Kenangan di Pantai Beras Basah
Dari kiri : Kecek,Fitri,Roy,Jamal,Mamu,Marol,Abid

17/11/09- Saya bersama 6 rakan yang lain telah ke Langkawi untuk bercuti selepas berhempas pulas menduduki final exam semester ini. Kisah ini bukannya permulaan bagi keseluruhan pengembaraan kami. tetapi mungkin ada kisah yang dapat dikongsi bersama.

Baca seterusnya>>

'ISLAND HOPPING' BERMULA

Kami memulakan pengembaraan dengan menaiki bot di jeti Pantai Cenang. Harga bot sekitar RM350 kebiasaannya, tetapi kami mendapat murah la sedikit selepas ketua lawatan (marol) membodek pengusaha bot tersebut. Hehe..

Pengembaraan bermula di jeti Pantai Cenang

Pak cik bot tu memang sporting habis, siap buat drift lagi kat tengah2 laut tu. Caya la pak cik!! Sewaktu leka dibuai gelora laut yang bergelora, tiba2 pak cik bot tu berhenti di tengah2 laut. Terkejut kami, ingatkan nak suruh kami terjun dalam laut tu. Rupa2nya pak cik bot itu ingin bercerita. Kisah Dayang Bunting sambil menunjukkan ke arah sebuah pulau.. Pulau yang dinamakan Pulau Dayang Bunting..

PULAU DAYANG BUNTING DAN KISAHNYA

"Pulau Dayang Bunting adalah pulau kedua terbesar dalam gugusan Pulau Langkawi, dan merupakan destinasi pelancongan yang popular.

Pulau itu, yang terletak 20 kilometer dari pekan Kuah mendapat nama dari suatu legenda yang terkenal di sini.

Legenda Tasik Dayang Bunting dikatakan sebuah tempat pemandian kegemaran seorang puteri dari kayangan bernama Mambang Sari. Dia diberi julukan sebagai Tasik Dayang Bunting.

Menurut cerita, seorang putera raja, Mat Teja, jatuh cinta dengannya dan menipu puteri itu untuk mengahwininya. Mereka dikurniakan seorang anak, yang kemudiannya meninggal dunia setelah tujuh hari akibat penyakit misteri.

Disebabkan terlalu sedih, Mambang Sari meletakkan mayat anaknya ke dalam tasik itu dan kembali semula ke dunia kayangan.

Sehingga ke hari ini, ada yang masih percaya wanita yang sukar mendapat anak, jika mandi dalam tasik itu akan dikurniakan anak. Ada yang turut mengakui kebenaran hal ini."

(Sumber: www.tourism.gov.my)

Gambar Pulau Dayang Bunting..

Gambar di kedudukan biasa

Apabila dipusingkan gambarnya

Gambar itu sungguh menusuk di hati saya. Gambar seperti seorang perempuan mengandung yang sedang baring. Hebatnya Allah s.w.t menciptakan alam ini. Setiap ciptaan-Nya mengandungi makna yang tersembunyi dan ianya diciptakan supaya manusia berfikir tentang penciptaan dan kehebatan-Nya.

"Dan Kami telah menjadikan di bumi ini gunung-ganang yang kukuh agar ia tidak bergoncang bersama mereka, dan Kami jadikan (pula) di sana jalan2 yang luas, agar mereka mendapat petunjuk"
(Surah Al-Anbiya':31)

Manusia sering kali memberi tamsilan pada setiap perkara aneh yang berlaku di sekeliling mereka. Pulau ini ditamsilkan sebagai mayat seorang anak puteri kayangan bernama Mambang Sari. Ianya adalah cerita semata-mata, hakikatnya semuanya adalah ciptaan Allah s.w.t yang Maha Pencipta. Berkenaan mudah mendapat anak apabila mandi di tasik itu, serahkan kepada Allah yang Maha Memberi..

AKTIVITI MENARIK SEMASA 'ISLAND HOPPING'

1)Mandi di Tasik Dayang Bunting


2)Bermain bersama ikan keli (Tasik Dayang Bunting)


3)Melawat habitat burung Helang


4)Mandi di Pantai Beras Basah sambil membuat ikan duyung pasir

Ikan duyung pasir, karya marol dan kecek

Benar la kata orang, pengalaman tak boleh dijual beli. Walaupun sudah banyak kali saya mengunjungi Langkawi, tetapi setiap kali lawatan memberi pengalaman yang berbeza buat saya. Kembara ke Langkawi belum berakhir, selepas ini akan dikupas dari sudut yang berlainan dan di lokasi yang berbeza.. InsyaAllah.. Wasalam..