Mek Wook bersama suaminya, Muhammad Noor

Cinta Itu Buta. Cinta Tak Kenal Usia, Tak Kenal Maka Tak Cinta..

Itulah yang dikatakan oleh ramai orang. Tidak lama dahulu, negara dihiasi dengan berita bahawa seorang nenek yang berumur 106 tahun berkahwin dengan seorang lelaki yang berusia 37 tahun.

Nenek yang berasal daripada Kuala Berang, Terengganu itu boleh dikira sebagai moyang atau nenek kepada lelaki tersebut. Siapa sangka, Allah s.w.t menjodohkan mereka berdua sebagai pasangan suami isteri.

Baca seterusnya>>

Syarak membenarkan mereka berkahwin (hukum sah). Maka perkahwinan mereka dikira realistik walaupun dianggap buang tebiat oleh sesetengah masyarakat. Walau bagaimanapun, kita sebagai muslim perlu percaya dengan jodoh yang Allah s.w.t telah tentukan kepada setiap hamba-Nya.

CINTA MEK WOOK DAN MUHAMMAD NOOR ADALAH REALISTIK!!


Fatine dan Ian Young

''All we want is to be married, happy and living together", kata Ian.

Pasangan Ian Young dan Fatine berkahwin di Britain. Sekarang Fatine terpaksa pulang ke Malaysia kerana tempoh passportnya hampir tamat. Tetapi kemungkinan besar kembalinya ke Malaysia akan mengundang masalah yang BESAR...

Fatine atau nama sebenarnya Mohammed Fazdil Bin Bahari, 36 tahun, dikatakan gentar untuk pulang ke Malaysia kerana berkahwin dengan 'suami'nya. Manakan tidak, Fatine adalah seorang jurusolek pondan dan berkahwin dengan seorang lelaki!! Perkahwinan pasangan gay yang tidak dihalalkan sama sekali dalam Islam.

Fatine juga dilaporkan tidak pernah melakukan pembedahan untuk membuang kemaluannya, maka dia masih seorang lelaki. Baca kisah Fatine di sini.

Kata Fatine, orang ramai tidak faham tentang cintanya dengan Ian dan mahu membina keluarga yang bahagia dengan 'suami'nya. Astaghfirullah.. Walaupun perasaan cinta telah ada, tetapi syariat tetap membataskan. Bukan soal masyarakat faham atau tidak..

CINTA FATINE DAN IAN YOUNG TIDAK REALISTIK!!

''Rasa Cinta Pasti Ada
Pada Makhluk Yang Bernyawa
Sejak Lama Sampai Kini
Tetap Suci Dan Abadi
Takkan Hilang Selamanya
Sampai Datang Akhir Masa''
(Hijjaz)

Realistikkanlah cinta kita. Cinta yang abadi adalah untuk-Mu Ilahi..

Jamalie_Jam@jamalrafaie89.blogspot.com
45700 Bukit Rotan, Selangor