Ada Gerakan Desak Fitri UNIC Masuk UNIQUE Semula?

SUMBER : Facebook

"Fitri dah keluar UNIC ke?", satu persoalan timbul.

"Kenapa dia keluar?", tanya seorang lagi.

Satu demi satu persoalan timbul berkenaan ahli lama UNIC ini. Hanya suatu yang biasa terjadi kepada manusia. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, kita ini tidak kekal selamanya, begitu juga kepada sesebuah kumpulan nasyid. Tetapi ianya menjadi satu persoalan yang besar untuk dirungkai oleh peminat. Kenapa beliau keluar?

CGPA Bukan Hanya Di Atas Kertas

"Buat apa nak join program-program ni.. Buang masa jer.. Kita ni student ok? Bukan kerja kita nak berprogram ni. Kita duduk dalam rumah, baca buku cukuplah!", kata seorang sahabat.

Assignment, Test, Kuiz, Presentation, Tutorial dan Kuliah.

Perkara biasa untuk seorang pelajar universiti. Kerja hakikinya adalah belajar, skor dalam peperiksaan dan membawa pulang segulung ijazah ke rumah. Bagi seorang pelajar, menerima segulung ijazah pada hari konvokesyen adalah kemuncak kejayaan. Benar.. Saya bersetuju dengan idealogi ini, mungkin juga anda.

Asal Usul Raihan, Hijjaz Dan Rabbani


Pada suatu petang di era 80 an, sekumpulan anak-anak muda di Kampung Sungai Penchala berkumpul di dalam sebuah gelung (saluran air). Mereka berkumpul bukannya untuk bergosip dan melepak membuang masa. Tetapi misi mereka ketika itu sangat bermakna dan menjadi pencetus kepada satu perjuangan yang kekal sehingga kini.

Mereka merakam album yang pertama di sebuah gelung saliran air! Suatu yang amat menyedihkan, ketika itu mereka hanya bernasyid dengan satu nada sahaja disebabkan ketiadaan kemudahan alat muzik dan studio rakaman. Sebelum itu, mereka hanya membuat persembahan di majlis-majlis ceramah dan ramai yang tidak menyedari kehadiran mereka.

Menjamu Selera Di Tepi Ladang


"Air Kosong.. Nasi Bujang.. Emm.. Sup Kosong sekali yer!"

Itulah ayat pesanan biasa yang saya dan rakan-rakan gunakan semasa memesan makanan di kedai makan. Suatu kebiasaan kepada student untuk memesan yang 'ekonomi' sahaja. Maklumlah nak save bajet la katakan.

Itu jika di kedai atau restoran biasa. Tapi lain pula kali ini, kami ke sebuah tempat terpencil yang terletak di Kg. Pelet, Bukit Mertajam. Sebuah restoran yang dibina khas oleh pengusaha ternakan kambing, arnab, ayam dan lain-lain haiwan ternakan, dan restoran ini diberi nama Puncak Mutiara Cafe. Jom kita TERJAH!!

Siapa Kamu?


Rasulullah s.a.w pernah bercerita mengenai seorang lelaki yang telah meninggal dunia. Apabila dia dimasukkan ke dalam kuburnya, dia berasa amat terkejut kerana kuburnya terang benderang dan terdapat satu makhluk di dalam kuburnya.

Tanya lelaki itu : Siapa kamu?

Aku Sebuah Kamera


"Aku dilahirkan di sebuah kilang elektronik yang terletak di negara China. Setelah aku siap dipasang, lalu aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak dan dihantar ke suatu tempat menaiki pesawat. Aku menunggu sahaja dengan sabar sementara menunggu pesawat yang membawaku tiba di destinasi yang hendak dituju.

Masa yang ku tunggu telah pun tiba. Pesawat yang membawaku terbang tinggi telah selamat mendarat. Aku disambut oleh seorang peniaga dan aku bersama rakan-rakanku yang lain dibawa ke kedainya. Aku masih tidak tahu lagi dimanakah aku akan dibawa. Tapi aku dapat perhatikan terdapat banyak feri di kawasan itu dan kedai peniaga itu terletak di sebuah jeti..

Ya.. Aku tahu sekarang aku dimana, aku di sebuah pulau yang diberi nama Pulau Langkawi.

Banyak Berdebat Kurang Berjabat


Selepas mengumumkan kabinet barunya sebaik sahaja dipilh semula menjadi ketua negara, Bapak Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono berkata, "Kecintaan saya kepada parti berakhir apabila kesetiaan saya kepada negara bermula". Pernahkah kata-kata ini keluar daripada mulut wakil-wakil rakyat kita di Malaysia?

Kerisauan kepada suasana politik di Malaysia sangat merimaskan. Terutamanya selepas Pilihanraya Umum 12 yang lalu. Kecoh! Satu kesimpulan awal yang boleh dibuat. Saya bukannya seorang penganalisis politik, tetapi sebagai rakyat Malaysia dan mahasiswa, rasanya saya juga berhak untuk menyuarakan pendapat. Pendapat dari insan yang kerdil dan kurang pengalaman ini.

Nasyid Dahulu Dan Sekarang


Irama nasyid asalnya daripada alunan irama padang pasir di negara Arab. Selepas kedatangan Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW, bait-bait syair yang menceritakan tentang keindahan alam,memuji wanita, berhala dan pemimpin, telah bertukar arah kepada bait-bait syair yang memuji, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah Subhanahu Wataa'la dan Rasul-Nya.

Islam telah tersebar ke seluruh alam dengan berkat usaha para sahabat Nabi SAW. Dengan tersebarnya agama suci ini, secara tidak langsung irama padang pasir yang memuji Allah SWT, Rasulullah SAW, dan keindahan Islam turut dibawa bersama ke seluruh alam.

Dedikasi Khas Malam Aspirasi Islam 3 (Untukmu Palestin)


Alhamdulillah.. Konsert Malam Aspirasi Islam 3 (Untukmu Palestin) selamat berlangsung pada malam semalam (19 Mac 2010). Kepuasan berprogram kelihatan di wajah kepenatan para urusetia Malam Aspirasi Islam 3 ini, selepas hampir 2 minggu bertungkus-lumus menguruskan tugasan yang telah diberi. Tahniah!!

Entri ini saya tujukan khas bagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan dan pihak yang terlibat dalam pembikinan program ini. Siapakah pihak yang terlibat dalam program ini? Mereka adalah....

Kesibukan Melanda Diri


Apabila seruan program telah menjelma, maka episod kesibukan diri pun bermula. Minggu ini minggu yang sangat sibuk bagi saya. Tapi ada masa pulak nak berblogging ni ye? Kejap je, sambil nak tidur ni boleh la meluangkan sedikit masa untuk tulis sesuatu dalam blog yang tercinta ni.

Banyak perkara yang telah diselesaikan, sekarang cuma proses promosi yang perlu dipergiatkan. Maklumlah banner lambat siap dek masalah teknikal yang sangat membingungkan.. Alhamdulillah.. Poster, Flyers dan Banner telah dipasang dan digantung tadi. Insya-Allah.. Konsert Malam Aspirasi Islam 3 ini adalah yang terakhir bagi team saya di UiTM Pulau Pinang ni, jadi ianya satu program yang akan menjadi nostalgia bagi kami dan perlulah dibuat sehabis baik.  Ya Allah.. Mudahkan perjalanan program kami ini Ya Allah..

Jemputan Konsert Malam Aspirasi Islam 3 (Untukmu Palestin)


Insya-Allah.. Persatuan Kesenian Islam UiTM Pulau Pinang akan menganjurkan satu program berbentuk hiburan mendidik jiwa iaitu Konsert Malam Aspirasi Islam 3 (Untukmu Palestin). Design banner ini baru sahaja siap dan ianya menyebabkan proses publisiti agak terganggu sedikit. Tapi tak mengapa, masih sempat lagi untuk saya promote. Butiran konsert adalah seperti berikut :

  •  TARIKH  : 19 Mac 2010 (Jumaat)
  •  MASA     : 8.30 Malam
  •  TEMPAT : Laman Perdana UiTM Pulau Pinang
Design Banner ini dibuat khas untuk dipamerkan di kampus, tetapi sebenarnya konsert ini terbuka untuk semua tak kira warga UiTM atau tidak. Oleh itu semua dijemput hadir untuk memeriahkan konsert ini, disamping itu dapatlah kita menderma untuk saudara-saudara kita yang ditindas di Palestin sana, Insya-Allah.. Saya bersama rakan-rakan yang lain akan bertungkus-lumus untuk menjayakan program ini.

UNIC Kini UNIQUE


"UNIQUE tu sape ye? Tak pernah dengar pun", tanya seorang rakan.

"Haha.. Kumpulan baru tapi lama.", saya menjawab ringkas.

"Ha? Baru tapi lama? Adoi.. Tak faham la", beliau pening memikirkannya.

"UNIC la.. Dah tukar nama jadi UNIQUE", saya menjawab dan memberi kesimpulan ke atas persoalan yang melanda dirinya. Beliau terus bertanya lagi "Kenapa tukar nama?"..

Mengapa Kau Menangis Ya Rasulullah?


Suasana sepi menyelubungi Madinah ketika itu. Nabi Muhammad Sollallahu A'laihi Wasalam dan para sahabat dilintasi sekumpulan Yahudi yang sedang mengusung seorang mayat dari bangsa mereka. Apabila melihat mayat itu diusung, air mata Nabi SAW mengalir membasahi pipi. Para sahabat berasa hairan tatkala melihat Nabi SAW mengalirkan air mata.

Kelihatan sedih melihat mayat Yahudi itu diusung.

"Wahai Rasullullah... Bukankah mayat yang diusung itu adalah seorang Yahudi? Dia bukan seorang Muslim Ya Rasulullah.. Mengapa kau menangis?", tanya seorang sahabat kepada baginda.

Datang Berharap Pulang Berjaya

Teringat lagi, sekitar bulan Januari 2005, saya dan menghantarnya ke sebuah sekolah sains yang terletak di Ulu Yam, Selangor. Sekolah itu bernama Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor yang popular dipanggil SEMASHUR.

Selepas seminggu saya menghantarnya, saya pula mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh yang terletak jauh dari masyarakat pekan, iaitu Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam (Inter Saber). Tidak lama saya disana, hanya sekitar 2 tahun sahaja, tetapi dua tahun yang sangat bermakna bagi saya. Di sanalah saya belajar erti kehidupan di pertengahan umur remaja sebelum melangkah ke alam dewasa.

Bak kata orang "Datang Dengan Harapan, Pulang Dengan Kejayaan"

Aku Terlupa Lagi


"Ya Allah!! Mana pulak ni?" saya menyeluk poket. Kunci motor tiada.

Kelas sudah hampir sejam berlalu baru saya sedar kunci tertinggal di motor. Tergantung begitu sahaja. Tanpa berfikir banyak kali, ku gagahkan kaki ini bergegas ke parking motor.

Tiada Lagi Kasihnya

 
Lihatlah gambar bayi di atas. Comel tak? Apa yang ada di sebalik senyuman mereka itu? Kasih sayang, belaian dari seorang ibu dan bapa, itulah di sebalik senyuman itu. Siapalah mereka tanpa ibu dan bapa. Jika tiada kasih dan sayang, pastinya mereka tidak dapat senyum seperti ini.

Allah memberi satu nikmat yang istimewa bagi manusia iaitu akal. Apa yang pernah saya dengar daripada ustazah saya, katanya darjat manusia terletak di tengah-tengah antara malaikat dan haiwan. Jika manusia dapat menggunakan akal fikirannya ke arah yang betul, darjatnya akan lebih tinggi dari malaikat. Tetapi, jika manusia menggunakan akalnya ke arah yang tak sepatutnya, mereka ini lebih teruk daripada BINATANG!!

Jangan Diberi Ke Pengemis Itu !!


"Tolong saya encik, saya dah 2 hari tak makan..Saya orang susah encik.." rayu si pengemis di tepi jalan.

Seorang demi seorang yang simpati melihat keadaannya menghulurkan bantuan berupa wang, dan dimasukkan ke dalam mangkuk si pengemis itu.

Masa terus berlalu, apabila petang bertandang, Si Pengemis itupun pulang ke rumahnya. Kebetulan ketika itu, seorang pemuda yang memberi sedekah kepada pengemis itu tadi, ingin melawat rumah rakannya. Betapa terkejutnya pemuda itu apabila mendapati rumah Si Pengemis itu (bersebelahan rumah rakannya) lebih besar dari rumah rakannya sendiri.

Anda Akan Didakwah!!



"Jom pergi dengar ceramah",  ajak seorang rakan kepada rakannya yang lain.

"Tak nak lah.. Setakat dengar ceramah je nak wat pe. Nak sembahyang? Sembahyang kat rumah pun boleh kan?" jawab rakannya tadi.

Sedih.

Sedih mendengarkan alasan itu. Itulah hebatnya Allah Subhanahu Wataa'la, hanya Dia-lah sahaja yang mampu untuk mengerakkan hati manusia seperti saya dan anda untuk menuju redha-Nya. TETAPI! Hidayah dari Allah SWT bukannya alasan untuk tidak mencari keimanan kepada-Nya.

Mirwana : Bumi Akhir Usia


Setelah 5 tahun menyepi tanpa sebarang album, kumpulan yang pernah dianggotai oleh Faizal Tahir ini telah melancarkan album terbaru mereka. Mempersembahkan album terbaru kumpulan nasyid MIRWANA - BUMI AKHIR USIA!

Saya membuat pesanan album ini di Inteam Mobile bulan lalu. Alhamdulillah, album itu selamat sampai dan saya terus mendengarnya. YA! FANTASTIC!! Lagu-lagu kumpulan Mirwana jarang mengecewakan, mereka gemar melakukan eksperimen terhadap lagu-lagu mereka dengan membawa genre muzik yang baru (ala-ala R&B), dan yang mencuri tumpuan ialah album ini juga menampilkan artis-artis lain seperti HUJAN, EDRY DEMANCUS, DJ ERWAN dan Shazee sebagai penyanyi jemputan dalam lagu-lagu mereka.

BACA SETERUSNYA>>


LAGU-LAGU ALBUM BUMI AKHIR USIA


1) Muhammad SAW
2) Andaiku Pergi
3) Tika Masanya feat. Hujan
4) Fana Pesona
5) Bukti Cinta feat. Edry Demascus
6) Kembali Padamu
7) Anugerah Istimewa
8) Jauh
9) Bumi Akhir Usia feat. Dj Erwan & Shazee
10) Cahaya Kekasih





Album ini juga disertakan dengan Bonus Tracks yang melibatkan lagu 'Andaiku Pergi' (Original & Instrumental) dan Jauh (Original Version).

Lagu-lagu yang hits bagi saya sendiri ialah Bumi Akhir Usia, Andaiku Pergi dan Tika Masanya. Lagu mereka memang unik dan lain-lain dari lain. Genre lebih kepada R&B sesuai kepada mereka yang gemar dengan genre tersebut. Alternatif sudah tersedia, kepada yang minat dengan lagu-lagu genre ni, pastikan lagu ini menjadi pilihan anda.

SEKITAR ALBUM

Bukan sahaja lagu-lagunya yang fantastik, kulit albumnya juga bagi saya antara yang terbaik yang pernah saya jumpa. Dengan memiliki album 'Limited Edition', harganya sangat sesuai dengan apa yang mereka hasilkan. Jom layan..

Bentuk sebenar album (Limited Edition)


Promo Wallpaper mereka


Gambar Album mereka


Wallpaper untuk lagu Muhammad SAW


Lagi..


Dan Lagiii...

Bagi sesiapa yang ingin melanggan lagu-lagu ini, bolehlah lihat gambar promo di bawah ye. Tapi untuk pengguna Maxis, Digi dan U-Mobile sahaja.


Kat Youtube pun dah ada video-video diorang. Untuk mendengar lagu-lagu mereka secara santai, bolehlah tengok kat bawah ni..

Tika Masanya feat. Hujan




Andaiku Pergi





Jauh (ala-ala lagu indon pun ada)





Jadi.. Dapatkanlah album Mirwana - Bumi Akhir Usia ini dengan harga RM 29.90 sahaja. Album agak sukar nak dapat kat kedai-kedai CD, kalau ada pun kat kedai CD yang besar-besar. Bagi memudahkan anda, kalau berminat nak beli bolehlah klik (di sini).

Tahniah Mirwana kerana memberikan buah tangan yang baik. Teruskan berkarya dan naikkan martabat industri Nasyid tanah air ini. Dan yang paling penting ialah dakwah kerana Allah Subhanahu Wataa'ala.. Bagi yang mahu mendapatkan info tentang album ini, bolehlah terus ke laman web Mirwana (di sini).

"Towards Islamic Arts Priority"

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
13600 Perai, Pulau Pinang.

Uncle SAM Di Hollywood


Apa kaitannya SAMIRAH dengan Hollywood?

Umum sudah tahu, Amerika Syarikat digelarkan dengan jolokan negara Uncle SAM. Bukankah nama SAM itu berasal daripada nama anak Nabi Nuh a.s. yang bernama Sam bin Nuh? Asal nama sebuah negeri kelahiran Dajjal Al-Masih iaitu Samirah.

Sebenarnya, ramai yang telah menyedari atau buat-buat tak sedar hakikat Dajjal telah pun menguasai dunia perfileman Hollywood. Cuba kita perhatikan, kebanyakkan filem yang dihasilkan oleh negara barat itu banyak berkisah tentang alam mistik, kemusnahan dunia, dan peperangan.

BACA SETERUSNYA>>


Kita terpegun dengan kecanggihan dunia perfileman mereka yang banyak menggunakan teknologi digital bagi memberi kesan impak yang besar kepada sesebuah filem. Sehinggakan apabila sesebuah filem barat ditayangkan, tiket tayangannya habis terjual.

Saya bukannya mahu memboikot filem mereka, saya juga menyaksikan filem-filem itu, tetapi saya sekadar mahu berkongsi dan merenung mesej yang hendak mereka sampaikan di dalam filem-filem mereka. Tengok boleh, JANGAN PERCAYA!!

THE LORD OF THE RINGS


Anda pernah menonton filem ini? Emm.. Rasanya apabila ditanya kepada rakan-rakan, hampir semuanya pernah menonton filem ini termasuk la saya. Bagi saya, filem ini sangat menarik dengan jalan ceritanya yang kompleks dan kualiti gambarnya yang mantap. Mungkin kerana itulah filem ini mendapat tempat antara filem terbaik di dunia.

Tetapi, apakah kaitannya filem ini dengan DAJJAL? Jika anda masih ingat lagi, siapakah nama teman Hobbit kepada Frodo semasa pengembaraannya? Pada yang tidak ingat, SAM namanya, teman sebangsa Hobbit dengan Frodo. Mengapakah nama Sam dipilih dalam filem ini? Tidak ada nama lain ke yang boleh dipilih oleh penulis novel filem ini iaitu J.R.R Tolkien? Pastinya ada konspirasi Dajjal dalam filem ini. Emm..


Siapa pula ahli sihir di atas ini? YA! Gandalf The Grey dan akhirnya bertukar kepada Gandalf The White di akhir filem ini. Apa kaitannya Gandalf dengan Dajjal? Dajjal digambarkan pernah berunah rupa sebagai seorang ahli sihir, berjubah, tinggi dan bertongkat, beliau juga mengembara ke suatu tempat ke suatu tempat yang lain. Mirip-mirip Gandalf yang berkelana ke merata tempat dan boleh berinteraksi dengan mana-mana makhluk di alam mana sekalipun sama ada di alam Hobbit dan di alam Elf (bangsa dalam filem ini).

Gandalf juga selalu berinteraksi dengan makhluk seperti jin yang dipanggil Gollum. Mirip kisah Dajjal yang masuk ke alam jin untuk memanjangkan usianya. Apabila sampai di suatu kawasan atau zaman, Dajjal akan berpesan dengan manusia di waktu itu yang dia akan pergi dan akan kembali lagi suatu hari nanti. Gandalf juga begitu, di saat-saat perang memuncak, dia menghilangkan diri dan memberi jaminan dia akhirnya akan muncul dari arah timur untuk menyelamatkan rakan-rakan seangkatannya. Wallahua'lam..

I AM LAGEND

I Am Legend. Mengisahkan dunia yang diserang penyakit misteri akibat kesilapan seorang doktor mencipta ubat untuk mengubati penyakit kanser dan akhirnya ubat itu menjadikan manusia seperti bangkai yang bernyawa.

Seorang tentera bernama Robert Neville (Will Smith) adalah satu-satunya manusia immune yang terselamat dan ditugaskan untuk mencari saki baki manusia yang terselamat dari wabak penyakit itu. Filem ini sangat 'sunyi', kerana watak-watak dalam filem ini sangatlah sedikit, memberi suasana tenang dan tiba-tiba suspen (saat 'zombie' menyerang) apabila menonton filem ini.


Apakah yang menjadi konspirasi dalam filem ini? Jika anda ingat (bagi yang pernah menonton), nama anjing belaan Neville (Will Smith) adalah SAM. Nah! Penggunaan nama Sam sekali lagi. Satu lagi konspirasi yang samar yang diilhamkan oleh 'tangan ghaib' itu.

Semasa membaca kisah Dajjal dalam buku "Membongkar Misteri Dajjal", saya terbaca tentang perancangan jahat Dajjal, iaitu mengenai rancangan Dajjal yang mewujudkan wabak penyakit di seluruh dunia mirip-mirip H1N1. Mungkinkah filem ini memberi gambaran akan datang yang dunia akan dijangkiti wabak penyakit dan Dajjal akan keluar menjadi penyelamat dunia (penyembuh)? Wallahua'alam.. Allah sahaja yang mengetahui.

TRANSFORMERS

YEAHH!! Filem yang digilai ramai remaja di seluruh dunia. Ingat lagi semasa saya menonton filem ini di pawagam bersama rakan-rakan, kami menaiki bas beramai-ramai ke Jusco dan sanggup menempah tiket awal takut-takut habis. Meriah betul masa tu..


Filem ini juga mewujudkan konspirasi, kisah seorang remaja yang bertungkus-lumus untuk menyelamatkan dunia daripada serangan Megatron. Nama remaja lelaki itu ialah SAM. Sekali lagi menggunakan nama Sam. Adakah ianya satu kebetulan? Entah la.. Hanya Tuhan yang tahu..


Dalam filem ini juga melibatkan hura-hara yang berlaku di dunia. Kemungkinan ianya menjadi konspirasi untuk menunjukkan kehebatan seorang manusia yang dapat menyelamatkan dunia daripada serangan makhluk asing. Begitulah Dajjal memupuk kepercayaan manusia tentang kemunculannya.

Dalam Transformers : Reverge Of The Fallen. Dapat dilihat latar belakang piramid yang banyak. Dan digambarkan piramid juga menjadi pusat tenaga bumi dan tempat peperangan antara transformers suatu masa dahulu. Piramid? Bukankah Dajjal menggunakan simbol piramid yang menunjukkan perancangannya yang belum selesai dan pusat pengumpulan tenaga-tenaga negatif? Emm.. Menarik untuk difikirkan tentang konspirasi ini.


Kisah campur tangan si 'tangan ghaib' terlalu banyak untuk disingkap. Apabila sesuatu perkara sering terjadi, adakah ianya dikira sebagai satu kebetulan? Nama SAM yang menjurus kepada nama negeri Dajjal selalu digunakan dalam industri perfileman di Hollywood. Belum lagi dikaji tentang filem Harry Potter, Underworld dan lain-lain lagi. Semuanya adalah konspirasi akhir zaman.

Entri kali ini bertujuan untuk berkongsi maklumat tentang perihal Dajjal dan industri perfilemannya. Bukannya saya meminta anda untuk memboikot filem-filem tersebut, tetapi hanya untuk mengambil pengajaran agar akidah kita tidak terpesong dek kerana terpesona menonton filem-filem itu.

Maklumat di atas hanya sekadar telahan sahaja, tidak tahu sama ada ianya benar atau tidak. Terpulang kepada diri sendiri untuk mempercayainya atau tidak. Terima kasih kepada Muhammad Nurani Maarif (penulis buku) kerana mencetuskan idea ini.

Hanya Tuhan Yang Tahu..

YANG BAIK JADIKAN TAULADAN, YANG BURUK JADIKAN SEMPADAN!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
13600 Perai. Pulau Pinang.

Dajjal : Sebuah Negeri Bernama Samirah


Pasti ramai yang tidak mengetahui dari manakah asal-usul Al-Masih Dajjal ini. Dalam buku "Membongkar Misteri Dajjal" karangan Muhammad Nurani Maarif, beliau ada mengisahkan tentang asal kelahiran Dajjal secara terperinci.

Sebelum ini, saya telah menulis tentang hadith Nabi SAW yang berkisar tentang berita yang disampaikan oleh Tamim ad-Dari. Berkenaan pengembaraan beliau berjumpa dengan Dajjal secara tidak sengaja.

Bagi menambah maklumat tentang manusia paling merbahaya di dunia ini, saya akan berkongsi tentang sebuah kisah sebuah negeri yang diberi nama SAMIRAH..

BACA SETERUSNYA>>


ASAL USUL NEGERI SAMIRAH

SAMIRAH ialah sebuah negeri yang terletak di kawasan laut Mediteranean. Nama negeri ini berasal daripada nama anak Nabi Nuh a.s yang bernama Sam bin Nuh. Penduduk di negeri ini adalah keturunan daripada susur galur Sam bin Nuh selepas peristiwa banjir besar yang melanda dunia sewaktu zaman Nabi Nuh A'laihi Wasalam..


Penduduk negeri ini mengamalkan kehidupan yang melazimi perbuatan maksiat seperti liwat dan seks bebas. Mereka juga turut mengagungkan sapi betina sebagai dewa dan tuhan. Dari sejarah negeri ini, ulama berpendapat Dajjal dilahirkan selepas peristiwa banjir besar seluruh dunia, dan ada yang mengatakan Dajjal dilahirkan pada zaman Nabi Sulaiman A'laihi Wasalam.

Wallahua'alam.

IBU BAPA DAJJAL AL-MASIH

Pendapat ulama mengatakan Dajjal adalah hasil hubungan haram antara jin dan manusia. Kerana itulah Dajjal mampu berada di kedua-dua alam iaitu alam manusia dan alam jin. Terdapat sebuah hadis yang menerangkan tentang perihal ibu bapa Dajjal ini yang disampaikan oleh Saidina Abu Bakar Radiallahu A'nhu..

"Orang tua Dajjal tidak pernah mendapat anak selama 30 tahun, kemudian lahirlah dari kedua pasangan itu seorang lelaki yang bermata satu, berperangai buruk dan sangat sedikit manfaatnya. Ketika matanya tertidur, hatinya terjaga."

Kemudian Nabi menerangkan tentang kedua orang tuanya (Dajjal) :

"Ayahnya seorang lelaki yang bertubuh tinggi, berdaging (gempal), hidung yang panjang, seakan-akan paruh burung. Ibunya seorang yang bertubuh besar, tangan yang panjang dan mempunyai payudara yang besar"

(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Menurut hadis di atas menunjukkan ibu bapa Dajjal adalah manusia yang luar biasa dan ayahnya daripada jin (mengikut pendapat ulama).

* Petikan hadis dari buku "Membongkar Misteri Dajjal", muka surat 26 dan 27.


DAJJAL DI SAMIRAH

Pada malam kelahiran Dajjal, bapa Dajjal telah menyerahkan kehidupan mereka kepada syaitan dengan membawa seekor sapi betina untuk mendapatkan restu dewa-syaitan.

Apabila mereka menyerahkan kehidupan mereka kepada syaitan, maka kelahiran anak mereka banyak dipengaruhi oleh sihir-sihir syaitan. Hal ini disebabkan juga dari hasil kelahiran dengan jalan yang kotor iaitu melakukan hubungan ketika haid. Kelahiran Dajjal tidak sempurna dan hanya tidur sepanjang hari.


Syaitan menggunakan sihirnya untuk menculik Dajjal dan meletakkannya di bawah patung sapi betina. Ia adalah propaganda syaitan untuk menjadikan penduduk negeri Samirah begitu terpegun dengan Dajjal apabila melihat Dajjal berada di bawah patung sapi betina itu. Sehinggakan mereka mencatatkan kata-kata di dalam sebuah manuskrip lama :

"Anak itu memang betul-betul keturunan Samiri. Tanda isyarat bagi negeri Sam (bukan Syam), kerana Sam bin Nuh a.s adalah pendiri gerakan Samirah setelah terjadinya banjir besar. ketika Sam masih kecil, ia tidak banyak bergerak sehingga didatangi seorang malaikat yang mengajarnya bagaimana cara untuk menggerakkan kedua kakinya. Anak itu adalah cucu dari Sam"

Sungguh licik gerakan syaitan untuk menghasut manusia. Emm.. Nauzubillah..

SAMIRAH DIBENAM KE BUMI

Seperti negari-negeri lain yang ditimpa azab oleh Allah Subhanahu Wa Taala akibat dosa-dosa penduduknya, negeri Samirah juga menerima nasib yang sama kerana perbuatan mereka (melakukan maksiat dan liwat yang berleluasa). Kota Samirah dibenamkan ke bumi oleh Allah SWT ketika penduduknya sedang nyenyak tidur.

Dengan perancangan dan perintah Allah SWT, Malaikat Jibril a.s diperintahkan untuk menyelamatkan seorang budak kecil di dalam biara (Dajjal) dan dibawa ke sebuah pulau di Laut Yaman.


Pulau yang dimaksudkan itu ialah pulau yang disinggahi secara tidak sengaja oleh Tamim ad-Dari (klik sini). Pulau ini juga dinamakan 'Pulau ular yang mengerikan dan Haiwan berbulu tebal'. Terdapat seekor ular yang panjang, berbisa dan besar (kemungkinan ular itu adalah naga di dalam mitos agung cina) yang akan menyengat sesiapa sahaja yang datang ke pulau itu.


Pulau itu sebenarnya kecil dan berkemungkinan mirip pulau di dalam filem King-Kong. Di pulau inilah Dajjal dijaga oleh Jassasah (big foot) mengenal Allah SWT (akhirnya Dajjal ingkar dengan Allah). Sewaktu kelahiran Nabi Muhammad SAW, Dajjal diikat oleh Jassasah dan kesinambungan kisah seterusnya telah diceritakan dalam Hadith Tamim ad-Dari yang lalu.

Apa ada dengan nama Samirah itu sehingga kini? Tahukah anda, nama Samirah itu telah digunakan berulang kali pada zaman ini, cuma kita sahaja yang tidak perasan kewujudannya. Saya akan sambung lagi kisah 'SAMIRAH' ini di lain waktu. Insya-Allah..

*Sumber cerita di atas dipetik dari buku "Membongkar Misteri Dajjal" terbitan HR Publishing.. Kredit untuk penulis yang menulis penulisan yang sangat bermakna.. Dapatkan buku ini dipasaran sekarang!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
13600 Perai, Pulau Pinang.

BlogspotDotCom Ke DotCom?


"Fuhh.. Menarik jugak boleh hosting blog sendiri kan", saya bermonolog di dalam hati.

"jamalrafaie89.blogspot.com ke jamalrafaie.com.. Ha! Best tu!!", saya bermonolog lagi.

Entri ini ialah entri saya yang ke 60. Rasanya jumlah ini terlalu sedikit berbanding blogger-blogger yang mengungguli senarai blogger yang ada di Malaysia dan dunia ni. Hai.. Selepas singgah di justkhai.com, semangat untuk terus menulis semakin membara pulak. Mengapa ye?

BACA SETERUSNYA>>


SAYA DAN BLOGSPOT

Saya mula mendaftar di blogger.com pada tahun 2009 sekitar bulan Julai dengan nama blognya jamalrafaie.blogspot.com. Tetapi blog itu tidak lama bertahan selepas saya mengodek HTML blog itu, habis semuanya menjadi rabak dan parah.. Akhirnya saya menutup blog itu.

Selepas kecewa buat kali pertama menulis blog, saya gagahkan diri sekali lagi mendaftarkan blog yang baru dengan nama jamalrafaie89.blogspot.com dan bertahan sehingga ke hari ini. Alhamdulillah..


Pada 6 Oktober 2009 menjadi titik mula kepada perjalanan blog ini dengan entri yang bertajuk "Selamat Kembali!!" yang bertujuan memberi semangat kepada saya dan mengumumkan bahawa blog ini telah pun kembali.


Saya tidak mempunyai ilmu untuk memulakan blog ini, jadi saya pun meminta bantuan rakan-rakan yang arif tentang dunia blogger. Masa berlalu, dan setelah beberapa kali menukar templatenya, maka terjadilah blog ini seperti sekarang. Masih banyak lagi yang perlu diperbaiki untuk menjadi blogger sejati (bak kata justkhai).

Dari makluman rakan saya, Fitri, saya pun membuka justkhai.com (blogger ke-11 Malaysia). Dan ada sesuatu yang menarik minat saya di sana.

BLOGSPOT Vs WORDPRESS

Serius!! Saya tidak pernah mendengar semua ini, iaitu tentang kelemahan Blogspot dan kehebatan Wordpress. Kedua-dua syarikat ini memberikan servis kepada blogger untuk mempunyai blog sendiri secara percuma. Tetapi apa yang menjadi perbezaannya?

Satu point yang saya terima daripada teman saya ialah, Blogspot tidak menyediakan servis kepada blogger untuk mempunyai hosting sendiri (self-hosted). Blogspot juga memberikan storage yang rendah kepada penggunanya dan tidak mempunyai banyak functions seperti Wordpress.


Antara yang saya perolehi dari internet berkenaan hal ini ialah :

1) Storage

Blogspot : Hanya membekalkan sebanyak 1Gb sahaja untuk penggunanya bagi mengisi data blog.

Wordpress : Membekalkan sebanyak 3Gb (asas) kepada penggunanya dan boleh ditambah lagi dengan dikenakan bayaran.

2) Import

- kadang-kadang kita perlu berpindah ke blog yang lain, tetapi kita masih mahukan entri-entri yang terdahulu kan? Jadi..

Blogspot : Hanya boleh di'import' dari Blogspot sahaja.

Wordpress : Data boleh diambil daripada mana-mana hosting yang lain. (Dari Blogspot, Yahoo, atau dari blog wordpress yang lain)

3) Domain Names

Blogspot : Diberikan secara percuma tetapi akan diletakkan nama 'blogspot.com' di hujung blog anda. Tidak disediakan servis untuk menaik taraf blog sebagai '.com'

Wordpress : Juga diberikan secara percuma dan akan disambung dengan nama 'wordpress.com'. Tetapi boleh dinaiktaraf dengan membeli domain blog dari Wordpress, bolehlah anda mempunyai blog (hosting sendiri) dengan hujungnya '.com'.

Untuk melihat perbezaan secara terperinci, bolehlah melawati blog ini. Minta maaf jika ada kesilapan dalam membuat perbezaan ini. Anda juga boleh membuat kajian sendiri untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

PERLUKAH SAYA MEMBELI DOMAIN?

Jika diperhatikan dari segi kelebihan, ternyata Wordpress mempunyai kelebihan berbanding Blogspot. Persoalannya, perlukah saya menukar domain? Sudah gagahkah saya untuk mengarungi dunia blogger yang mencabar ini? Sudah sediakah saya untuk menjadi blogger sejati (komited menulis blog)?

Bak kata justkhai juga, tidak perlu mencuba-cuba dengan blogspot, terus ke Wordpress! Jika saya terjumpa ayat ini dahulu, mungkin ianya sudah menjadi kenyataan. Tetapi ianya sudah terlambat dan saya sudah selesa dengan Blogspot ini dan banyak memberi jasa kepada saya.


Walau bagaimanapun, impian untuk mempunyai blog sendiri (self-hosted) menjadi impian saya. Saya juga mengimpikan menjadi blogger seperti Saifulislam.com, yang banyak menulis artikel yang bermotivasi dan mempunyai ramai pembaca. Insya-Allah ianya akan menjadi kenyataan satu hari nanti.


Sebelum saya menukar domain, saya akan meletakkan beberapa sasaran dan ianya menjadi penanda aras untuk saya. Antaranya, entri yang perlu saya tulis ialah sekurang-kurangnya 100 entri sebelum memikirkan untuk menukar domain.

Kedua, bilangan followers juga perlu diambil kira. Bilangan followers blog saya perlulah sekurang-kurangnya 100 orang, dan barulah saya akan memikir semula idea tersebut.

Ketiga, isu apa yang perlu saya jadikan flatform untuk menulis (tidak semestinya satu isu sahaja). Hal ini kerana saya masih tercari-cari identiti untuk menghiasi blog ini dan menjadikan gaya penulisan saya. Setakat ini blog ini bercampur-campur isunya. Bantulah saya dengan memberi cadangan ye..

Keempat, saya perlulah mempunyai ilmu yang luas tentang dunia blogger untuk mengharungi dunia blogger yang lebih luas lagi. Perlu tahu banyak tentang widget, tips dan tricks dalam blog. cara penulisan blog dan memantapkan isi-isi penulisan saya.

Apabila semua pra-syarat ini telah saya penuhi. Insya-Allah idea untuk menukar domain akan kembali semula. Setakat ini saya akan terus menggunakan encik Blogspot ini sebagai flatform penulisan saya. Terima kasih Encik Blogspot/Blogger.com!

Bilakah ianya akan berlaku? Wallahua'alam.. Moga-moga diperkenankan oleh Allah SWT.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Wordpress dan dunia blogger, bolehlah melawati blog saudara Khai di blognya justkhai.com. Banyak input-input yang menarik dan bermanfaat di sana. Insya-Allah.. Mohon ampun dan maaf jika ada fakta di dalam entri ini yang kurang tepat. Harap dibetulkan..

KE ARAH 'BLOGGER SEJATI' !!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
13600 Perai, Pulau Pinang.

Aku Terkena CTD?


"Adoi!! Apasal sakit pulak tangan aku ni", saya mengeluh.

"Banyak menaip la ni. Kena CTD kot", saya membuat andaian.

Terasa sakit di pergelangan tangan membuatkan saya teringat dengan subjek Design For Manufacture (MEM 363). Mengapa saya teringat subjek itu ye? Kerana minggu lepas saya belajar satu subtopik yang berkisar tentang Cumulative Trauma Disorder (CTD), yang membincangkan tentang kesan-kesan yang akan dirasai apabila tangan kita selalu digunakan dalam kerja-kerja kita.

BACA SETERUSNYA>>


CUMULATIVE TRAUMA DISORDER (CTD)

Saya selalu menggunakan tangan kanan saya untuk melakukan sesuatu kerja. Minggu lepas terlalu banyak saya melakukan kerja-kerja menaip blog, memegang mic (persembahan nasyid), dan menulis. Mungkin kerana sudah masuk musim test, maka secara tidak langsung tangan kita akan banyak digunakan untuk menulis dan membuat latihan (macam rajin je).

Alang-alang dah sampai ke topik ni, rugi rasanya kalau tak berkongsi serba sedikit macam mana gangguan ini boleh berlaku. Saya bukan seorang pelajar kedoktoran, tetapi ianya penting untuk mengambil kira ciri-ciri yang diperlukan untuk seorang engineer mereka sesuatu produk yang baru.

Antara sebab-sebab CTD ialah :

1) Lack Of Rest (Menggunakan komputer terlalu lama tanpa rehat walaupun sedikit)

- kepada sesiapa yang terlalu kusyuk menghadap komputer macam saya, saya menasihati diri saya dan orang lain agar merehat sebentar untuk mengelakkan lenguh-lenguh badan ni. Cukup la sekadar pergi ke dapur dan meminum sedikit air untuk merehatkan badan yang lenguh tu.

2) Repetitive Motion (Menaip dan menggunakan mouse terlalu lama dan berulang kali)

- sebab berulang kali menggunakan mouse adalah yang sebab yang kedua terbesar bagi saya. Penggunaan berulang-ulang kali pastinya mempunyai kesan kan? Seperti enjin la, kalau terlalu lama digunakan, pastinya perlukan rehat. Enjin pun perlu rehat, apatah lagi tangan kita.

3) Poor Posture (Kedudukan badan yang tidak betul)

- inilah sebab utama mengapa CTD boleh berlaku pada saya. Kedudukan badan yang tidak betul dapat menyebabkan angle tangan dan badan kita berada dalam keadaan tidak selesa. Apabila badan tidak betul, secara tidak langsung tangan kita pun akan membengkok dan akan memberi force yang lebih kepada tangan kita. Maka akan terjadilah CTD.

BAGAIMANA MENGHALANG CTD?

Selalunya para pelajar kejuruteraan akan mengambil subjek ini terutamanya kepada pelajar-pelajar dalam bidang pembuatan dan pereka produk. Para jurutera akan cuba mencipta produk yang dapat mengurangkan risiko CTD ini, tetapi peranan utama untuk mencegahnya terletak pada pengguna itu sendiri disamping dibantu oleh alat-alat ciptaan jurutera tadi.

Antara yang boleh dipraktikkan :

1) Berehat Sebentar

- berehatlah sebentar sekurang-kurangnya satu jam sekali bagi memberi kerehatan kepada tubuh badan kita. Selain itu, dehydration (sejatan air dari badan) juga mampu berlaku kerana kita terdedah kepada air-cond (jika ada). Meminum air dapat mengelakkan berlakunya dehydration.

2) Kedudukan Tangan Yang Betul

- pastikan keadaan tangan anda betul ketika menaip. Hal ini kerana keadaan pergelangan tangan yang tidak betul dapat memberi tekanan kepada tangan kita dan kemungkinan besar akan menyebabkan CTD.


- gambar di atas mungkin dapat membantu anda untuk memahami kedudukan tangan yang betul ketika menaip.

3) Membetulkan Posture Badan

- apabila posture badan tidak betul, secara tidak langsung kedudukan tangan juga akan tidak betul. Jadi, betulkan kedudukan badan anda. Mungkin gambar di bawah dapat menolong anda memahami kedudukan badan yang betul ketika menggunakan komputer.


- Aduh!! Saya tidak mempunyai meja di dalam bilik. Maka ianya memberi sedikit kesukaran kepada saya untuk membetukkan posture badan saya. Mungkin saya boleh mengamalkan rehat yang agak kerap untuk mengurangkan risiko CTD ini. Bagi anda yang mempunyai kemudahan seperti meja study, janganlah mem'bazir'kannya dengan tidak duduk dengan betul.

AKU TERKENA CTD?

Mungkinkah saya terkena CTD? Emm.. Mungkin juga sebab saya terasa kesan-kesannya, tapi mungkin diperingkat awal dan tidak perlu menerima rawatan yang selanjutnya dari doktor. Dengan keadaan tangan yang masih sakit ini saya gagahkan juga untuk menulis untuk anda bagi memberi perkongsian tentang gangguan tangan ini. Jangan jadi seperti di bawah ye..


Masya-Allah.. Apabila kita terasa sakit barulah kita ingat betapa bernilai nikmat tangan yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Ya Allah!! Kami selalu lupa kepada-Mu. Ampunkanlah kami Ya-Allah. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Insya-Allah..

Kredit untuk nota-nota pensyarah saya. Kerana gambar-gambar dalam entri ini diambil dari notanya sebagai perkongsian untuk kita semua. TQ..

Sayangilah Tangan Kita!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
13600 Perai, Pulau Pinang.

Related Posts with Thumbnails

My blog has moved!

Blog Ini Akan Dipindahkan Ke Blog Baru Dalam Masa 5 Saat. Lawati
http://jamalrafaie.com