. Anggaplah ianya adalah masalah peribadi yang amat rahsia untuk dikongsi. CUKUP.

Hakikatnya, beliau bukan lagi ahli kumpulan UNIC@UNIQUE. Terimalah walaupun ada hati yang terluka. Terluka? Wah.. Hebat sangat kecewanya tu. Hehe..



Beliau adalah anggota asal kumpulan UNIC yang mula bertapak di industri seni tanah air pada tahun 2002. Bermula dari album yang pertama yang diberi nama You And I See sehinggalah yang terakhir dirakamkan bersama UNIC iaitu album Langkah Tercipta. Sudah 5 album bersama UNIC dan bolehlah dikatakan 'otai' dalam kumpulan ini.

Sebut sahaja UNIC pasti akan teringat Fitri. Sehingga begitu sekali ingatan para peminat terhadapnya. Oleh kerana itulah pengundurannya menjadi tanda tanya kepada semua. Dan yang terbaru, tanda ingatan dan desakan peminat-peminatnya, ada golongan peminat yang mendaftarkan satu fan page di facebook untuk mengumpulkan sokongan bagi memujuk beliau kembali ke pangkuan UNIC @ UNIQUE.

Klik untuk imej yang lebih besar

Fan Page ini dibuat oleh individu yang tak dikenali. Yang bertujuan bagi menarik sokongan para peminat untuk memujuk saudara Fitri kembali ke UNIC. Apa pun, jangan terburu-buru untuk sokong. Yang lepas tu biarlah lepas, janganlah diungkit lagi. Lihat sendiri pesanan oleh tuan punya badan di bawah ni :


Saya juga mahu beliau kembali bersama UNIC @ UNIQUE. Tetapi kita seharusnya menghormati keputusan yang dibuat oleh beliau. Biarlah ianya menjadi satu nostalgia kepada kita dan terima dengan hati yang terbuka.

UNIQUE & FITRI HARIS

Banyak yang telah berubah. UNIC sudah menamatkan kontrak dengan Hijjaz dan menukar namanya daripada UNIC kepada UNIQUE. Fitri pula telah bergerak secara solo sekarang. Moga kedua-duanya semakin maju dalam perjuangan masing-masing.

Dengar cerita Fitri Haris akan menerbitkan album solonya yang dibantu oleh Hafiz Hamidun pada bulan Mei ini. Antara lagu yang telah siap dirakam ialah lagu Musafir Rawan (klik sini). Lagu lain pula ialah Suara Azan, Cinta Hakiki dan satu lagu khas untuk anak kesayangannya iaitu SOFEA. Dan ada juga lagu-lagu lain yang masih belum dirakam lagi.

Itulah hakikatnya yang perlu ditelan semua. Yang pasti, perjuangan perlu diteruskan. Untuk Saudara Bazli, Fadzli dan Fakhrul, anda semua tetap UNIQUE, sekali UNIC terus UNIQUE! Untuk Saudara Fitri Haris, teruskan perjuangan anda kerana industri nasyid kita ini masih memerlukan anda semua.

UNIQUE Di Facebook :

FITRI HARIS Di Facebook :

 Sekian Terima Kasih.. Wasalam..

KEUNIKAN BERSAMA UNIQUE!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
13600 Perai, Pulau Pinang.