Saya terbaca satu artikel yang dipaparkan di laman web iLuvislam. Tajuknya 1Malaysia Hanya Retorik. Artikel yang mengkritik dasar kepimpinan dan pembaharuan yang dibawa oleh YAB Dato' Seri Najib Tun Razak. Saya tidak pasti sama ada artikel ini ikhlas untuk mengkritik ataupun hanyalah sebagai satu agenda yang ingin menjatuhkan PM dengan melepaskan satu 'tembakan' yang membunuh musuhnya. Saya harap penulis ikhlas kerana Allah s.w.t.

Baca seterusnya>>

APA ITU RETORIK?

Dalam kamus Dewan, Retorik bermaksud : 1. (Lin) kajian tentang teknik penggunaan bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan; 2. seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar, seni berpidato; 3. bahasa yang dibuat-buat atau dibesar-besarkan, bahasa retorik.

Dalam erti kata lain, maksud retorik lebih diertikan sebagai penggunakan kata yang menyedapkan untuk didengar.

Pada hemat saya, penggunaan bahasa retorik tidak hanya digunakan dalam parti kerajaan sahaja, ianya juga digunakan pada parti2 pembangkang juga.

PAS - Pas Untuk Semua
DAP - Malaysia Malaysian
PKR - Harapan Baru Untuk Malaysia

Maka, tidak adillah jika penulis mengatakan 1Malaysia sahaja hanya retorik. Parti2 lain juga menggunakannya. Kebiasaannya, semua organisasi mencari pendekatan baru dengan menggunakan ayat2 yang retorik, begitu juga dalam pembikinan sesuatu album oleh seseorang artis, pastinya mereka akan mencari ayat atau perkataan yang terbaik untuk dijadikan tajuk album mereka.

Penggunaan bahasa retorik tidak menjadi masalah.

KIASAN PENULIS

Penulis memberi kiasan kepada sesuatu pelaksanaan agenda, ianya berbunyi:

"Seorang arkitek inginkan pujian kliennya atas rekaannya dengan cara memburukkan rekaan arkitek lain. Formula ini mungkin berjaya jika kliennya tidak bijak dalam menilai arkitek itu."

Ayat ini perlu diambil oleh sesiapa sahaja. Kita perlu memberikan yang terbaik kepada rakyat dan bertindak di atas kelebihan diri sendiri dan bukannya dengan kelemahan orang lain. Di sini saya bersetuju dengan penulis, tetapi ayat ini mungkin menjurus kembali kepada parti pembangkang.

Pada hemat saya, pembangkang di Malaysia tidak mempunyai bakat untuk menjadi kerajaan dan kerajaan pula tidak berbakat untuk menjadi pembangkang. Perkara ini pada hemat saya dapat dilihat pada Kerajaan negeri Selangor (PR), sehingga ke hari ini sibuk mencari salah kerajaan dahulu (BN), ianya bagi saya dapat dikiaskan pada kiasan yang diberikan oleh penulis di atas.

Sibuk mencari kelemahan kerajaan dahulu hanya kerana mahu menjadi jaguh kampung dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Semakin kita mencari kelemahan orang lain, semakin banyak kelemahan kita akan diketahui masyarakat. Ingat-ingatlah..

MASING-MASING BERLAWAN

Pada hemat saya juga, jikalau seseorang itu membenci orang lain, maka apa yang yang dilakukan oleh orang yang dibenci tadi semuanya serba tidak betul. Hatta musuhnya bersolat dikatakan sedang berjudi. Hal ini perlu kita kikis untuk membina masyarakat yang berhati mulia.


Pengamalan sikap suka mengutuk dan mempersendakan orang lain sangat dibenci dalam Islam. Sikap ini perlu dibuang oleh mana-mana parti sekali pun. Bagaimanakah kerja2 untuk rakyat didahulukan boleh dilakukan jika pembangkang sibuk mengharu-birukan kerajaan? Sepatutnya masing2 perlu memikirkan bagaimana membina perpaduan, bukannya membina permusuhan.

MENGAPA PENULIS MENGATAKAN 1MALAYSIA RETORIK?

Pada pendapat saya, penulis mengatakan konsep 1Malaysia hanya retorik hanyalah kerana konsep 1Malaysia diketengahkan oleh ahli politik yang tidak sehaluan dengannya. Cuba kita bayangkan jika konsep ini diketengahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya pasti penulis pasti menyokong konsep 1 Malaysia ini. Jadi, konsep ini adalah relevan kepada rakyat Malaysia kerana mereka tidak menyokong hanya kerana bukan dari kalangan mereka yang mengenengahkannya.

Adakah pembangkang ikhlas memperjuangkan hak-hak rakyat atau hanya menggunakan isu-isu berbangkit untuk mendapatkan kuasa? Fikirkan sendiri..


Jika sesuatu idea yang dikeluarkan oleh Pas dapat disokong oleh UMNO khasnya dalam idea kerajaan perpaduan, mengapa tidak dalam konsep 1Malaysia? Mungkin pembangkang berasa tergugat apabila mereka menyokong konsep ini dan mereka mencari jalan untuk menjatuhkannya.

MENCARI ISU SEPAKAT

Pendapat penulis tentang hal ini amat saya sokong. Di dalam keadaan politik negara yang kucar-kacir ini, perlulah hendaknya parti-parti politik khususnya UMNO dan PAS untuk mencari isu yang sepakat untuk dibincangkan.

Hali ini sangat penting kerana ianya menguntungkan orang Melayu Islam di Malaysia khususnya dan masyarakat Islam dunia amnya. Lebih baik kita berbincang daripada sibuk bergaduh dan akhirnya menjadi kesudahan permusuhan yang tak sudah.


Setiap pemimpin perlu berhati bersih dan saling menghormati di antara satu sama lain. Saling mendoakan kesejahteraan negara amat penting untuk mendapat berkat Ilahi. Perpaduan Teras Kejayaan..

"Katakanlah: "Wahai ahli kitab, marilah kamu kepada kalimat yang bersamaan antara kami dan antara kamu..."
(Ali Imran 3:64)

Penggunaan ayat Rakyat Didahulukan, Percapaian Diutamakan adalah retorik. Tetapi disebalik ayat itu, kerajaan sedang bertungkus-lumus ke arah mesej itu. Bagi mencapai sesuatu kejayaan, ianya mengambil masa yang lama untuk dihasilkan. Tambahan pula keadaan politik di tanah air kita ini sedang meruncing, hal ini mengganggu proses kebajikan kepada rakyat. Jadi, tidak adillah mengatakan 1Malaysia hanyalah omongan kosong kerajaan. Sabar dan teruskan perjuangan. Wallaua'lam.

Entri ini adalah komen saya kepada artikel '1Malaysia Hanya Retorik' yang ditulis oleh sahalfikri di laman web iLuvislam. Salah dan silap harap dimaafi..

Jamalie_Jam@jamalrafaie89.blogspot.com
45700 Bukit Rotan