Mc Donalds, Loreal, Nestle, Dan Coca Cola

[Sumber : Malaysia Comment]

"Ingat!! Ada 4 jenama besar yang kita perlu boikot kalau kita sayangkan saudara-saudara kita di Palestin!!", ucap penceramah dengan semangatnya.

"Mc Donalds, Loreal, Nestle, dan Coca-Cola. Empat syarikat ini wajib kita boikot!!", sambung penceramah lagi.

Suasana di Majlis Himpunan Ummah Selamatkan GAZA tempoh hari sangat mencuri perhatian saya. Penceramah yang mampu menaikkan semangat yang mendengarnya, gambar dan video terbaru dari Palestin, dan kisah pengembaraan Viva Palestin di Mesir. Mudah-mudahan ianya memberi impak yang positif kepada saya dan para hadirin yang lain. Impak yang memberi sebab mengapa kita perlu melumpuhkan ekonomi Israel.

Janji Pula Perlu Dikota


1725. Itulah lebihan undi yang diperolehi oleh Barisan Nasional (BN) untuk mengalahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor. Keputusan ini telah pun diumumkan oleh Pegawai Pilihanraya yang bertugas. Pendek kata, parti yang kalah jangan merajuk dan yang menang jangan pula terlalu gembira.

Lagu Bukan Sekadar Lagu


"Lagu nasyid sekarang aku dengar dah macam lagu rock pun ada", ngomel seorang rakan.

"Eh! Lagu nasyid ke ni? Stailo tu.. Siap buat rap lagi. Ni yang aku suka ni", berkata pula rakan yang lain.

"Aku rindukan lagu nasyid yang dulu-dulu. Lagunya halus mendidik jiwa", keluh seorang peminat.

Langkah Tercipta Versi GAZA - UNIQUE


Lagu ini dinyanyikan khas oleh kumpulan UNIQUE sewaktu Majlis Himpunan Ummah Selamatkan GAZA atau (HIMMAH 2) di Dewan Millenium Kepala Batas, Pulau Pinang pada 17 April 2010 yang lalu. Tajuk lagu ini masih sama dengan lagu asalnya iaitu Langkah Tercipta, tetapi bait liriknya didedikasikan khas untuk saudara-saudara kita di Palestin.

Bersama-sama kita menghayati bait-bait lirik yang ditulis khas bagi memberi langkah kepada saudara di Palestin untuk mencipta kejayaan Islam di sana. Insya-Allah.. Terimalah.. Langkah Tercipta..

Himpunan Ummah Selamatkan GAZA (HIMMAH)



"Semua orang akan mati, mengapa takut dengan kematian. Jika saya diberikan pilihan samada untuk mati dibedil oleh helikopter Apache (milik tentera Zionis) ataupun akibat serangan jantung, saya memilih (untuk dibedil) oleh Apache"

Pada hari Sabtu, 17 April 2004, sebuah helikopter Apache milik Israel membuat serangan roket dengan membedil sebuah kereta di Jalan Al-Jallaa, di wilayah Gaza. Bedilan itu mengorbankan pejuang HAMAS yang bernama Dr. Abdul Aziz al-Rantisi yang merupakan Presiden HAMAS yang kedua.

What Is Your Name Sir?


Si Pengacara Majlis serba salah, mahu disebut atau tidak nama Si Penceramah jemputan dari Negara Arab itu. Bila disebut takut-takut mengguris hati si penceramah. Lalu si Pengacara Majlis terus bertanya kepada si penceramah untuk mendapatkan kepastian.

"This is your name Sir? How to speak your name?", tanya Si Pengacara Majlis.

Karyaku Di iLuvislam.com (Siapa Lebih Hebat?)


"Alhamdulillah.. Sebuah artikel/karya/bahan yang dihantar oleh anda telah diterbitkan di ruangan artikel iLuvislam.com pada 25 Mac 2010 yang baru berlalu"- Rosniza Abdullah (editor artikel).

Tidak disangka-sangka artikel berbentuk cerita yang saya tulis itu diluluskan oleh pihak iLuvislam.com. Itulah penulisan pertama saya sebelum mendaftarkan blog ini. Berbekalkan cerita yang saya dengar sewaktu zaman kanak-kanak dahulu, saya mencuba-cuba untuk menulisnya kembali dan berhasrat untuk diterbitkan di ruangan artikel iLuvislam.com. Alhamdulillah, akhirnya karya itu diterbitkan.

Kau Pergi Jua (Khas Buat Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim)

(Sumber : Youtube)

Tanggal 13 Ogos 2009, perginya seorang insan yang digelar pahlawan dalam industri nasyid di Malaysia khususnya. Pemergian yang mengejutkan ini sangat menyentuh perasaan kepada sesiapa sahaja yang mengenali beliau. Di waktu itu, kita kehilangan seorang pahlawan yang sangat komited dalam usaha dakwah melalui irama nasyid di Malaysia.

Dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 yang lalu. Saudara Nazrey Johani, Munif Hijjaz dan Rabbani telah menyanyikan lagu yang liriknya ditulis khas buat Allahyarham. Terimalah "Kau Pergi Jua".. Semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh. Al-Fatihah..

Apa Itu Trademark, Pattern Dan Copyright?

Sumber : Legal India

Tidak berapa lama dahulu, syarikat McDonald's telah menyaman pemilik restoran McCurry kerana mengatakan perkataan 'Mc' adalah hak milik Mc Donald's Corporation. Dan pada 9 September 2009, mahkamah memutuskan bahawa McCurry dibenarkan untuk terus menggunakan perkataan 'Mc' pada nama restoran mereka.

Sekitar tahun 1990-an, Meor Ahmad Fuad (Arwah Din Beramboi) mendakwa kartunis Ujang telah menciplak watak ciptaannya iaitu Din Beramboi atau nama sebenar watak itu Din Beramboi Alai Berjanggut. Kes ini dibawa ke mahkamah dan akhirnya kartunis Ujang menarik diri dari kes ini. Maka Meor Ahmad Fuad mendapat hak di atas nama Din Beramboi itu.

Makanan Berasap Dari Dapur


Sebelum berjuang di medan peperiksaan akhir, hujung minggu saya dan rakan-rakan pasti dipenuhi dengan aktiviti yang menarik iaitu pengembaraan makan beramai-ramai. Pada siri 'Jom Makan-Makan' yang lepas, kami ke tempat makan di dalam ladang (klik sini), kali ini pula kami ke lokasi yang tidak kurang jauhnya daripada kampus. Hanya di tepi jalan raya.

Jam 5.30 petang kami bertolak ke Teluk Air Tawar melalui jalan Lebuh Raya Pantai Bersih, Butterworth. Lokasi kali ini adalah Aidy's Western Food yang terkenal dengan masakan ala Baratnya. Jom pekena Chicken Chop atau Beef Steak. Jom kita makan!

Dari Sebatang Mild Steel (Fitting Tools Competition)


"Kalau U nak jual kat pasaran, berapa yang U mahu jual?", tanya Mr. Lim sewaktu singgah ke booth kumpulan saya untuk menilai projek Hammer Driver kami.

Soalan cepumas menyinggah tanpa disangka-sangka. Berapakah harga produk kami itu jika dipasarkan? Soalan sebegini tidak pernah saya fikirkan dalam benak fikiran saya. Saya dan rakan-rakan yang lain hanya menerima sebatang rod Mild Steel dan kami diarahkan untuk menyiapkan projek kami sendiri. Soal mahu jual atau tidak, bukan terletak dalam perancangan kami, dan memang tidak akan dijual!

Nak Makan Pun Ada Syarat?


"Kira kak..Emm.. Dengan air Oren Sunquick sekali yer", saya meminta kakak cashier mengira harga makanan yang saya ambil.

"Sebelum order air, kakak nak tanya, nak makan kat meja mana?", dia bertanya kembali kepada saya. Harga makanan masih belum dikira lagi, meja mana pula yang ditanya. Pelik. Saya pun melilau mencari meja mana yang berkenan di hati. Hah! Tu dia mejanya, saya tunjukkan kepada kakak tadi lokasi meja 'idaman' saya.

Kanak-Kanak Pun Dilamun Cinta?


"Ku Ukir Namamu, Di Awan Gunung Jerai.. Disaksikan Laut, Daun Nyiur Melambai.. Jauh Pandangan Permai, Di Situ Tanjung Dawai, Terkenang Peristiwa, Cinta Kita Terurai.. Oh! Indahnya.. Peristiwa.. Cinta Kita Di Pantai Merdeka.." -lagu Cinta Pantai Merdeka-

"Sapa pulak yang pasang lagu petang-petang macam ni? Jiwang betul", saya bermonolog di dalam hati seraya mata mencari siapakah gerangannya yang memasang lagu ini.

Apabila Pensyarah Sudah Berkata



"Overall.. Test hari tu semua ok. Tapi saya tahu ada yang menipu saya!", kata pensyarah kepada para pelajarnya.

"Attendent sign, kuiz buat, test dapat bagus. Tapi saya tahu dia tak datang kelas. Mintak tolong dengan kawannya sign kan attendent, buatkan kuiz. Saya dapat cam tulisan ye, jangan kata saya tak tahu!", pensyarah berkata lagi.

Rabbani Menang Lagi! Sudah Popularkah Nasyid Kita?


Alhamdulillah.. Rabbani masih tetap unggul sehingga kini. Saya rasa setiap tahun kumpulan nasyid ini menggondol anugerah 'Penyanyi Nasyid Paling Popular' di Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Memang setiap tahun, tapi dari tahun bila ya? Lalu dengan khidmat encik Google, saya berjaya menemuinya.

Rabbani adalah Artis Nasyid Paling Popular dari tahun 2001 sehinggalah sekarang (2010) !

Malam Bisikan Cinta


Alhamdulillah.. Selesai sudah konsert yang telah lama dirancang itu. Saya bersama rakan-rakan ke USM (Kampus Kejuruteraan) menyaksikan konsert Malam Bisikan Cinta yang dijayakan oleh kumpulan Inteam. Konsert ni asalnya diadakan pada 12 Mac 2010, dan di atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, maka konsert ini ditunda pada 2 April 2010.

Bagi saya, konsert ini sama sahaja dengan konsert-konsert yang lain. Tetapi ianya memberi kesan dan pengajaran kepada saya. Kenapa ya? Kerana kisah-kisah yang ada di sebaliknya..

Hari Ini Hari Apa?


"Kamu boleh meninggalkan kota Granada ini jika kamu semua mahu menyelamatkan diri. Esok, berlayarlah dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan sana. Bawa sekali barang-barang kamu jika mahu selamat", kata seorang tentera Kristian kepada penduduk Muslim di Granada, Sepanyol.

"Kami tidak mempercayai kamu!", jerit seorang penduduk Muslim.

"Jika kamu tidak percaya, pergilah ke pelabuhan. Banyak kapal-kapal yang berlabuh di sana. Kamu boleh meninggalkan kota ini esok pagi untuk menyelamatkan diri", jawab tentera Kristian itu.

Related Posts with Thumbnails

My blog has moved!

Blog Ini Akan Dipindahkan Ke Blog Baru Dalam Masa 5 Saat. Lawati
http://jamalrafaie.com