"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak diduga."
(Surah ath-Thalaaq (65) : ayat 2-3)

Harta di dunia akan ditinggalkan, tidak dibawa ke dalam kubur-(Gambar Hiasan)

Seorang saudagar bercerita tentang seorang pengawai kastam yang bertugas di sebuah pelabuhan di Arab Saudi tetapi meninggalkan kerjayanya itu. Sewaktu bekerja di pelabuhan, seluruh urusniaga perlulah berurusan melalui pegawai kastam itu. Suatu posisi yang boleh menyebabkan pegawai kastam ini menerima rasuah.

Si pegawai ini adalah seorang yang sangat baik dalam tugasnya. Beliau pantang menerima rasuah sepanjang perkhidmatannya sebagai pegawai kastam walaupun beliau tahu bahawa pegawai atasannya selalu mengambil rasuah.

Baca seterusnya ye>>

Tiba suatu hari, pegawai atasannya mengarahkan beliau untuk memudahkan prosedur kastam dan menerima 'hadiah' yang diberikan oleh pedagang. Para pedagang membuat aduan kepada pegawai atasannya yang mengatakan beliau menjalankan prosedur yang ketat. Kerana itulah arahan itu dikeluarkan kepadanya (sebenarnya pegawai atasan hendak menerima rasuah).

Apabila mendengar arahan itu diarahkan kepadanya, beliau terus menggigil ketakutan. Kemudian beliau keluar dari pejabat dan menangis kerana sedih, duka dan bimbang. Setelah itu, hari2 pun berlalu, maka datanglah para perasuah datang kepadanya.

Ada yang mengatakan "Ini adalah hadiah daripada syarikat kami". Ada juga yang mengatakan "Hadiah ini adalah penghargaan dari perusahaan kami di atas usaha kamu yang baik". Panas telinga beliau mendengarnya. Dengan semangat yang kuat untuk menjaga agama, maka beliau pun menolak tawaran itu.

Berita itu pun sampai kepada Pegawai atasannya, maka si pegawai kastam itu pun dipecat dari jawatannya itu atas alasan beliau tidak mesra pelanggan. Perasaan sedih menyelubungi beliau. Hilang mata pencarian menampung keluarga. Hanya kepada Allah, tuhan sekalian alam, tempat beliau berserah kerana hatinya masih bersih dan percaya dengan janji2 Allah..

ALLAH MAHA ADIL DAN PEMBERI REZEKI

Maka Allah s.w.t mengurniakan rezeki berupa sebuah kereta kecil kepada pegawai kastam itu. Beliau pun memulakan perniagaan kereta sewa dan mengangkut barang2 secara kecil-kecilan dan akhirnya dapat membeli kereta yang lain.

Kerana bekerja dengan jujur, ramai pelanggan yang mencari dan menggunakan perkhidmatan kereta beliau. Sehinggalah pada suatu hari, keretanya telah berlanggar dengan sebuah kereta dan pelanggaran itu bukan salahnya. Tanpa segan silu, beliau pun terus meminta maaf walaupun bukan salah dirinya.

Dengan rancangan dari Allah, pemandu yang melanggar keretanya tadi adalah seorang hartawan. Hartawan itu sungguh terharu dengan sikap murni yang ditunjukkan oleh 'si pegawai kastam' itu tadi. Tanda berterima kasih dan memohon maaf, si hartawan itupun menawarkan kepada 'si pegawai kastam' itu bekerja dengannya. Maka bekerjalah beliau dengan hartawan itu dengan upah yang berlipat kali ganda daripada upah sewaktu bekerja di pelabuhan dahulu..

HABISS..

P/S : Berapa ramaikah di antara kita yang telah mengambil rasuah? Dan berapa ramaikah di antara kita yang seperti 'si pegawai kastam' itu tadi? Rasuah menyebabkan sistem pentadbiran kita hancur. Yang besar akan terus berkuasa, yang kecil akan terus diabaikan.. Sama2 kita renungkannya..

Saya anti-rasuah?

"Carilah rezeki di muka bumi Allah s.w.t ini. Tapi jangan terima rasuah, buruk padahnya"