Pentas perjuangan yang telah bersedia menunggu para pejuang

"Kau dah siap assignmnent manufacturing ke?", soal Aizad kepada saya.

"Bila masa pulak ada assignment manufacturing pulak nih?", pelik saya dibuatnya.

"Betul la Aizad.. Mana ada Pn. Salina suruh buat, tak pernah dengar pun", tambah pula si Pidin dan Pejoe.

"Ada la.. Pn. Salina suruh buat lepas kelas hari tu.. Hari ni last hantar tau!", tegas Aizad.

Alahai.. Macam manalah saya nak tahu ada assignment yang kena buat. Lecture tak bagi tahu pun dalam kelas. Selalunya kalau ada assignment akan dibagi tahu secara rasmi dalam kelas agar semua orang tahu. Ni mesti ada student jumpa lecture tanya pasal benda ni, apa lagi, lecture dapat idea la nak bagi kerja kat student disebabkan ada student rela hati nak buat assignment. Haha.. Tak pe la.. InsyaAllah saya usahakan buat jugak assignment tu walaupun tak tahu betul ke tak kena buat.. Hehe..

Apa pun, peristiwa tu berlaku di hari terakhir sesi pengajaran di UiTM Penang ni. Bayangkan betapa sibuknya student2 sume untuk siapkan semua assignment dan report yang tertunggak tak dihantar. Tak senang duduk semuanya, termasuk la saya. Adoi..

FINAL EXAM SEMAKIN HAMPIR

Quiz sudah, test pun sudah.. Tibalah masa final exam pula menyusul. Itu bermakna bahang perjuangan yang membara telah pun masuk ke dalam sanubari para student. Semua pakat2 study ramai2 dah sekarang. Siang malam pegang buku je.. Lagi2 la ada semangat bila tengok kerusi dan meja dah tersusun untuk menunggu kedatangan diorang (tak semangat bagi orang yang lemah semangat nak ambil exam).

Final exam ialah peringkat terakhir untuk menentukan tahap pencapaian kita dalam sesuatu subjek atau pengajian. Selalunya bahagian markah dalam final exam adalah sangat besar impaknya, maka tidak hairanlah para pelajar terlalu menumpukan study untuk score dalam final exam.

BELAJAR DARI BELAJAR

Apa yang menariknya apabila kita mengulangkaji pelajaran, semakin kita belajar semakin banyak perkara yang kita tidak tahu. Bukan bermaksud semakin belajar semakin bodoh, tetapi makin banyak kita belajar, kita akan dapat rasakan yang kita ini makhluk ciptaan Allah s.w.t yang serba kekurangan. Perasaan ingin tahu terhadap sesuatu ilmu itu akan semakin teransang kepada sesiapa yang berfikir tentang ilmu. Tetapi hal ini tidak akan dialami oleh orang yang hanya belajar kerana hendak jawab soalan semata-mata.

Tidak dinafikan kita bertungkus lumus untuk menjawab soalan, tetapi kita perlu pandai mengambil input dalam apa yang kita pelajari itu untuk dijadikan bekalan hidup. Tidak la seperti selepas sahaja exam semua dilupakan. Saya tidak menyatakan yang saya seorang pelajar yang perfect, saya juga seperti pelajar2 lain yang belajar kerana hendak menjawab soalan, tetapi hanya ingin mengingatkan diri saya dan rakan2 sekalian tentang tujuan asal kita di persada perjuangan ini adalah untuk menimba ilmu dan bukannya menjawab peperiksaan semata-mata.

Perjuangan mesti diteruskan (Gambar Hiasan)

Pada hemat saya, apa yang berlaku sekarang ini ialah ramai pelajar belajar hanya kerana ingin mendapatkan sijil, diploma dan ijazah semata-mata. Hilanglah nilai ilmu jika kita berniat begitu. Saya juga mengidamkan sijil2 ini, saya juga perlu bertungkus lumus mendapatkannya, tetapi apa yang lebih penting ialah sejauh mana kita semua dapat mengambil iktibar dalam pembelajaran kita. Sejauh mana ilmu yang kita dapat untuk membangun agama dan bangsa kita? Adakah dengan mendapat pointer 4.0 dapat membela nasib agama dan bangsa kita? Mari kita sama2 renungkan..


Akhir kata.. Sempena final exam yang bakal menjelma ini, saya mengucapkan selamat mengambil peperiksaan kepada semua rakan2 perjuangan tak kira di mana jua anda berada. Maafkanlah diri ini jika terdapat salah dan silap.. Terima kasih juga kepada lecture2 yang bertungkus lumus mengajar saya dan rakan2.. Jazakallah Khairal Kathirah.. Selamat berjuang..

*Sebagai tanda perjuangan.. Saya mainkan lagu Teruskan Perjuangan (Brothers) untuk kita semuanya..