Selepas memikirkan dan merancang selama beberapa hari.. Alhamdulillah.. Allah s.w.t mengizinkan saya bersama keluarga bercuti makan angin di Cameron Highland. Kami men'daki' tanah tinggi ini dengan 3 buah kereta yang memuatkan seramai 21 orang semuanya dan kebanyakkannya kanak2 (adik saudara).

Klik Untuk Terus Mengembara>>

Perjalanan bermula pada sebelah pagi (8 pagi), melalui Lebuhraya Utara Selatan menuju ke Susur Keluar Simpang Pulai. Untuk pengetahuan, Cameron Highland boleh dinaiki melalui 2 jalan utama iaitu dari Tapah atau Simpang Pulai. Jalan dari Tapah lebih dekat tetapi jalannya agak sempit manakala dari Simpang Pulai mengambil masa yang lebih lama tetapi jalannya agak selamat untuk dilalui. Maka kami memilih jalan dari Simpang Pulai.

CAMERON HIGHLAND

Cameron Highland mempunyai 2 kawasan utama iaitu Brinchang dan Tanah Rata. Tanah Rata lebih kepada pusat pentadbiran daerah manakala Brinchang pula tempat peranginan. Walau bagaimanapun, Brichang dan Tanah Rata tidaklah terlalu jauh dan terpulang kepada pengunjung untuk memilih tempat untuk menginap di sini.

Kami tiba di sini pada pukul 12.30 p.m dan kami menginap di hotel yang sangat strategik iaitu Star Regency Hotel Apartment yang terletak di Brinchang. Hotel ini terletak di tengah-tengah bandar Brinchang dan di sekeliling hotel ini mempunyai kawasan pasar dan sesuai untuk membeli belah.

Bergambar kenangan di hadapan hotel

MARDI


Antara tempat2 yang menarik dilawati di sini ialah Agro-Technology Park MARDI Cameron Highland di Tanah Rata. Kawasan ini khas untuk MARDI membuat kajian tentang tanaman sayuran dan buah-buahan. Di samping itu, ianya dibuka kepada orang ramai untuk mengunjunginya. RM1.50 untuk kanak2 dan pelajar, RM 3 untuk dewasa.

Bersama Aidil Naim di ladang strawberi

Bergambar di hadapan pusat maklumat MARDI

STRAWBERRY FARM

Tempat yang 'wajib' dilawati di Cameron Highland ialah Ladang Strawberi. Kami ke Ladang Strawberi yang terletak di Brinchang dan menikmati aiskrim Strawberi di sana.

Bergambar di Ladang Strawberi

Suasana menikmati aiskrim Strawberi

CACTUS POINT

Sambil2 tu, singgah di Cactus Point membeli kaktus. Beli 5 percuma 1. Semuanya RM 10. Banyak jenis kaktus di sana, dari kecik sampailah besar..

Di Cactus Point memilih kaktus

BEE FARM

Selepas itu kami ke Ladang Lebah untuk membeli madu. Kawasan Ladang Lebah tak sempat dilawati, sebab kesuntukan masa dan hujan masa tu. Jadi, kami hanya melawat tempat pameran dan jualan sahaja.

Di Bee Farm

Bagaimana hendak mengetahui madu itu asli atau tak? Senang saja, letakkan sesudu madu ke dalam mangkuk, lepas tu masukkan air ke dalam mangkuk itu dan goncangkan. Jika madu di dalam mangkuk itu membentuk kembali seperti sarang lebah, maka ianya adalah yang asli. Selamat mencuba!!

CERITA DI TEPI JALAN

Semasa perjalanan pulang, kereta saya meninggalkan 2 kereta yang lain jauh ke hadapan. Maka kami pun membuat keputusan untuk tunggu sebentar kereta2 yang lain. Jauh jugak la kami tinggalkan, siap boleh main daun terup lagi kat tepi jalan. Hinggalah kedua-dua kereta lain sampai, kami meneruskan perjalanan.

Main daun terup di tepi jalan

Tiba-tiba... Nampak pula Orang Asli jual durian tepi jalan. Apa lagi... Jom makan durian!!

Gelagat Syafiq dan Irah makan durian

PERJALANAN KE TAIPING

Selepas meneruni Cameron Highland, kami bertolak ke Taiping untuk mengunjungi Night Safari Taiping. Kami menginap di Seri Malaysia Taiping. Di Taiping, kami lebih banyak bersantai kerana letih 'berjalan' di Cameron. Aktiviti? Mengunjungi Night Safari dan mandi di swimming pool di hotel..

Tunggu Tram di Night Safari Taiping

Mandi- manda di swimming pool

BANYAK BERJALAN LUAS PENGALAMAN

Walaupun ada yang mengatakan di Cameron Highland hanyalah tempat sejuk dan tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan di sana, namun saya mengambil peluang ke Cameron Highland dan Taiping sebagai pengalaman dalam hidup yang singkat ini.

Semakin banyak kita berjalan di muka bumi Allah s.w.t. yang luas ini, semakin banyak yang kita dapat pelajari. Syaratnya.. Niatkan kerana Allah untuk mendapat redha-Nya. Berlibur tiada salahnya.. Kerana berlibur itu menambah pengalaman.. Terima kasih kepada Acik Jam, Bibik Mira, Umi, Ami, Nenek dan adik2 sepanjang percutian ini. Moga semua gembira. InsyaAllah.. Waalua'alam..

Jamal Rafaie @ jamalrafaie89.blogspot.com
45700 Bukit Rotan