"Pembangunan spiritual dan infrastruktur harus seimbang"

"Saya nak bagi satu cadangan, apa kata pihak pengurusan universiti buatkan satu susur gajah untuk kami. Panaslah time pegi kelas", seorang pelajar memberi cadangan.

"Saya pun nak bagi satu cadangan, boleh tak pihak pengurusan kolej sediakan tong sampah yang senang masukkan sampah dalam tu, tong sampah sekarang susah la nak gune, kena bukak penutup dulu la", seorang lagi pelajar menambah.

Baca seterusnya>>


Telinga saya sudah panas ketika itu. Entah apa2 entah cadangan yang diberikan budak2 ni. Bagaikan duduk dalam syurga, tak boleh susah2 cikit pun. Semua nak senang dia je. Kalau cadangan yang membina insan tak apa la jugak, asyik bagi cadangan yang membina 'bangunan' je kerjanya. Itulah antara yang dapat saya perhatikan sewaktu Majlis Soal Jawab Bersama Pihak Pengurusan Kolej yang dianjurkan oleh JPK Zamrud awal tahun ini.

Itulah realiti kehidupan kita hari ini. Terlalu memikirkan dengan kesenangan fasiliti saja. Tak kira la pelajar ke, orang awam ke, sama je. Satu hari sewaktu saya masuk ke dalam lif, saya dapat lihat kerja2 tangan orang yang 'berpelajaran'. Sungguh memuaskan hasil kerja dia.. Kat bawah ni contoh2 hasil kerja orang yang 'bijak pandai'...

Gambar berukuran passport diletakkan di dalam penutup butang lif. Sungguh murah publisitinya untuk mengejar populariti. Maafkan saya kepada si pemilik gambar ini, mungkin juga ada kawan2nya yang suka men'dajal'. Tapi ianya menggambarkan ketidakmatangan pengguna lif tersebut. Satu contoh 3rd Class Mentality..

Gambar ini pulak ada dekat dalam lif lain pula. Mungkin Restoran Ahmad Seafood meminta para pelajar untuk promote restoran dia. Tapi rasa2nya tak pulak diorang suruh iklan cam ni,pasti dan pasti. Bagus juga macam ni, boleh la JPK Zamrud dapat income lebih buat iklan kat dalam lif kan?

Saya berasa sedih dengan hal yang berlaku ini. Tahukah anda, kos untuk membaiki butang2 lif dapat membeli sebuah kereta Toyota Avanza? BETUL.. Saya sendiri pernah melihat Local Order (surat tempahan) menukar butang lif ini. Teringat lagi di masa yang tak berapa lama dahulu, ada seorang pelajar yang mencadangkan agar butang lif ditukar (masa itu butang lif dah hampir semua dah rosak). Sekarang telah ditukar baru dan sedang menuju ke zaman kemusnahannya semula..

Kita sering mengejar kemewahan dan kesenangan. Sibuk untuk mengumpul harta tetapi tidak sibuk mengumpul ilmu dan kekayaan agama. Benarlah kata2 Nabi Muhammad s.a.w yang mengatakan setiap umat mempunyai ujian dan ujian bagi umat akhir zaman ialah harta. Benar Ya Rasullullah.. Umatmu sedang leka..

Pembangunan spiritual (kerohanian @ moral) perlulah seiring dengan pembangunan infrastruktur. Ketika ini, kita disuap dengan kemajuan dunia, tetapi kita kurang didedahkan dengan ilmu kemasyarakatan dan akhlak Islamiyah. Kalau ada pun hanya belajar dalam kelas saja dan menjadi syarat untuk lulus peperiksaan jer. Praktikalnya tak ada..

Cuba bayangkan kita hidup di dalam rumah yang serba indah seperti di sebelah ini. Rumah yang dilengkapi dengan sistem penghawa dingin, bertingkat-tingkat, lantai bertahtakan marmar yang termahal di dunia, dan lampu perhiasan yang bergemalapan di waktu malam yang hening...


TETAPI.. Penghuni rumah ini ibarat orang disebelah kiri ini pula. Pasti rumah ini akan dianggap berhantu kerana hantu yang menduduki rumah ini. Haha.. Rumah ini akan menjadi rumah yang di luarnya cantik tetapi di dalam menyimpan seribu misteri kebodohan penghuninya. Begitulah ibaratnya First Class Facility, Third Class Mentality..

Sama2lah kita mengubah diri kita. Jadi bangsa yang berfikiran secara GLOKAL. Global dan Local. Bermakna menjadi masyarakat yang berfikiran matang, berfikir untuk agama, bangsa dan negara. Terutamanya golongan pelajar, pointer 4.1 tidak menjamin kemajuan agama dan bangsa..