Harapan Baru Buat Semua
Thursday, December 31, 2009
Posted by Jamal Rafaie
2009 meninggalkan kita. Apa yang berlaku biarkan ianya menjadi sejarah yang terpalit dalam ruang lingkup pemikiran kita. Dan pastinya perkara yang paling ditunggu-tunggu ialah semangat dan harapan baru dalam kehidupan tak kira diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.
Baca seterusnya>>
Baca seterusnya>>
Kembara Amal UNIC Ke Utara
Monday, December 28, 2009
Posted by Jamal Rafaie
Assalamualaikum.. Pada 24-26 Disember 2009 yang lalu, saya dan Kamarol (Far-E-ZeeN) bersama-sama rombongan Sahabat UNIC ke Alor Setar bagi menjayakan Kembara Amal Bersama UNIC Ke Utara. Perjalanan yang dapat diringkaskan sebagai pengembaraan yang sangat bermakna itu bertolak pada pukul 11.30 malam di Stesen LRT Bukit Jalil.
Kembara Seterusnya>>
Sepanjang perjalanan, kami dihiburkan dengan celoteh2 abg2 UNIC dan abg Isma (PR) sampailah mereka pun rasa mengantuk dan tidur. He2.. Untuk pengetahuan semua, ahli UNIC yang terlibat dalam kembara ini ialah Bazli, Fazli dan Fakhrul. Tetapi Bazli dan Fazli sahaja yang ada sepanjang perjalanan dan Fakhrul hanya akan menyertai kami apabila tiba di Alor Setar nanti. Penyanyi baru Farah Leia Az-Zahrah pun turut serta.
KEMANAKAH PERGINYA FITRI DAN ALAN?
Satu persoalan timbul kepada kami di dalam kembara ini, kemanakah perginya Fitri dan Alan? Untuk pengetahuan semua, Fitri dan Alan telah pun mengundurkan diri daripada UNIC atas sebab2 peribadi yang tidak dapat dielakkan.
Telah diduga oleh Bazli dan Fazli, berita ini akan memberi kejutan kepada peminat terutamanya pengunduran Fitri daripada UNIC kerana beliau dikira sebagai ikon dalam UNIC itu sendiri. Berita ini sangat mengejutkan sehingga ada peserta yang mahu pulang kerana Fitri tak ada. Haha.. Walau bagaimanapun, saudara Fitri akan kembali menyertai UNIC apabila masalah peribadinya selesai. InsyaAllah..
ICE BREAKING
Kami tiba di Hotel Rayyan Alor Setar pada pukul 7.00 pagi dan selepas itu ice breaking pun bermula. Program taaruf buat kat tepi Sungai Kedah jer.. (depan hotel).

Bazli sorang je tampal kat pipi
Ramai-ramai dengar celoteh abg Isma
KONSERT AMAL UNIC DI SHOUQ AL-BUKHARY
Ramai-ramai dengar celoteh abg Isma
Tak kenal maka tak cinta. Maka kami pun ber'cinta'lah sewaktu program taa'ruf itu. Sedikit sebanyak tidaklah terlalu segan apabila bersama-sama dalam program seterusnya. Mudahkan kalau saling mengenali antara satu sama lain..
KONSERT AMAL UNIC DI SHOUQ AL-BUKHARY
Selepas waktu solat Jumaat, kami beramai-ramai ke Shouq Al-Bukhary (shopping kompleks). Aiseyh.. Saya kena jadi emcee la pulak, nasib baik Akmal temankan. Jadi.. Terimalah Konsert Amal UNIC di Shouq Al-Bukhary..
Gandingan Jamal Dan Akmal menjadi emcee
UNIC bersama peminat di atas pentas
Bergambar kenangan bersama peserta Kembara Amal UNIC
"Bagus betul orang yang belanja urut kaki ni kan", abg Isma.
BBQ DI PUTERI AYU RESORT, YAN KEDAH
UNIC bersama peminat di atas pentas
Bergambar kenangan bersama peserta Kembara Amal UNIC
"Bagus betul orang yang belanja urut kaki ni kan", abg Isma.
Dalam konsert ini, Liea Az-Zahrah turut mengadakan persembahan. Konsert Amal ini dimulakan pada pukul 3.30 petang dan rehat pada pukul 4.15 p.m (asar), kemudian disambung semula pada pukul 5 p.m. Inilah pengalaman pertama saya menjadi emcee di konsert umum. Akan ku ingat selamanya.. InsyaAllah.
BBQ DI PUTERI AYU RESORT, YAN KEDAH
Selepas berkonsert, pada malam itu kami ke Puteri Ayu Resort yang terletak di Yan, Kedah. Perjalanan mengambil masa 30 minit untuk sampai di resort itu.. Sampai di sana ada sedikit taklimat dan..... MAKAN..
Bazli & Fakhrul menyanyikan lagu Lafaz Yang Tersimpan
RIADAH DI TASIK DARULAMAN JITRA, KEDAH
Selain daripada makan BBQ, ramai di antara kami yang mandi sungai kat tepi resort tu. Contohnya mamat dua orang kat atas ni, lepas mandi kolam sungai terus nyanyi. Haha.. Kami turut membincangkan hala tuju sahabat UNIC, dan InsyaAllah.. Kembara UNIC akan ke selatan pula selepas ni ye.. Tunggu..
RIADAH DI TASIK DARULAMAN JITRA, KEDAH
Pada keesokan paginya, kami ramai2 ke Tasik DarulAman Jitra, Kedah. Tujuannya adalah untuk beriadah kat tepi tasik tu. Riadah bersukaneka. Sukaneka ini dikelola oleh Kak Mas & The Gang (AJK Kembara).
UNIC memang sporting habis. Tak de pun diorang nak segan2. Kumpulan saya dapat tempat pertama. Alhamdulillah.. Semua peserta enjoy dengan aktiviti sukaneka ni. Selepas tu, kami pulang ke Hotel Rayyan untuk bersihkan diri dan check out.
MAKAN TENGAH HARI DI MENARA ALOR SETAR
Inilah slot terakhir kami, sedih rasanya dah nak habis program. Seterusnya, kami makan tengah hari di Restoran Menara Alor Setar. Makan nasi ayam sambil menikmati permandangan bandaraya Alor Setar di atas menara.
Tidak semua orang dapat merasai pengalaman bersama kumpulan UNIC ini. Bukannya melihat mereka di atas pentas sahaja, kami dapat merasai sendiri karenah UNIC secara live. Banyak 'rahsia' dan perkembangan terbaru yang dikongsi kepada kami oleh UNIC yang sebelum ini mungkin ramai yang tidak tahu lagi. Program ini juga memberi makna kepada kami terutamanya apabila mendapat ramai kenalan baru yang sama2 meminati seni hiburan Islam ini..
Terima kasih kepada semua terutamanya abg. Isma, Fazli, Bazli, Fakhrul, Ajak, Kak Mas kerana mengorbankan masa dan keringat untuk menjayakan program kembara ini. Dan tak lupa juga kepada semua sahabat2 UNIC.
Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Gadis Desa iaitu Saudari Siti Noor Syazwana di atas sumbangan gambar2 di atas. Jazakallah Khairal Kathira. Wallaua'alam..
Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
45700 Bukit Rotan, Selangor.

Habis makan kat atas Menara Alor Setar, sempat jugalah kami membeli-belah di Pekan Rabu. Seperti yang dipesan oleh bapak, saya ke kedai songkok "stlye TUN" untuk membeli songkok.
Tidak semua orang dapat merasai pengalaman bersama kumpulan UNIC ini. Bukannya melihat mereka di atas pentas sahaja, kami dapat merasai sendiri karenah UNIC secara live. Banyak 'rahsia' dan perkembangan terbaru yang dikongsi kepada kami oleh UNIC yang sebelum ini mungkin ramai yang tidak tahu lagi. Program ini juga memberi makna kepada kami terutamanya apabila mendapat ramai kenalan baru yang sama2 meminati seni hiburan Islam ini..
Terima kasih kepada semua terutamanya abg. Isma, Fazli, Bazli, Fakhrul, Ajak, Kak Mas kerana mengorbankan masa dan keringat untuk menjayakan program kembara ini. Dan tak lupa juga kepada semua sahabat2 UNIC.
Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Gadis Desa iaitu Saudari Siti Noor Syazwana di atas sumbangan gambar2 di atas. Jazakallah Khairal Kathira. Wallaua'alam..
Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
45700 Bukit Rotan, Selangor.
Cameron Highland Yang Sejuk
Monday, December 21, 2009
Posted by Jamal Rafaie
Selepas memikirkan dan merancang selama beberapa hari.. Alhamdulillah.. Allah s.w.t mengizinkan saya bersama keluarga bercuti makan angin di Cameron Highland. Kami men'daki' tanah tinggi ini dengan 3 buah kereta yang memuatkan seramai 21 orang semuanya dan kebanyakkannya kanak2 (adik saudara).
Klik Untuk Terus Mengembara>>
Perjalanan bermula pada sebelah pagi (8 pagi), melalui Lebuhraya Utara Selatan menuju ke Susur Keluar Simpang Pulai. Untuk pengetahuan, Cameron Highland boleh dinaiki melalui 2 jalan utama iaitu dari Tapah atau Simpang Pulai. Jalan dari Tapah lebih dekat tetapi jalannya agak sempit manakala dari Simpang Pulai mengambil masa yang lebih lama tetapi jalannya agak selamat untuk dilalui. Maka kami memilih jalan dari Simpang Pulai.
CAMERON HIGHLAND
Cameron Highland mempunyai 2 kawasan utama iaitu Brinchang dan Tanah Rata. Tanah Rata lebih kepada pusat pentadbiran daerah manakala Brinchang pula tempat peranginan. Walau bagaimanapun, Brichang dan Tanah Rata tidaklah terlalu jauh dan terpulang kepada pengunjung untuk memilih tempat untuk menginap di sini.
Kami tiba di sini pada pukul 12.30 p.m dan kami menginap di hotel yang sangat strategik iaitu Star Regency Hotel Apartment yang terletak di Brinchang. Hotel ini terletak di tengah-tengah bandar Brinchang dan di sekeliling hotel ini mempunyai kawasan pasar dan sesuai untuk membeli belah.
MARDI
Antara tempat2 yang menarik dilawati di sini ialah Agro-Technology Park MARDI Cameron Highland di Tanah Rata. Kawasan ini khas untuk MARDI membuat kajian tentang tanaman sayuran dan buah-buahan. Di samping itu, ianya dibuka kepada orang ramai untuk mengunjunginya. RM1.50 untuk kanak2 dan pelajar, RM 3 untuk dewasa.

Bersama Aidil Naim di ladang strawberi
Bergambar di hadapan pusat maklumat MARDI
Bergambar di hadapan pusat maklumat MARDI
STRAWBERRY FARM
Tempat yang 'wajib' dilawati di Cameron Highland ialah Ladang Strawberi. Kami ke Ladang Strawberi yang terletak di Brinchang dan menikmati aiskrim Strawberi di sana.
CACTUS POINT
Sambil2 tu, singgah di Cactus Point membeli kaktus. Beli 5 percuma 1. Semuanya RM 10. Banyak jenis kaktus di sana, dari kecik sampailah besar..
CACTUS POINT
Sambil2 tu, singgah di Cactus Point membeli kaktus. Beli 5 percuma 1. Semuanya RM 10. Banyak jenis kaktus di sana, dari kecik sampailah besar..
Di Cactus Point memilih kaktus
BEE FARM
Selepas itu kami ke Ladang Lebah untuk membeli madu. Kawasan Ladang Lebah tak sempat dilawati, sebab kesuntukan masa dan hujan masa tu. Jadi, kami hanya melawat tempat pameran dan jualan sahaja.
Selepas itu kami ke Ladang Lebah untuk membeli madu. Kawasan Ladang Lebah tak sempat dilawati, sebab kesuntukan masa dan hujan masa tu. Jadi, kami hanya melawat tempat pameran dan jualan sahaja.
Di Bee Farm
Gelagat Syafiq dan Irah makan durian
Bagaimana hendak mengetahui madu itu asli atau tak? Senang saja, letakkan sesudu madu ke dalam mangkuk, lepas tu masukkan air ke dalam mangkuk itu dan goncangkan. Jika madu di dalam mangkuk itu membentuk kembali seperti sarang lebah, maka ianya adalah yang asli. Selamat mencuba!!
CERITA DI TEPI JALAN
Main daun terup di tepi jalanSemasa perjalanan pulang, kereta saya meninggalkan 2 kereta yang lain jauh ke hadapan. Maka kami pun membuat keputusan untuk tunggu sebentar kereta2 yang lain. Jauh jugak la kami tinggalkan, siap boleh main daun terup lagi kat tepi jalan. Hinggalah kedua-dua kereta lain sampai, kami meneruskan perjalanan.
Tiba-tiba... Nampak pula Orang Asli jual durian tepi jalan. Apa lagi... Jom makan durian!!
Gelagat Syafiq dan Irah makan durian
PERJALANAN KE TAIPING
Selepas meneruni Cameron Highland, kami bertolak ke Taiping untuk mengunjungi Night Safari Taiping. Kami menginap di Seri Malaysia Taiping. Di Taiping, kami lebih banyak bersantai kerana letih 'berjalan' di Cameron. Aktiviti? Mengunjungi Night Safari dan mandi di swimming pool di hotel..
Mandi- manda di swimming pool
BANYAK BERJALAN LUAS PENGALAMAN
Jamal Rafaie @ jamalrafaie89.blogspot.com
45700 Bukit Rotan
Walaupun ada yang mengatakan di Cameron Highland hanyalah tempat sejuk dan tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan di sana, namun saya mengambil peluang ke Cameron Highland dan Taiping sebagai pengalaman dalam hidup yang singkat ini.
Semakin banyak kita berjalan di muka bumi Allah s.w.t. yang luas ini, semakin banyak yang kita dapat pelajari. Syaratnya.. Niatkan kerana Allah untuk mendapat redha-Nya. Berlibur tiada salahnya.. Kerana berlibur itu menambah pengalaman.. Terima kasih kepada Acik Jam, Bibik Mira, Umi, Ami, Nenek dan adik2 sepanjang percutian ini. Moga semua gembira. InsyaAllah.. Waalua'alam..
Semakin banyak kita berjalan di muka bumi Allah s.w.t. yang luas ini, semakin banyak yang kita dapat pelajari. Syaratnya.. Niatkan kerana Allah untuk mendapat redha-Nya. Berlibur tiada salahnya.. Kerana berlibur itu menambah pengalaman.. Terima kasih kepada Acik Jam, Bibik Mira, Umi, Ami, Nenek dan adik2 sepanjang percutian ini. Moga semua gembira. InsyaAllah.. Waalua'alam..
Jamal Rafaie @ jamalrafaie89.blogspot.com
45700 Bukit Rotan
1Malaysia Hanya Retorik?
Wednesday, December 09, 2009
Posted by Jamal Rafaie
Saya terbaca satu artikel yang dipaparkan di laman web iLuvislam. Tajuknya 1Malaysia Hanya Retorik. Artikel yang mengkritik dasar kepimpinan dan pembaharuan yang dibawa oleh YAB Dato' Seri Najib Tun Razak. Saya tidak pasti sama ada artikel ini ikhlas untuk mengkritik ataupun hanyalah sebagai satu agenda yang ingin menjatuhkan PM dengan melepaskan satu 'tembakan' yang membunuh musuhnya. Saya harap penulis ikhlas kerana Allah s.w.t.
Baca seterusnya>>
APA ITU RETORIK?
Dalam kamus Dewan, Retorik bermaksud : 1. (Lin) kajian tentang teknik penggunaan bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan; 2. seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar, seni berpidato; 3. bahasa yang dibuat-buat atau dibesar-besarkan, bahasa retorik.
Dalam erti kata lain, maksud retorik lebih diertikan sebagai penggunakan kata yang menyedapkan untuk didengar.
Pada hemat saya, penggunaan bahasa retorik tidak hanya digunakan dalam parti kerajaan sahaja, ianya juga digunakan pada parti2 pembangkang juga.
PAS - Pas Untuk Semua
DAP - Malaysia Malaysian
PKR - Harapan Baru Untuk Malaysia
Maka, tidak adillah jika penulis mengatakan 1Malaysia sahaja hanya retorik. Parti2 lain juga menggunakannya. Kebiasaannya, semua organisasi mencari pendekatan baru dengan menggunakan ayat2 yang retorik, begitu juga dalam pembikinan sesuatu album oleh seseorang artis, pastinya mereka akan mencari ayat atau perkataan yang terbaik untuk dijadikan tajuk album mereka.
Penggunaan bahasa retorik tidak menjadi masalah.
KIASAN PENULIS
Penulis memberi kiasan kepada sesuatu pelaksanaan agenda, ianya berbunyi:

"Seorang arkitek inginkan pujian kliennya atas rekaannya dengan cara memburukkan rekaan arkitek lain. Formula ini mungkin berjaya jika kliennya tidak bijak dalam menilai arkitek itu."
Ayat ini perlu diambil oleh sesiapa sahaja. Kita perlu memberikan yang terbaik kepada rakyat dan bertindak di atas kelebihan diri sendiri dan bukannya dengan kelemahan orang lain. Di sini saya bersetuju dengan penulis, tetapi ayat ini mungkin menjurus kembali kepada parti pembangkang.
Pada hemat saya, pembangkang di Malaysia tidak mempunyai bakat untuk menjadi kerajaan dan kerajaan pula tidak berbakat untuk menjadi pembangkang. Perkara ini pada hemat saya dapat dilihat pada Kerajaan negeri Selangor (PR), sehingga ke hari ini sibuk mencari salah kerajaan dahulu (BN), ianya bagi saya dapat dikiaskan pada kiasan yang diberikan oleh penulis di atas.
Sibuk mencari kelemahan kerajaan dahulu hanya kerana mahu menjadi jaguh kampung dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Semakin kita mencari kelemahan orang lain, semakin banyak kelemahan kita akan diketahui masyarakat. Ingat-ingatlah..
MASING-MASING BERLAWAN
Pada hemat saya juga, jikalau seseorang itu membenci orang lain, maka apa yang yang dilakukan oleh orang yang dibenci tadi semuanya serba tidak betul. Hatta musuhnya bersolat dikatakan sedang berjudi. Hal ini perlu kita kikis untuk membina masyarakat yang berhati mulia.
Pengamalan sikap suka mengutuk dan mempersendakan orang lain sangat dibenci dalam Islam. Sikap ini perlu dibuang oleh mana-mana parti sekali pun. Bagaimanakah kerja2 untuk rakyat didahulukan boleh dilakukan jika pembangkang sibuk mengharu-birukan kerajaan? Sepatutnya masing2 perlu memikirkan bagaimana membina perpaduan, bukannya membina permusuhan.
MENGAPA PENULIS MENGATAKAN 1MALAYSIA RETORIK?
Pada pendapat saya, penulis mengatakan konsep 1Malaysia hanya retorik hanyalah kerana konsep 1Malaysia diketengahkan oleh ahli politik yang tidak sehaluan dengannya. Cuba kita bayangkan jika konsep ini diketengahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya pasti penulis pasti menyokong konsep 1 Malaysia ini. Jadi, konsep ini adalah relevan kepada rakyat Malaysia kerana mereka tidak menyokong hanya kerana bukan dari kalangan mereka yang mengenengahkannya.
Adakah pembangkang ikhlas memperjuangkan hak-hak rakyat atau hanya menggunakan isu-isu berbangkit untuk mendapatkan kuasa? Fikirkan sendiri..
Jika sesuatu idea yang dikeluarkan oleh Pas dapat disokong oleh UMNO khasnya dalam idea kerajaan perpaduan, mengapa tidak dalam konsep 1Malaysia? Mungkin pembangkang berasa tergugat apabila mereka menyokong konsep ini dan mereka mencari jalan untuk menjatuhkannya.
MENCARI ISU SEPAKAT
Pendapat penulis tentang hal ini amat saya sokong. Di dalam keadaan politik negara yang kucar-kacir ini, perlulah hendaknya parti-parti politik khususnya UMNO dan PAS untuk mencari isu yang sepakat untuk dibincangkan.
Hali ini sangat penting kerana ianya menguntungkan orang Melayu Islam di Malaysia khususnya dan masyarakat Islam dunia amnya. Lebih baik kita berbincang daripada sibuk bergaduh dan akhirnya menjadi kesudahan permusuhan yang tak sudah.
Setiap pemimpin perlu berhati bersih dan saling menghormati di antara satu sama lain. Saling mendoakan kesejahteraan negara amat penting untuk mendapat berkat Ilahi. Perpaduan Teras Kejayaan..
Penggunaan ayat Rakyat Didahulukan, Percapaian Diutamakan adalah retorik. Tetapi disebalik ayat itu, kerajaan sedang bertungkus-lumus ke arah mesej itu. Bagi mencapai sesuatu kejayaan, ianya mengambil masa yang lama untuk dihasilkan. Tambahan pula keadaan politik di tanah air kita ini sedang meruncing, hal ini mengganggu proses kebajikan kepada rakyat. Jadi, tidak adillah mengatakan 1Malaysia hanyalah omongan kosong kerajaan. Sabar dan teruskan perjuangan. Wallaua'lam.
Entri ini adalah komen saya kepada artikel '1Malaysia Hanya Retorik' yang ditulis oleh sahalfikri di laman web iLuvislam. Salah dan silap harap dimaafi..
Jamalie_Jam@jamalrafaie89.blogspot.com

"Katakanlah: "Wahai ahli kitab, marilah kamu kepada kalimat yang bersamaan antara kami dan antara kamu..."
(Ali Imran 3:64)
(Ali Imran 3:64)
Penggunaan ayat Rakyat Didahulukan, Percapaian Diutamakan adalah retorik. Tetapi disebalik ayat itu, kerajaan sedang bertungkus-lumus ke arah mesej itu. Bagi mencapai sesuatu kejayaan, ianya mengambil masa yang lama untuk dihasilkan. Tambahan pula keadaan politik di tanah air kita ini sedang meruncing, hal ini mengganggu proses kebajikan kepada rakyat. Jadi, tidak adillah mengatakan 1Malaysia hanyalah omongan kosong kerajaan. Sabar dan teruskan perjuangan. Wallaua'lam.
Entri ini adalah komen saya kepada artikel '1Malaysia Hanya Retorik' yang ditulis oleh sahalfikri di laman web iLuvislam. Salah dan silap harap dimaafi..
Jamalie_Jam@jamalrafaie89.blogspot.com
45700 Bukit Rotan
Bercinta Biar Realistik
Monday, December 07, 2009
Posted by Jamal Rafaie
Mek Wook bersama suaminya, Muhammad Noor
Cinta Itu Buta. Cinta Tak Kenal Usia, Tak Kenal Maka Tak Cinta..
Itulah yang dikatakan oleh ramai orang. Tidak lama dahulu, negara dihiasi dengan berita bahawa seorang nenek yang berumur 106 tahun berkahwin dengan seorang lelaki yang berusia 37 tahun.
Nenek yang berasal daripada Kuala Berang, Terengganu itu boleh dikira sebagai moyang atau nenek kepada lelaki tersebut. Siapa sangka, Allah s.w.t menjodohkan mereka berdua sebagai pasangan suami isteri.
Baca seterusnya>>
Syarak membenarkan mereka berkahwin (hukum sah). Maka perkahwinan mereka dikira realistik walaupun dianggap buang tebiat oleh sesetengah masyarakat. Walau bagaimanapun, kita sebagai muslim perlu percaya dengan jodoh yang Allah s.w.t telah tentukan kepada setiap hamba-Nya.
CINTA MEK WOOK DAN MUHAMMAD NOOR ADALAH REALISTIK!!
''All we want is to be married, happy and living together", kata Ian.
Pasangan Ian Young dan Fatine berkahwin di Britain. Sekarang Fatine terpaksa pulang ke Malaysia kerana tempoh passportnya hampir tamat. Tetapi kemungkinan besar kembalinya ke Malaysia akan mengundang masalah yang BESAR...
Fatine atau nama sebenarnya Mohammed Fazdil Bin Bahari, 36 tahun, dikatakan gentar untuk pulang ke Malaysia kerana berkahwin dengan 'suami'nya. Manakan tidak, Fatine adalah seorang jurusolek pondan dan berkahwin dengan seorang lelaki!! Perkahwinan pasangan gay yang tidak dihalalkan sama sekali dalam Islam.
Fatine juga dilaporkan tidak pernah melakukan pembedahan untuk membuang kemaluannya, maka dia masih seorang lelaki. Baca kisah Fatine di sini.
Kata Fatine, orang ramai tidak faham tentang cintanya dengan Ian dan mahu membina keluarga yang bahagia dengan 'suami'nya. Astaghfirullah.. Walaupun perasaan cinta telah ada, tetapi syariat tetap membataskan. Bukan soal masyarakat faham atau tidak..
CINTA FATINE DAN IAN YOUNG TIDAK REALISTIK!!

''Rasa Cinta Pasti Ada
Pada Makhluk Yang Bernyawa
Sejak Lama Sampai Kini
Tetap Suci Dan Abadi
Takkan Hilang Selamanya
Sampai Datang Akhir Masa''
(Hijjaz)
Pada Makhluk Yang Bernyawa
Sejak Lama Sampai Kini
Tetap Suci Dan Abadi
Takkan Hilang Selamanya
Sampai Datang Akhir Masa''
(Hijjaz)
Realistikkanlah cinta kita. Cinta yang abadi adalah untuk-Mu Ilahi..
Jamalie_Jam@jamalrafaie89.blogspot.com
45700 Bukit Rotan, Selangor
45700 Bukit Rotan, Selangor
Allah Berdialog Dengan Roh
Friday, December 04, 2009
Posted by Jamal Rafaie
Pada awal penciptaan manusia dahulu. Allah s.w.t telah berdialog dengan 1000 roh sebelum dihantar menjadi khalifah di bumi. Allah s.w.t menerangkan kepada roh-roh itu tentang tujuan, cabaran dan keseronokan hidup di dunia. Allah s.w.t juga menerangkan kepada roh tentang kehidupan di dunia hanyalah sementara dan akan dibangkitkan di akhirat nanti.
Dialog seterusnya>>
Antara dialog dan pertanyaan Allah s.w.t kepada roh ialah:
1) Kamu akan dihantar ke dunia. Di dunia itu mempunyai keseronokan, kemewahan, dan keindahan yang mempersonakan. Siapakah di antara kamu yang mahu mendapatkannya?
Seramai 900 daripada 1000 roh tertarik dengan tawaran itu.
2) Di dunia nanti, ada di antara kamu yang mengerjakan dosa dan kemusnahan. Dan akhirnya kamu akan dimasukkan ke dalam neraka Sa'ir.
Seramai 90 daripada 100 roh yang tinggal termasuk dalam golongan ini.
3) Di dunia nanti, ada di antara kamu yang akan mengerjakan amal ibadat dan menyembah-Ku, mereka berdoa setiap hari meminta syurga daripada-Ku, dan akhirnya aku masukkan mereka ke dalam syurga.
Sebanyak 9 daripada 10 roh yang tergolong dari golongan ahli syurga.
Seramai 1000 roh telah ditanya oleh Allah s.w.t. 900 daripadanya memilih untuk keseronokan dunia, 90 roh ke neraka dan 9 ke syurga. Sekarang hanya tinggal 1 roh sahaja lagi yang masih belum tergolong daripada mana-mana golongan tadi.
Lalu Allah s.w.t bertanya kepada roh yang 1 ini..
Mengapa kau tidak memilih mana-mana golongan yang Aku katakan tadi?
Aku adalah hamba-Mu.. Sesungguhnya solatku, amalku, hidupku, matiku, hanyalah untuk-Mu Ya Allah..
Golongan ini adalah golongan para nabi dan rasul..
GOLONGAN YANG SEDIKIT
Ternyatalah, manusia yang termasuk dalam golongan yang mendapat petunjuk dari Allah s.w.t adalah amat sedikit. Dinisbahkan daripada 1000 manusia, hanya 10 sahaja yang mendapat redha Allah s.w.t.
Diceritakan pada saat Islam sudah menjadi agama majoriti di tanah Arab, seorang pemuda berdoa dengan penuh khusyuk kepada Allah s.w.t .Kebetulan ketika itu sahabat Rasulullah s.a.w, Saidina Umar r.a mendengar doa pemuda tersebut yang berbunyi "Ya Allah, Jadikanlah aku termasuk golongan orang yang sedikit"...
Umar terkejut dengan bunyi doa tersebut dan bertanya "Kenapa kau berdoa untuk dimasukkan ke dalam golongan yang sedikit ? Bukankah golongan yang majoriti atau banyak itu biasanya mempunyai kedudukan yang lebih tinggi ?"
Pemuda tersebut lalu menjawab dengan potongan ayat Surat Saba ayat 13 :
"...Wa qaliilum min 'ibaadiyasy syakuur"
(...Dan sedikit di antara hamba-hambaKu yang bersyukur)
PESONA DUNIA
Semua roh telah berjanji dengan Allah s.w.t di dalam rahim ibu dengan mengakui Allah s.w.t adalah tuhan yang satu dan akan menyembah-Nya apabila dilahirkan ke dunia. Tetapi akibat pesona dunia kita semua terlupa dengan janji kita dahulu.
Manusia tidak akan puas.
Mencari dan terus mencari kemewahan dunia yang akhirnya akan ditinggalkan begitu sahaja.
BERDOA DITEMPATKAN DI GOLONGAN SEDIKIT
Manusia perlu berdoa lagi dan lagi kepada Allah s.w.t agar ditempatkan di kalangan orang2 yang mendapat petunjuk dari Allah s.w.t. Sekurang-kurangnya kita telah bermohon kepada Allah s.w.t agar diberi petunjuk sebanyak 17 kali sehari semalam secara tidak kita sedari.
"Tunjukkan Daku Jalan Yang Lurus"
"Jalan Orang-Orang Yang Kau Beri Nikmat"
InsyaAllah kita semua tergolong dari kalangan orang2 yang mendapat petunjuk dan redha-Nya.. AMEEN.."Jalan Orang-Orang Yang Kau Beri Nikmat"
P/S : Cerita tentang dialog ini saya dengar dari khutbah jumaat di masjid. Jika ada salah dan silap boleh memberi teguran ye.. Saya hanya ingin berkongsi dan sampaikan kepada orang lain. Wallahu'alam..
7 Orang Menunggang Qurbannya
Wednesday, December 02, 2009
Posted by Jamal Rafaie
"Tiada satu amalan pun yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, lebih dicintai oleh Allah swt selain dari menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu nanti di hari kiamat akan datang beserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya, kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semuanya dengan pahala korban itu"
(Hadith riwayat Ibnu Majah)
(Hadith riwayat Ibnu Majah)
"Adoi.. Keciknya lembu ni.. Patah belakang lembu ni karang. 7 orang nak tunggang dia nanti", kata Bedu,seorang penternak lembu yang memantau penghantaran lembu2 korban di kampung saya.
Baca seterusnya>>
Dari Aishah r.ha, bahawa Nabi SAW bersabda, "Tiada amalan anak Adam pada hari raya haji yang lebih disukai Allah selain menumpahkan darah dengan menyembelih binatang korban kerana ia akan menjadi binatang tunggangan pada hari Kiamat"
Baca seterusnya>>
Petang itu (26/11), sebanyak 19 ekor lembu dihantar ke kampung saya sempena Majlis Qurban Perdana UMNO Bahagian Kuala Selangor. Kebanyakan lembu2 yang dihantar kecil2 saiznya dan tidak padan dengan harganya (RM2500++). Lembu korban seelok-eloknya gemuk dan sihat.
"Empat perkara yang tidak harus ada pada binatang korban: nyata butanya, sakit yang teruk, nyata tempangnya dan kurus kering"
(Sabda Nabi Muhammad s.a.w)
(Sabda Nabi Muhammad s.a.w)
Di samping sibuk kita berkorban haiwan, perlulah melihat kepada syarat2 dan sifat2 haiwan korban untuk memastikan korban kita diterima Allah s.w.t. Apa pun, ikhlas yang paling penting.
HARI RABU (25/11/09 @ 8 Zulhijjah 1431H)
Sebanyak 5 ekor lembu jenis Brahman telah dihantar oleh Jabatan Pertanian di kawasan penyembelihan di kampung saya. Peristiwa yang cukup mencabar diri apabila 3 ekor daripada 5 ekor lembu itu terlepas tanpa bertali.

Lembu ini juga telah menyondol seorang pekerja Indonesia yang kebetulan berada di situ dan telah memijak kepala seorang perempuan sehinggakan terpaksa dikejarkan ke hospital. MasyaAllah. 3 kali tali ikatan lembu terputus kerana lembu berkenaan tidak bertanduk (telah dipotong). Jenuh petugas menjaga lembu memasangnya kembali dan akibatnya kereta petugas tersebut kemek kerana ditendang oleh lembu itu.
HARI KHAMIS (26/11/09 @ 9 Zulhijjah 1431H)
HARI KHAMIS (26/11/09 @ 9 Zulhijjah 1431H)
Lembu itu dilaporkan menyerang orang yang lalu lalang di kawasan tempat lembu itu ditambat, tetapi tiada kemalangan yang berlaku. Kerja2 menjaga lembu itu diteruskan.
HARI JUMAAT (27/11/09 @ 10 Zulhijjah 1431H)
Hari Raya Aidil Adha.. Muslimin dan Muslimat menyambut hari raya. Tugas menjaga lembu 'garang' itu diteruskan.
HARI SABTU (28/11/09 @ 11 Zulhijjah 1431H)
HARI JUMAAT (27/11/09 @ 10 Zulhijjah 1431H)
Hari Raya Aidil Adha.. Muslimin dan Muslimat menyambut hari raya. Tugas menjaga lembu 'garang' itu diteruskan.
HARI SABTU (28/11/09 @ 11 Zulhijjah 1431H)
Pada pukul 12 p.m, seekor lembu Brahman telah dikorbankan untuk dibuat santapan pada keesokkan harinya bagi semua hadirin. Lembu yang paling besar telah ditumbangkan.
Sebanyak 19 ekor lembu lagi telah dihantar oleh pembekal. Seekor lembu telah terlepas dan seekor lagi jatuh dan terpatah tengkoknya, lalu disembelih di situ juga (daging free la). Pihak pembekal menggantikan semula 2 ekor lembu itu.
2 ekor lembu lagi dihantar pada sebelah malamnya dan menjadikan keseluruhan lembu korban bagi tahun ini ialah 26 ekor.

HARI AHAD (29/11/09 @ 12 Zulhijjah 1431H)
Hari kejadian iaitu Majlis Qurban Perdana UMNO Bahagian Kuala Selangor di mana bapak saya sendiri menjadi pengerusi pelaksana program ini. Majlis ini sungguh meriah dengan kehadiran 24 JKKP di seluruh Parlimen Kuala Selangor.
Sekitar Majlis Qurban Perdana..

KORBAN DAN IBADATNYA
Ibadat korban adalah satu ibadat yang memupuk sifat sabar, pemurah dan sanggup berkorban demi Allah s.w.t.
Hakikatnya, daging dan darah daripada lembu yang dikorbankan tidak sampai kepada Allah, tetapi yang sampai ialah ikhlas dan taqwa dari hamba-Nya. Sejauh mana penerimaan ibadat korban yang kita lakukan, hanyalah Allah s.w.t sahaja yang mengetahuinya.
Ibadat korban adalah satu ibadat yang memupuk sifat sabar, pemurah dan sanggup berkorban demi Allah s.w.t.
Hakikatnya, daging dan darah daripada lembu yang dikorbankan tidak sampai kepada Allah, tetapi yang sampai ialah ikhlas dan taqwa dari hamba-Nya. Sejauh mana penerimaan ibadat korban yang kita lakukan, hanyalah Allah s.w.t sahaja yang mengetahuinya.
Dari Aishah r.ha, bahawa Nabi SAW bersabda, "Tiada amalan anak Adam pada hari raya haji yang lebih disukai Allah selain menumpahkan darah dengan menyembelih binatang korban kerana ia akan menjadi binatang tunggangan pada hari Kiamat"
Haiwan yang dikorbankan akan menjadi tunggangan pada hari kiamat kepada si pengorban. Setiap haiwan korban boleh dibahagikan kepada 7 bahagian. Jika 7 orang untuk seekor, maka 7 orang menunggang korbannya.. Selamat Hari Raya Aidil Adha.. Semoga ibadat kita diterima Allah s.w.t.. Ameen.. Wallahua'lam..
Subscribe to:
Posts (Atom)
AZAM 2010?
Jika ditanya kepada saya tentang azam tahun baru. Emm.. Saya tak pernah berazam sempena tahun baru. Jangan hanya menunggu tahun baru sahaja untuk berazam, jika sudah ada impian, terus berazam.
Bagi saya, 'azam' sempena tahun baru ini hanyalah untuk pertubuhan, syarikat dan organisasi. Perancangan untuk program, bajet, perlu dibuat untuk memastikan keberkesanan perjalanan sesuatu organisasi itu untuk tahun yang akan datang.
Selalunya azam hanya tinggal azam.
Jika dikira, dua kali setiap tahun kebanyakan orang akan berazam. Tak kira tahun baru masihi ataupun hijrah. Hidup penuh dengan harapan dan impian. Harapan hanya tinggal harapan.
Walau bagaimanapun, tidak salah menyimpan impian, kerana impian itu adalah satu rancangan.
Azam perlu disertai dengan usaha. Usaha perlu disulami dengan doa. Doa pula perlu disudahi dengan tawakal. Apabila berjaya, palingkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. InsyaAllah berjaya..
Sempena tahun baru 2010 yang bakal menjelma, saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua. Semoga Malaysia mendapat rahmat dari-Nya, hidup kita aman sentosa..
Harapan Baru Buat Semua.
Wasalam.
Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
45700 Bukit Rotan, Selangor.